🌸Chapter 4 : Untold Story

110 10 8
                                    

"THANKS Meer! Nanti nenek akan tengokkan dia, kamu baliklah dulu ya!" Ucap nenek Embun pada Ameer yang melawat aku.

"Nenek, Meer rasa Dhea berhak tahu perkara sebenarnya. Lagipun Zaff akan kahwin tak lama lagi!" Ucap Ameer. Nenek menggelengkan kepala.

"No Meer, if Dhea knows the truth she will stop the marriage in anyway she could. Nenek tak nak dia terluka lagi!" Jawab nenek Embun.

"Tapi nek, saya tak nak tengok Dhea terus terseksa macam tu. Saya sayangkan dia nek!" Luah Ameer dengan bersungguh-sungguh.

"Selepas Zaffrul selamat berkahwin nanti, barulah nenek akan ceritakan perkara yang sebenarnya pada Dhea."

"Perkara sebenar apa tu nek?!" Soalku.

Aku lihat Ameer dan nenek keduanya seakan terkejut dengan kehadiran aku di balik tembok dapur. Aku sebetulnya tadi ingin ke dapur mengambil air, tetapi aku terdengar perbualan nenek dan Ameer. Sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan dari aku.

"Jawablah nek, apa yang nenek dan Ameer sembunyikan dari Dhea? Kenapa perlu tunggu Zaffrul selamat berkahwin dulu?" Soalku bertubi-tubi.

Ameer berdiri mendapatkan aku. "Dhea.."

"No Meer, let go of me. Nenek! Apa yang jadi sebenarnya ni? Cuba bagitahu Dhea!" Soalku dengan suara yang sedikit tinggi.

Nenek memandang aku dengan wajah yang sugul, matanya berkaca sedikit. Dia berdiri mendapatkan aku dan membawa aku duduk di sofa.

"Tak guna lagi nenek simpan rahsia ini, hampir sembilan tahun lamanya nenek pegang. Mungkin inilah masanya kamu tahu hal sebenar Dhea!" Ucap nenek lagi.

Aku pandang wajah nenek, kemudian silih berganti wajah Ameer.

Nenek menuju ke almari tempat penyimpanan fail. Dia keluarkan satu sampul surat bersaiz A4 dan dia berikan pada aku.

"Apa ni nek?" Soalku. Fail itu aku terima. Agak berdebar untuk aku tahu isi kandungannya.

"Bukalah! Dalam dia ada segala jawapan yang Dhea perlukan!" Ucap nenek.

Ameer berdiri menghadap tingkap. Pasti dia tidak sanggup untuk mendengar apa yang akan nenek luahkan sebentar lagi.

"Ameer, what is this?" Soalku. Namun Ameer sekadar menggelengkan kepala, dia mengetap bibir.

Fail itu aku buka perlahan, didalamnya ada beberapa surat perjanjian dan slip transaksi keluar masuk duit dari akaun bank ayahnya Dato Farhan dan seorang pemilik akaun bernama Carmen.

"Inikan akaun bank ayah. Who's Carmen?" Soalku pada nenek.

Beberapa transaksi yang berjaya dimasukkan ke dalam akaun Carmen, hampir tiga puluh ribu USD bersamaan seratus dua puluh tujuh ribu Ringgit Malaysia. Aku jadi bingung apa semua ni?

Kemudian ada beberapa keping gambar terkeluar dari fail itu. Menyirap wajahku. Itu gambar Zaffri dan dan wanita lain yang aku lihat di katil hotel sembilan tahun dulu. Beberapa keping gambar ada, awalnya wanita itu masih berpakaian sehinggalah mereka berpeluk bersama di katil tanpa seurat benang. Anehnya Zaffri seakan tidak sedar kerana setiap gambarnya dia kelihatan tidur dan hanya wanita itu yang bergerak.

"Apa ni nek? Dhea tak faham!" Ucapku.

Semuanya kabur dan tidak tersusun. Aku seakan dapat menangkapnya tetapi tidak jelas.

"The girl next to Zaffri is Carmen. Dia wanita yang ayah Dhea dan nenek upah untuk letak ubat tidur dalam minuman Zaffri dulu." Luah nenek.

Aku melopong, jantungku seakan berhenti. Sakitnya lebih tajam berbanding ketika aku melihat Zaffri dulu.

"Apa nek?" Soalku seakan tidak percaya.

Love in Colorado ✔️✔️✔️Where stories live. Discover now