10-Master revealed

5 2 0
                                    

    Keesokan harinya seperti rutin harian biasa Ezra dan Marilyn mereka pergi makan bersama dan mencari Zendryx.Sedang mereka berdua berjalan mencari Zendryx,tiba tiba Arthur muncul di hadapan mereka berdua."Maaf Ezra,tapi kitorang dah bagi pilihan untuk tidak berkeras tapi kau pilih kekerasan."kata Arthur.

    Arthur segera mengeluarkan pedangnya.Marilyn menarik tangan Ezra untuk lari ke arah belakang,namun Malcom dan Lucas keluar dari situ.Mereka berdua buntu.Ezra berkata kepada Marilyn untuk cari tempat selamat.Marilyn pun segera pergi ke tempat lebih selamat dan melihat Ezra dari jauh.Ezra pun mengeluarkan pedang nya dan tanpa berfikir panjang terus berubah ke kuasa tahap kedua nya.

    Lucas dan Malcolm pun mengeluarkan pedang mereka.Lalu Arthur dan Lucas pun lari menuju ke arah Ezra.Mereka pun memulakan serangan.Ezra menahan serangan pedang itu menggunakan pedang miliknya.Kemudian Malcolm pula melepaskan tembakan ke arah Ezra.Namun Api biru Ezra sempat menahan tembakan itu.Belum sempat Ezra menstabilkan diri,Lucas dan Arthur menyerangnya dan mengakibatkan pedang Ezra tercampak.

     Ezra pun mengambil langkah beberapa langkah kebelakang dan melemparkan bebola Api biru ke arah mereka.Arthur mengeluarkan bebola air miliknya dan kedua serangan tersebut bertembung sesama sendiri dan menyebabkan proses penyejatan berlaku dan menukarkan air tersebut menjadi wap air manakala api biru tadi pula terpadam.Tidak cukup dengan itu,tiba tiba tanah mencengkam kaki Ezra menyebabkan Ezra tidak dapat bergerak.

     Malcolm tidak melepaskan peluang dia pun menyerang Ezra menggunakan tembakan bunyi miliknya secara bertubi tubi.Ezra tercampak dan menjadi semakin lemah.Belum sempat Ezra berdiri,Arthur menyerang bahagian tengkuk Ezra menyebabkan Ezra hilang kesedaran lalu pengsan.

     Marilyn yang nampak itu tidak berdiam diri,dia segera datang menghampiri Ezra namun dihalang oleh Lucas.Lalu Arthur dan Malcolm pun mengangkat Ezra serta mengambil pedangnya dan pergi dari situ.Marilyn yang tidak dapat membuat apa apa hanya menangis kerana kawan ataupon merupakan orang yang dia anggap keluarga itu diambil pergi begitu.Setelah itu Marilyn yang lemah pun terduduk di situ kerana kedua orang yang disayangi nya sudah tiada iaitu Ezra dan Zendryx.

    Lucas pun beredar dari situ membiarkan Marilyn menangis seorang diri.Setelah beberapa minit di situ tiba tiba mucul seorang lelaki berbaju putih datang ke ara Marilyn."Jom aku tolong kau selamatkan kawan kau."kata lelaki itu."siapa kau?"tanya Marilyn dengan nada teresak-esak."Aku swordman."kata lelaki itu.Tanpa berfikir panjang Marilyn pun setuju.

    "Mak dengan ayah kau dah takde ke?"tanya Ezra kepada seorang perempuan atau lebih tepatnya Marilyn kecil.Marilyn hanya menggelengkan kepalanya sambil menangis."Jom ikut aku jumpa mak ayah aku.kau boleh tinggal ngan kitorang."kata Ezra lagi.
       
          Kemudian....
   
     Ezra tersedar dari pengsannya.Rupanya itu hanya flashback memori daripada Ezra.Ezra pun menoleh ke depan kelihatan seorang lelaki sedang memakai jubah bewarna merah yang berhoodie."Jadi kau dah bangun."kata lelaki itu."Kau siapa!apa kau nak!"jerit Ezra.Tiba tiba dia di sepak di bahagian muka oleh seorang lagi lelaki atau lebih tepatnya Nova."Hormat sikit dekat Master."kata lelaki itu.Rupanya ini lah lelaki yang digelar master oleh mereka tu bisik Ezra dalam hati.

     "Apa kau nak dari aku."tanya Ezra kepada Victor."Aku nak kau mati."kata lelaki itu.Ezra sangat terkejut dengan permintaan lelaki itu kerana setahu dia,dia tidak melakukan apa apa kesalahan."Sudah,aku nak keluar kejap.panggil Arthur dan yang lain lain jaga budak ni.Kau dengan adik kau ikut aku."kata Victor kepada Ezra,Nova dan Uriel.Mereka bertiga pun beredar dari situ.Kemudian Arthur,Malcolm dan Lucas pun masuk ke ruangan itu.

The Chosen OneOn viuen les histories. Descobreix ara