Pertemuan

10 0 0
                                    

3 Years Later

Kelihatan seorang pemuda segak menggenakan seragam polis memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sempat juga dia bertegur sapa sepanjang dia berjalan menuju ke bilik tempat dia untuk memulakan tugasnya.

Setelah beberapa minit mencari ruang pejabatnya, akhirnya dia sampai jua. Lantas dia mengetuk pintu bilik tersebut. Belum sempat dia ingin mengetuk pintu ruangan tersebut telah dibuka dari dalam dan muncullah seorang lelaki yang berhoodie kelabu.

'Iya. Boleh saya bantu?," tanya lelaki itu.

"Ahh..sa.."

"Jap. Kau mesti budak baru masuk hari ni kan? Emm masuk lahh,"balas lelaki berhoodie itu.

Tanpa membuang masa lelaki itu masuk mengikuti langkah lelaki berhoodie itu.

"Haa ni meja kau. Kalau ada apa-apa kau boleh tanya okay. Btw aku Mikael. Boleh panggil aku Mika. Kau buat laa apa yang patut. Aku nak pegi toilet jap," ujar Mika lalu ingin beredar daripada ruanggan tersebut.

"Aku Ariff and thanks!!!"ujar lelaki berseragam polis itu. Mika yang mendengarkan laungan Ariff itu segera menaikan tangan dan memberikan thumb up sebagai balasan.

Ariff segera mengemas di sekitar tempat kerjaku sepeninggalan Mika yang pergi ke tandas sebentar tadi. Dia sempat memerhati di dalam ruangan tersebut. Terdapat beberapa buah meja kayu yang agak usang dan wujud juga tiga orang lelaki yang sedang nyenyak tertidur.

Persekitaran ruangan tersebut malap disebabkan terdapat tampalan-tampalan potongan surat khabar yang ada di permukaan tingkap. Ruangan tersebut sedikit panas. Memandangkan tiada kewujudan penghawa dingin dan hanya menggunakan kipas syiling yang sudah berhabuk.

Ariff yang melihatkan ruangan tersebut tidak kemas, segera dia menggambil penyapu untuk membersihkan ruangan tersebut. Dia membersihkan ruangan itu tanpa menghiraukan kewujudan makhluk-makhluk yang sedang diulit mimpi itu.

Kringg...kringg...

Kedengaran bunyi telefon pejabat yang berada di salah satu meja makhluk yang sedang tidur itu. Pada mulanya Ariff hanya mahu membiarkannya. Tapi bunyi telefon yang nyaring itu telah mengganggu salah seorang makhluk yang sedang tidur itu.

"Ehh..Kau yang pegang penyapu tu. Tolong jawab kejap," ujar makhluk itu sambil menunjuk ke arah telefon yang berbunyi. Ariff segera pergi ke arah telefon dan memegang gagang itu.

"Hello. Selamat pagi. Boleh saya ban...."

"Haa, pejabat Team 1 Cowboy ke ni?," tanya sang pemanggil.

"Haa? Team Cowboy?," tanya Ariff yang kebingungan lantas memandang ke arah lelaki yang menyuruhnya menjawab panggilan tersebut. Lelaki itu segera menunjukkan ke satu arah di dalam ruangan tersebut. Ariff segera melihat arah tunjukkan tersebut dan ternampak satu poster.

Kelihatan gambar seorang lelaki yang menungang seekor lembu di dalam poster tersebut. Di bawah gambar tersebut ada tulisan yang menunjukkan 'Team 1 Cowboy". Melihatkan poster tersebut, Ariff segera mengigit bibirnya menahan tawa yang ingin pecah sambil memandang ke arah lain.

"Ya. Ini pejabat Team 1 Cowboy," balas Ariff dengan suara yang tertahan.

"Baiklah. Sebenarnya, terdapat satu kes di mana ada seorang lelaki terjumpa satu beg yang berisikan mayat seorang perempuan di dalamnya," ujar sang pemanggil.

"Apa!! Mayat?," ujar Ariff dengan nada terkejutnya. Mendengarkan suara Ariff itu, dua orang makhluk yang sedang tidur segera bangun dan pergi ke arah Ariff.

Code 1.0: Lady Of Medussa ( on going )Where stories live. Discover now