6-Zendryx Swordman of Thunder

12 2 0
                                    

Kelihatan suasana di base Spadaccino sangat riuh rendah kerana berita yang di sampaikan oleh Ezra dan Marilyn kepada mereka.Zendryx yang tidak boleh berdiam diri mendengar berita itu terus bergegas keluar mencari demons tersebut.Setelah beberapa minit Zendryx pergi,secara tiba tiba pintu itu di buka dan Nicholas muncul.

Semua terus meluru ke arah Nicholas bertanyakan keadaan dia."Aku okay je lah kenapa korang risau ni?tadi aku pergi keluar kejap je."kata Nicholas kepada mereka semua.Ezra dan Marilyn keliru."ada sesuatu yang tk kena dengan Nicholas ni." Kata Marilyn kepada Ezra."Eh alamak Zendryx dia keluar tadi!"jerit Ezra.Lalu Ezra dan Marilyn pun bergegas keluar mencari Zendryx.

Kesemua swordsman yang lain pun mengekori mereka.Sementara itu di tempat yang lain kelihatan Zendryx sedang berjalan mencari Leonard dan Leviathan untuk mengalahkan mereka.Secara tiba tiba Reonald muncul di hadapan Zendryx.Zendryx yang dipengaruhi oleh emosinya terus mengeluarkan pedang nya dan menyerang Leonard.Zendryx pun dengan kecepatan kilat terus berada di depan Leonard dan pedang nya sudah berada di leher Leonard.

Dia terus melepaskan semua tenaga nya untuk memotong leher Leonard.Tetapi akibat kulit Leonard yang bersisik dan keras,pedang Zendryx terpelanting dan tercacak ke tanah.Leonard tidak melepaskan peluang dia terus datang ke arah Zendryx untuk menyerang nya.Tetapi Zendryx merupakan Swordman kedua tercepat pada generasi sekarang.Jadi dengan mudah Zendryx mengelak serangan tersebut dan menendang dengan tendangan Electric tepat di belakang Leonard.

Leonard baru sahaja pusing ke belakang terus dia di tumbuk oleh tumbukan of thunder oleh Zendryx yang begitu kuat.Tidak habis di situ, Zendryx dengan cepat mengambil pedangnya dan menyerang leher Leonard skali lagi.Namun kali ni Leonard lebih bersedia.Dia berjaya menangkap pedang tersebut sebelum tepat mengenai pada lehernya.Leonard mencampakkan pedang tersebut.

Zendryx terpaku kerana tidak menyangka ade yang bisa menangkap kecepatan nya.Tidak sempat Zendryx mengelak Leonard serang Zendryx dengan bertubi tubi.Zendryx nampak begitu lemah.Kedua kaki nya lemah sehingga dia hampir jatuh.mata nya juga hampir terlelap kerana kehilangan tumpuan dan terlalu lemah.

Sementara itu Ezra sedang dalam perjalanan mencari Zendryx tiba tiba Leviathan muncul di depan Ezra dan Marilyn.Ezra tanpa berfikir panjang mengeluarkan pedangnya dan menyerang Leviathan.Tertapi seperti yang di sangka Ezra bukan lawan Leviathan.Ezra sempat di pukul beberapa kali sebelom swordsman yang lain datang.Lalu Ezra sempat di selamatkan oleh Nicholas dengan kecepatan nya.Nicholas,Lucas dan Malcolm tiba di situ tepat pada masanya.

"Biar kitorang yang settlekan dia ni,kau pergi cari Zendryx."kata Lucas kepada Ezra dan Marilyn.Ezra dan Marilyn pun bergegas pergi mencari Zendryx.Kemudian dia nampak Leonard dalam keadaan yang amat teruk seperti lepas berlawan mati matian dengan seseorang.Tetapi Ezra tidak nampak Zendryx.

"Kau!mana Zendryx hah!"jerit Ezra kepada Leonard."Dia dh pergi."jawab Leonard.Ezra terdiam.Tiba tiba anak mata Ezra bertukar menjadi biru.Rambutnya juga bertukar menjadi biru dan disekeliling badan nya dikelilingi api yang bewarna biru.Pedang nya juga mengeluarkan Api terang yang berwarna biru.

Seketika itu kelihatan Leviathan semakin penat melawan 3 swordsman sekali gus."Heh nampaknya kita akan jumpa lagi lain kali ye swordsman."kata Leviathan kepada mereka bertiga.Lalu Leviathan pun pergi dari situ meninggalkan mereka.Mereka pun bergegas pergi mencari Ezra.

Leonard terkejut melihat keadaan Ezra ketika itu.Ezra hanya diam sambil memerhati Leonard.Leonard tidak sia sia kan peluang yang ada,dia terus pergi menyerang Ezra dengan pedang nya.Tanpa di sangka sangka api yang mengelilingi Ezra tadi membentuk tangan dan menahan pedang tersebut dari terkena Ezra.Ezra hanya berdiri statik di situ sambil merenung tajam ke arah Leonard.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now