9-Pembelot

4 1 0
                                    

Ezra dan Marilyn pun pulang ke rumah masing masing.Berpindah ke base Spadaccino,kelihatan Malcolm yang baru sahaja balik dari perlawanan nya melawan Ezra."Jadi ape cerita dengan Ezra?dapat tak dia?"tanya Lucas."Dia lari."balas Malcolm ringkas."Esok aku pulak pergi cari dia."kata Lucas.

Tiba-tiba Nicholas muncul."apa jadi?"tanya Nicholas keliru."Master arahkan kita tangkap Ezra hadap master."jawab Lucas.Nicholas pun keliru.Lalu Malcolm menjelaskan bahawa master dapat merasakan yang Ezra akan gila kuasa kerana kekuatan yang dimiliki nya."Hmm betul jugak,dia baru beberapa hari je dah dapat capai tahap kedua."bisik Nicholas dalam hati.

Keesokan harinya,Ezra dan Marilyn keluar kembali dengan niat mencari Zendryx.Tiba-tiba Ezra nampak Lucas yang sedang berlawan dengan Jaziel.Ezra pun dengan sifat benci demons nya yang mebuak buak segera megeluarkan pedangnya dan membantu Lucas."Kau?takpe kau nanti aku settle lepas kita settle kat demon ni."kata Lucas kepada Ezra.

Ezra segera bertukar kepada kuasa tahap kedua nya supaya demon Jaziel lebih mudah di kalahkan.Jaziel diserang terus menerus tanpa henti oleh Lucas dan Ezra yang menggunakan kuasa tahap keduanya.Ezra pun dengan laju berada di depan Jaziel dan melibaskan pedang api nya kearah leher Jaziel.

Namun ade seperti angin yang membentuk seperti perisai melindungi Jaziel.Jaziel pun selamat.Akibat pertembungan dari serangan tadi menyebabkan Ezra tercampak ke belakang.Marilyn nampak Nicholas dengan laju meluru ke arah Ezra dan Lucas.Ezra yang masih terkejut dengan serangan tadi tiba tiba diserang oleh Nicholas.Lucas sempat mengelak serangan tersebut.Manakala Ezra terkena sedikit dari serangan tersebut namun api biru miliknya sempat menahan hampir kesemua serangan tersebut.

Ezra,Marilyn dan Lucas terkejut melihat Nicholas berada di sisi Jaziel dan melidungi nya.Tidak cukup itu, Nicholas juga menyerang mereka berdua.Nicholas mengoyakkan lambang Spadaccino yang ade di bajunya di bahagian lengan dan berkata"mulai hari ini aku bukan lagi ahli Spadaccino."

Ezra yang sangat membenci demons tidak berdiam diri.Api biru yang mengelilingi nya membentuk naga dan menyerang mereka.Belum sempat naga itu mengena Nicholas dan Jaziel,Jaziel sempat membuat perisai menggunakan angin.Kemudian Nicholas melepaskan serangan angin yang sangat kuat sehingga menyebabkan naga yang diperbuat dari api biru tadi terpadam.Bukan sekadar itu,Ezra dan Lucas juga turut tercampak.

Selepas serangan itu reda,Nicholas dan Jaziel pun sudah hilang dan beredar dari situ.Lucas yang terkejut dengan keputusan Nicholas itu terus lupakan hasratnya yang ingin mengambil pedang Ezra.Dia terus pergi pulang ke base Spadaccino untul memberitahu maklumat itu kepada Arthur dan Malcolm.Ezra yang jiwanya bercelaru itu hanya berdiri di situ sambil memikirkan sesuatu.

"Aku tak kira demons tetap demons.Kalau terpaksa aku akan bunuh sekali Nicholas tu."kata Ezra.Marilyn cuba menenagkan Ezra dan mengajaknya makan dan berehat dahulu.Ezra pun ikutkan saja kata kata Marilyn itu.

Di base Spadaccino,"dia kata dia nak keluar dari Spadaccino dan dia juga join Jaziel."kata Lucas kepada Arthur dan Malcolm sambil menyerahkan logo Spadaccino yang dikoyakkan oleh Nicholas tadi.Arthur terkejut dengan perkara yang diberitahu oleh Lucas itu."Master suruh tangkap Ezra lah,Nicholas membelot lah haish."Arthur mengeluh."Esok kita bertiga pergi tangkap Ezra sama-sama.Dia takkan dapat lari kali ni."kata Malcolm pula."Kita fokus tangkap Ezra dahulu,Nicholas tu kita biarkan dulu selagi dia tak buat hal kita biarkan dahulu."kata Arthur lagi.

Kelihatan Ezra sedang makan dan begurau manja dengan Marilyn di kedai makan.Tidak beberapa jauh dari situ ade seseorang lelaki yang berpakaian serba putih melihat mereka dari jauh sambil berkata "jadi aku dah jumpa kau The Chosen One."kata lelaki itu sambil senyum dan memegang sebuah pedang.

The Chosen OneWo Geschichten leben. Entdecke jetzt