🌸Chapter One : Colorado

212 12 7
                                    

12 Januari 2020

BUNYI bising lapangan terbang menerpa masuk ke dalam cuping telingaku. Umat manusia sibuk ke hulu hilir dengan agenda hidup masing-masing. Gilisan beg roda silih berganti kedengaran, tidak kurang troli beg dan juga derapan tapak kaki manusia.

Dua kali transit untuk ke tempat ini cukup meletihkan. Dari bumi Malaysia aku ke negara matahari terbit berhenti di Narita International Airport dan bermalam beberapa hari di sana. Tidak habis disitu aku teruskan lagi hampir dua belas jam ke Dallas International Airport untuk transit sebelum mengambil flight seterusnya ke Denver, Colarado dan akhirnya aku disini.

Bumi warna-warni yang aku tinggalkan hampir sembilan tahun lamanya bersama hati yang luka. Colarado! Kali ini sekali lagi aku menapak bersama iltizam yang baru. Nendaku perlu dibawa pulang segera ke tanahair tercinta!

"Miss Dhea Adiela! Here's your passport, welcome to Denver, Colorado, USA! I hope you have a great time here!" Ucap petugas kaunter itu dengan senyuman.

"Thanks!" Balasku ringkas.

Aku mengambil kembali passport aku dan menuju ke arah tempat menuntut bagasi. Hampir lima belas minit akhirnya set lugage berwarna merah jambu kegemaranku muncul beserta satu kotak yang lain. Semua itu makanan kering dari Malaysia. Bayangkan saja aku terpaksa heret semua itu dari Malaysia hingga ke Colorado ini. Jenuh!

"Do you need help with your luggage miss?"

Aku terkejut disapa begitu. Seorang lelaki kiraku berusia dua puluh an menegur untuk membantu aku. Di dadanya terpapar 'Bag Helper'. Oh! Pasti ini sebahagian dari servis lapangan terbang.

"It's okay! I just need to grab some trolley and I can carry this to a cab by myself!" Jawabku dengan sopan untuk menolak bantuan dia.

Bukan apa, aku tidak yakin lagi walaupun mereka adalah staf airport ini sendiri. Aku cuba berdikari!

Lelaki itu mengangguk dan tersenyum sebelum berlalu. Syukurlah dia tidak mendesak. Cepat-cepat aku ambil troli dan tarik luggage aku perlahan-lahan untuk menyusunnya.

"Mak aii! Beratnya!" Ngomelku.

Luggage aku menghasilkan bunyi yang kuat sebaik sahaja aku tarik ke bawah dan sedikit terhempas ke atas lantai airport. Nasiblah hiruk pikuk kawasan ini terlalu kuat juga untuk semua hiraukan aku.

"Apa je aku bawa ke sini!" Ngomelku lagi.

Aku menyeka peluh di dahi yang mula keluar. Termengah juga aku menahan cungap keletihan. Menyesal tidak terima pertolongan staf itu tadi. Sombong sangat kan aku!

"Miss! Do you need help? The luggage seems so heavy!" Tegur seorang wanita.

Segera aku mengangkat wajah dan dihadapanku seorang wanita bertubuh tinggi sedang memandang aku. Rambutnya berwarna coklat cerah, matanya bulat seperti orang Asia dan hidungnya mancung seperti orang Barat.

"Oh? I think I really need help this time, I don't know what I brought here!" Jawabku kekok.

"It's okay, let me help you. I grab the bottom okay?"

Aku senyum walaupun kedengaran agak kekok. Wanita itu pantas sahaja mengangkat bahagian bawah luggage aku dan aku pegang bahagian atas. Dia membantu aku mengangkatnya ke atas troli.

"There you go!" Ucapnya.

Kemudian dia menyapu kedua tangannya menghilangkan sisa kotoran di tangan. Aku menarik nafas lega.

"Thanks so much for that! I really don't know what inside, I guess I'm too crazy on packing things!" Ucapku.

"It's okay, I know us girls will always overpacked! By the way, I'm Natasha!" Balasnya sambil menghulurkan tangan.

Love in Colorado ✔️✔️✔️Where stories live. Discover now