🌸Chapter Five : Happier

192 14 11
                                    

"PERLUKAH Dhea balik seawal ini? Tak nak tunggu sampai habis ke?" Soal nenek lagi.

"Dhea dah tak sanggup nek, biarlah Dhea pergi dulu sebelum tamat majlis tu. Dhea tak sanggup!" Ucapku.

Luggage aku Ameer tolong angkat dan masukkan ke dalam bonet keretanya. Aku nampak ada satu lagi beg disitu, malas aku hendak ambil tahu.

"Are you sure Dhea?" Soal Ameer. Aku mengangguk.

"I'm sure Meer, there is no place for me here!" Jawabku.

Usai bersalam dan berpelukan dengan nenek aku menapak masuk ke dalam jeep. Nenek mahu pulang atau tidak itu bukan urusan aku lagi, ayah boleh bereskan. Aku tidak mahu masuk campur lagi.

"Goodbye nek! Take care of yourself!" Ucapku sambil melambai nenek. Ada garis tua kesedihan terpancar di wajahnya, aku kuatkan hati untuk tidak perdulikan itu.

Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa kira-kira sejam lebih, aku cuba perhatikan jalan yang Ameer lalui. Ianya agak asing bagi aku.

"Kita nak ke mana ni Meer?" Soalku.

Ameer memusingkan stereng kereta beberapa kali sehingga masuk ke sebuah kawasan perumahan. Kami ke kawasan pergunungan kecil. Dari jauh aku lihat ada banyak kereta berparkir di tepi bahu jalan. Orang ramai mula membanjiri kawasasan itu.

"Ameer, Is this..." Kata-kata aku mati disitu. Aku pandang wajah Ameer.

Hiasan bunga putih dan renda indah cukup buat aku faham dimana aku berada sekarang. Hatiku jadi sebak lagi.

'Welcome to the weddings of Ray Zaffri & Natasha'

"Kenapa awak buat macam ni Meer? Kenapa seksa saya?" Soalku.

Ameer menghentikan kenderaan di parkir. Dia mengambil tanganku, matanya tepat memandang aku.

"You have to overcome this Dhea, saya tak nak awak balik ke Malaysia dengan rasa dendam dan sakit. Rasa menyesal sebab tidak berjuang!" Tukas Ameer.

"I don't know if I could Meer!" Luahku.

"Don't worry, I'm here. I always be here. Saya temankan awak!" Ucap Ameer lagi.

Aku diam, nafasku aku tarik perlahan. Ameer betul! Pedulikan semuanya, cinta ini aku harus perjuangkan.

Pintu kereta aku buka perlahan, Ameer berdiri disebelahku.

"You wait here!" Arahku pada Ameer.

Aku masuk ke dalam dewan dimana majlis perkahwinan Zaffri dan Natasha sedang berlangsung. Aku nekad! Semuanya perlu habis hari ini!

Langkah kaki aku laju terarah kepada kedua mempelai. Aku lihat majlis sudah separuh jalan, sempat aku jeling jari manis Natasha. Sudah bersarung cincin. Aku terlambat!

"Dhea!" Ucap Natasha sebaik sahaja dia terlihat kelibat aku masuk ke majlisnya. Sedikit cuak wajahnya, laju tangan dia merangkul lengan Zaffri.

"Dhea! Ray is mine!" Tukas Natasha.

"Babe!" Panggil Zaffri pada isterinya dan menenangkan dia.

Aku maju setapak ke arah mereka berdua. Senyuman aku berikan pada Zaffri, kemudian Natasha. Tidak menerima balasan dari mereka berdua sebaliknya hanya memandang aku dengan wajah bingung.

"This is for you!" Satu kotak bersaiz sederhana berbalut biru Tiffany aku berikan kepada Natasha.

"What is this?" Soal Natasha seraya menerima kotak itu.

Love in Colorado ✔️✔️✔️Where stories live. Discover now