8-Ezra gila kuasa?

5 0 0
                                    

Ezra dan Marilyn sedang berjalan berdua untuk mencari Zendryx bersama-sama.Kemudian secara tidak sengaja mereka ternampak Nicholas dan Jaziel sedang bercakap tentang sesuatu.Ezra yang sangat benci dengan Demons dengan cepat nya menghampiri mereka berdua.Namun tangan Ezra ditarik oleh Marilyn dan Ezra terjatuh bersama Marilyn.

Jaziel dan Nicholas yang dengar bunyi itu segera pandang ke arah dari mana datangnya bunyi itu.Namun tidak kelihatan apa-apa.Mereka pun sambung berborak seperti biasa.Marilyn sempat menarik Ezra ke tepi supaya tidak boleh dilihat oleh Nicholas dan Jaziel.Marilyn menghalang Ezra kerana dia mencadangkan untuk menyiasat terlebih dahulu tentang Nicholas dan Jaziel dan jangan terburu buru membuat keputusan.Lalu mereka pun teruskan mencuri dengar perbualan Nicholas dan Jaziel.

Sementara suasana di base Spadaccino sungguh sunyi tidak riuh seperti biasanya kerana semua swordsman di situ sedang berehat dan tidur.Tiba-tiba mereka semua dikejutkan dengan pintu yang di buka dengan kuat sekali.Muncul seorang perempuan yang cantik di sebalik pintu itu.Malcolm yang tidak tidur ketika itu terus berkata "ada ape Uriel kau tiba-tiba datang sini."Lalu Uriel menjawab "aku datang nak sampaikan arahan dari Master."

Semua swordsman yang tidur ketika itu terus bangun mendengar perkataan "master"."Hah?apa yang master sampaikan?"tanya Malcolm kepada Uriel.Lalu dia menjawab"Master nak korang hentikan Ezra atas sebab master kata nanti dia akan jadi semakin kuat dan akan gila kuasa.Master nampak sifat tamak dalam diri Ezra."kata Uriel.Lalu dia pun pergi dari ruangan itu.Semua swordsman ketika itu kebingungan.

Setelah Ezra dan Marilyn mendengar perbualan Nicholas dan Jaziel,mereka pun beredar dari situ.
"Aku rasa ada something lah between Nicholas dengan Jaziel ni.Tapi aku takkan biarkan.Demons tetap Demons."kata Ezra.Marilyn sudah biasa dengan sifat Ezra yang membenci demons sejak kematian Zendryx.Di dalam perjalanan pulang Ezra dan Marilyn terserempak dengan Malcolm.

Ezra berkata"Malcolm aku ada benda nak bagitahu ni...."belum sempat ayatnya habis ayatnya dipotong oleh Malcolm"kau ikut aku sekarang.Serahkan diri kau sekarang Ezra.Aku tak nak buat dengan cara kasar."kata Malcolm."Hah?Apa kau cakap ni Malcolm?Aku tk faham lah."balas Ezra keliru.Marilyn dapat merasakan sesuatu yang tak baik akan berlaku.Dia segera pegang tangan Ezra dan mengajaknya pergi dari situ.

"Kau jangan nak lari Ezra!Serahkan pedang kau dan serahkan diri sekarang."jerit Malcolm."Kenapa pulak aku kena serahkan dekat kau!Ini pedang aku!Aku nak gunakan untuk bunuh Demons yang ada!"jerit Ezra."Baiklah kalau kau tak nak cara lembut aku terpaksa guna cara kasar."balas Malcolm.Kemudian dia mengeluarkan sword of sound miliknya.Ezra pulak mengeluarkan Sword of fire miliknya.Nampaknya situasi disitu sangat tegang.

Marilyn yang berada di situ merasakan akan ada perlawanan yang dasyat antara mereka pun mengambil langkah berjaga-jaga.Malcolm segera menukar pedangnya ke bentuk pistol dan menembak Ezra.Ezra memotong semua serang Malcolm menggunakan pedangnya.Malcolm menyerangnya sambil mengambil langkah semakin dekat dengan Ezra.

Ezra yang terpaksa menahan serangan bertubi tubi tersebut tidak dapat bergerak kerana jika dia silap langkah dia akan terkena tembakan tersebut.Setelah jarak Malcolm begitu dekat dengan Ezra dia segera menukarkan pedangnya tadi ke bentuk pedang dan perlwanan pedang pun berlaku.Ezra yang baharu saja menggunakan pedang tersebut beberapa hari kalah kemahiran berpedang melawan Malcolm yang sudah lama menggunakan pedang.

Tidak mahu kalah semudah itu,Ezra pun bertukar kepada kuasa tahap kedua nya yang mengeluarkan api bewarna biru.Perlawanan mereka sangat sengit.Ezra menyerang bertubi-tubi kearah Malcolm dengan libasan api biru miliknya.Namun Malcolm yang sangat handal dengan mudah menangkis semua serangan itu.Apabila jarak Malcolm begitu jauh dari mereka berdua dia pun melepaskan tembakan yang sangat kuat.

Ezra menggunakan api biru kelilingnya membentuk tangan dan menahan serangan itu.Akibat dari serangan yang kuat tadi berlaku letupan dan mengeluarkan asap yang sangat banyak.Ezra tidak tercedera sedikit pun akibat serangan tadi berkat api biru miliknya.Tiba-tiba Marilyn memegang tangan Ezra dan menariknya pergi dari situ secepat mungkin.Setelah asap berkurang Malcolm mencari Ezra namun Ezra dan Marilyn sudah lagi tidak berada di situ.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now