7-Blaze

7 1 0
                                    

Api biru yang menangkap pedang itu,kemudian melempar jauh pedang Leonard.Leonard yang dalam keadaan marah terus menumbuk muka Ezra.Tetapi sekali lagi api biru tadi membentuk seperti tangan dan menahan tumbukan Leonard.Kemudian dengan cepat Ezra menumbuk tepat di bahagian perut Leonard dengan tumbukan yang kuat beserta api biru yang mengelilingi tumbukannya.

Leonard yang terkena tumbukan itu tercampak ke belakang dengan laju.Belum sempat Leonard berhenti tercampak dari hasil tumbukan tadi, secara tiba-tiba Ezra berada di sisi nya dan menendang nya dengan sepakan kuat yang dikelilingi api biru.Lalu,Leonard pun terbang tinggi ke atas akibat sepakan tadi.Dengan sekelip mata Ezra sudah berada lebih atas darinya dan memegang pedang yang megeluarkan api bewarna biru.

Sedikit sahaja lagi Leonard mahu hampiri Ezra,Ezra melibaskan pedangnya beserta api biru itu terlebih dahulu tepat di bahagian dada Leonard.Leonard pun jatuh ke bawah dengan laju nya.Akibat serangan yang cukup kuat tadi menyebabkan tanah yang ditimpa Leonard itu merekah.Leonard berdiri dan ingin menstabilkan diri.Kemudian dia memandang atas dan mencari di mana Ezra.Sejurus sahaja dia pandang semula ke depan Ezra telah berada tepat di depan muka nya bersama pedangnya.

Dengan cepat Ezra memotong leher Leonard.Leonard pun perlahan lahan menghilang dan menjadi abu abu.Ezra memandang kematian Leonard dengan tenang sambil mecacakkan pedang miliknya ke tanah.Malcolm,Lucas dan Nicholas tiba di situ."tahap seterusnya daripada elemen api.Tapi macam mana dia dapat meningkat secepat ni?"bisik Nicholas di dalam hati.

Ezra pun kembali ke rupa asal sambil menangis kerana dia terlambat untuk menyelamatkan Zendryx.Marilyn yang berada di situ cuba menenagkan Ezra.Mereka semua pun memujuk Ezra dan mengajaknya pulang ke base Spadaccino.Kelihatan dari suatu tempat yang dekat dengan tempat di mana Ezra dan Leonard berlawan,ada Leviathan dan Ceberus yang melihat mereka.

"Hmm nampaknya budak tu bukan biasa-biasa.Dia baru sahaja mendapatkan pedang itu beberapa hari tapi telah berjaya naik ke tahap ke 2 elemen tu."kata Leviathan."Mungkin dia merupakan orang yang terpilih yang di katakan oleh Reynold dahulu."kata Ceberus pula.

Keesokan hari nya di base Spadaccino,mereka sedang makan bersama bagi meraikan kemenangan mereka melawan Leonard.Tetapi kelihatan Ezra tiada di situ.Marilyn pun segera keluar mencari Ezra.Rupanya Ezra sedang duduk di pintu seorang diri sambil menangis.

"Aku tak patut biarkan dia pergi sorang-sorang."kata Ezra.

"Jangan sedih lagi Ezra,aku yakin dia sekarang tengah gembira sebab kau dah berjaya meningkatkan kekuatan kau."pujuk Marilyn."Aku benci Demons!lepas ni kalau aku jumpa mana mana demons memang aku takkan bagi peluang!"kata Ezra.Marilyn hanya dia mendengar kata-kata Ezra.

Secara tiba-tiba Arthur datang dan berkata"kalau kau nak training kau boleh ikut aku,kita training sama sama."kata Arthur.Ezra pun kembali bersemangat dan berdiri."Aku tau Zendryx tak mati lagi,aku tau dia hidup lagi."kata Ezra.Marilyn semakin risau melihat keadaan Ezra selepas kematian Zendryx."hah jomlah Ezra kita makan dulu,kau dari semalam tak makan kan nanti kau sakit pulak."kata Marilyn.

Lalu Ezra pun masuk untuk makan bersama mereka.

Kelihatan di suatu tempat yang kelihatan seperti base Spadaccino yang lain."Budak baru tu kau jangan main main dengan dia Victor."kata Ceberus kepada seorang lelaki bernama Victor."heh aku akan uruskan budak tu nanti."kata Victor dengan senyum sinis.Setelah itu Ceberus pun menghilangkan diri."Uriel!Nova!masuk sini."jerit Victor.

Lalu kelihatan dua orang yang seorang lelaki dan Seorang perempuan memasuki ruangan tersebut dan berkata "ya Master."Victor yang melihat mereka berdua berkata "jangan biarkan budak Ezra tu terlepas dan suruh semua swordsman tangkap dia."kata Victor lagi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Chosen OneWhere stories live. Discover now