Stesen Televisyen

7 0 0
                                    


Kelihatan seorang gadis tekun menyemak fail-fail yang bertimbun di atas meja kerjanya. Telefon yang berbunyi diendahkan sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Selang beberapa minit dia berhenti melakukan kerjanya seraya memanggil pembantunya untuk masuk ke dalam ruang kerja miliknya.

"Yes come in," ujar Medussa setelah mendengarkan ketukan di pintu biliknya.

"Lady ni ada document yang nak kena sign," ujar pembantunya, Jack.

"Please open it for me," balas Medussa.

"Document ni deal yang Lady buat dengan pembeli-pembeli dari Vietnam minggu lepas and this one pasal derma yang Lady buat setiap tahun," terang Jack.

"That's it?," tanya Medussa. Jack hanya mengangguk tanda mengiyakan sahaja.

"You may go now," ujarnya Medussa tanpa nada. Belum sempat Jack ingin beredar dari tempat tersebut dia telah menerima panggilan daripada seseorang.

"Speak," ujar Jack sepatah. Dia hanya mengangguk sahaja sepanjang perbualannya itu.

"Lady. They found him," ujar Jack seraya menamatkan perbualannya itu.

"Sediakan kereta saya. I'll be there in five minutes," balas Medussa. Jack segera beredar keluar setelah mendengarkan arahan Ladynya itu.











Sebuah kereta hitam metalik tiba di tempat parking disebuah bangunan. Cermin kereta yang gelap menyukarkan orang luar untuk melihat ke dalam kereta.

"Really Jack. Television station?,"tanya Medussa dengan riak menjengkelkan itu.

"Yes Lady. Our Men said he have an interview in there," balas Jack.

"Interview jadah dia. Interview macam mana nak jual dadah ke apa," rungut Medussa.

"How many people in there".

"Not really much," balas Jack tenang.

"Let's go," ujar Medussa setelah lama bertapa di dalam kereta miliknya itu. Jack segera keluar dari perut kereta untuk membukakan pintu untuk majikannya serta mengikuti langkah Medussa dari belakang.









Dapat dilihat dari belakang seorang lelaki yang berusia sekitar 60an sedang ditemuramah oleh host rancangan bisnes itu.

"Dato, boleh saya dan para penonton tahu siapakah gerangan yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk Dato terus membangun dalam bidang ni?," tanya host itu.

"Sudah pastinya isteri saya yang tercinta yang sering ada ketika jatuh dan bangunnya saya. Terima kasih sayang," ujarnya seraya memandang kearah kamera.

"Isteri tercinta bapak kau. Kau buat tahi dekat atas kapal aku boleh pulak. Tak sedar diri punya orang tua," gerutu Medussa di dalam hati.

"Baiklah kalau begitu. Kita berehat sebentar selepas iklan ini," ujar host itu.

"Jack bila benda ni nak habis. Aku tak sabar nak belasah orang tua tu," tanyaku kepada Jack.

"Around an hour," jelas Jack.





Tanpa sesiapa sedari, terdapat satu gelungan tali tangsi diturunkan berhadapan dengan Dato itu. Pada masa yang sama Dato itu terpandang adanya seketul gula-gula getah di bawah penjuru meja dihadapannya. Melihatkan benda tersebut Dato itu berasa gelisah serta menyandarkan tubuh di kerusi.

Beberapa saat kemudian terdapat arahan yang diberikan untuk mereka boleh meneruskan rancangan tv tersebut. Dato itu segera menegakkan badan dan tanpa aba-aba gelungan tali tangsi itu telah memasuki pergelangan lehernya lalu tali itu segera menjerut leher sang mangsa. Mangsa meronta-ronta tetapi tali dilehernya sangat ketat untuk dilepaskan. Para penonton yang melihat itu terkejut dan ada yang menjerit dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Code 1.0: Lady Of Medussa ( on going )Where stories live. Discover now