Mimpi

12 0 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kelihatan Medussa sedang berehat di ruangan tidurnya. Ruangan tersebut agak malap dan suram kerana hanya diterangi oleh lampu tidurnya sahaja. Jam di dinding telah nenunjuk kan pukul 7 petang namun memang aneh untuk dikatakan bahawa Medussa suka tidur dan berehat pada waktu-waktu sebegini. Hal ini  kerana pada malam hari dia tidak boleh mendapatkan tidur yang tenang disebabkan insomnia yang dihidapi nya.


'God, please make my daddy and mummy happy. I want my family always happy with me,' doa seorang kanak-kanak perempuan lalu dia terus beredar keluar dari ruangan sempit itu tanpa menyedari kaki anak patung dalam pelukannya itu terkena sebatang lilin sehingga menyebabkan api lilin tersebut menyambar perabot-perabot serta langsir yang ada di situ.

Api yang kian merebak itu telah meranapkan hampir seluruh bangunan gereja tersebut. Namun , hanya seorang mangsa sahaja yang berjaya diselamat kan manakala penghuni yang lain telah menjadi korban kebakaran itu.


"Kau ni memang bawak sial laa. Kemana-mana pegi mesti kau bawak bencana dekat orang lain. Mak bapak kau mati sebab kau. Kau tau tak. Kau dengar sini ehh. Aku tak kan maafkan kau sampai bila-bila. Kau berambus dari sini.Berambus!!!," tengking ibu saudara budak perempuan itu, Melisaa seraya menolak tubuh badan kanak kanak malang tersebut.

"Sudah laa, Melissa! Dah memang takdir dorang macam tu. Nak buat macam mana lagi," ujar bapa saudaranya, Jason.

"Sudah? Awak cakap sudah? Awak cakap senang laa bukan abang awak yang mati sekarang ni. Ini semua sebab anak haram ni awak tau tak!!"


"Kau ni sama macam mak kau tu. Perempuan bawak sial. Ehh kau dengar sini mak kau tu pelacur tau. Abang aku kena perangkap kawin dengan mak kau. Entah jantan mana dah buntingkan mak kau lepastu abang aku pulak yang kena jadi kambing hitam. Aku pon tak paham apa yang dia nampak baik dekat pelacur tu," tambah Melissa sambil menunjal kepala Maria.



"Mummy Maria baik. Mummy Maria tak buat benda-benda macam tu," balas Maria dengan suara yang halus.

"Kau ni kan memang nak kena laa dengan aku. Mak kau tak ajar adab ke apa. Menjawab je kerja kau kan?!! Macam mana nak ajar dia pon tak sempat nak ajar. Dah mati awal dah pon," sindir Maria dengan tawa yang sinis.

"Mummy Maria tak mati. Mummy Maria hidup lagi laa. Mummy Maria masih hidup," ujar Maria dengan suara yang lantang sambil memandang tajam ke arah Melissa.



PAPPP



Kedengaran jelas bunyi tamparan di setiap sudut rumah itu. Maria terduduk di atas lantai sambil memegang pipinya yang terasa kebas.

"AKU DAH LAMA SABAR DENGAN KAU. SEKARANG KAU KELUAR DARI RUMAH NI. BERAMBUSS!! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI, " amuk Melissa sambil melempar segala buku buku di ruangan itu. Salah satu daripada lemparan buku itu terkena dahi Maria sehingga menyebabkan berdarah.



"Mummy tak mati lagi. Mummy masih hidup. Mummy tak mati,'ujar Maria berkali-kali seraya air matanya tidak berhenti mengalir.






" Mummy tak mati lagi. Mummy masih hidup,"gumam gadis yang sedang terlena itu lalu dia terbangun dengan secara tiba-tiba seiring dengan jeritan yang nyaring.



Tubuh badannya lecun dibasahi dengan peluh dingin akibat daripada mimpi buruk itu yakni memori lama miliknya. Dia segera melihat jam di skrin telefon bimbitnya yang terpapar jam 8.30 malam.


'Again. The same dream or the right word is memories. Bad memories. Very bad.'


Dia lantas bangun dari pembaringan dan berlalu ke balkoni villa nya itu. Seperti mengetahui apa yang telah berlaku sebentar tadi wujudnya angin-angin yang bertiup bagi meredakan perasaan gelodak di dalam hati nya itu. Kotak rokok yang berada berhampiran diambil dan dikeluarkan sebatang daripadanya. Jam di tepi katil dipandang sebentar. Pukul 3 pagi. 


'Awal lagi kalau nak workout sekalipon,' bicara hati kecilnya lantas menyalakan rokok yang dipegangnya tadi. Asap berkepul-kepul keluar daripada bibir pucatnya itu.


'Pahit tapi tak sepahit kisah aku.'






















Code 1.0: Lady Of Medussa ( on going )Where stories live. Discover now