🌸Chapter Three : Ex

116 9 5
                                    

PANDANGAN mataku tertumpu pada jalan. Suasana didalam jeep ini sunyi sahaja. Tiada suara keluar baik dari aku ataupun Ameer sebaik sahaja kami keluar dari kafe sebentar tadi.

"Dhea, are you okay?" Soal Ameer setelah lama menyepi.

Aku mengangguk dan senyum tawar. "I'm good!" Jawabku lemah.

"The guy just now. Zaffri, it was him right?"

Aku terkedu. Ameer tahu?

"You know him?" Soalku. Ameer mengangguk. Pasti nenek yang beritahu dia.

"Yes, it was him. My ex-fiancé." Ucapku lemah. Memori dulu terlayang lagi.

Ketika itu kurang lebih dua bulan sebelum majlis perkahwinan aku dan Zaffri. Kami bercadang untuk pulang ke Malaysia bersama-sama, melangsungkan pernikahan dan aku akan kembali ke sini untuk mengikutinya bekerja bersama keluarga dia disini sekaligus menjaga nenek.

Aku terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinan, tiba-tiba aku mendapat sejambak bunga dari seseorang. Zaffri ingin bertemu denganku di hotel. Agak pelik! Meskipun telah bercinta selama tiga tahun aku dan Zaffri tidak pernah pula ke hotel bersama-sama. Masih aku jaga adab aku biarpun jauh di negara orang.

"Sayang, meet me at Hilton Garden Inn at 4pm. I'll be waiting at room 302. Here's the key card!"


"Who's giving this?" Soalku pada Kathy pembantu aku sepanjang menjalankan intern di syarikat nenek aku iaitu Embun Construction.

"From post guard, he said it was from Mr Zaffri!" Ucap Kathy lagi.

Aku mengerut dahi. Namun tidak banyak aku fikir, segera aku capai beg tangan dan menghubungi teksi untuk membawa aku ke sana. Untung Mr Clark bos aku disini memberi kebenaran aku keluar, yalah. Aku kan cucu kepada bosnya juga, pasti saja aku diberi kebenaran!

Setibanya di hotel yang dimaksudkan aku jadi sangat berdebar. Apa pula kejutan dari Zaffri ni, bawa pula jumpa tempat-tempat macam ni. Selalunya dia bawa aku ke kafe atau jemput dan bawa makan di rumah keluarganya.

Selepas mengesahkan Zaffri adalah pemilik nombor bilik tersebut di kaunter lobi tanpa membuang masa aku segera menekan butang lif ke tingkat tiga, biliknya pula tidak begitu sukar untuk dicari. Hampir lima minit aku tiba dihadapan pintu bilik 302. Agak berdebar juga. Dari luar aku dengar ada bunyi muzik romantik sedang beralun.

Mungkinkah Zaffri mahu melamar aku secara rasmi. Kerana aku sering mengadu padanya masih mahu mendapat official romantic proposed sebelum berkahwin. Mungkin hari ini! Tersenyum aku didalam hati.

Aku melayangkan kad kunci dan membuka pintu dari luar. Suasana bilik agak gelap dan suram. Bau wangian yang selalu Zaffri pakai kuat di rongga hidungku mengatakan dia memang ada dalam bilik ini.

"Kasut?"

Di lantai aku temui kasut Zaffri dan juga sepasang stiletto berwarna hitam. Perlahan aku maju ke depan, ada pakaian dalam wanita berwarna merah yang terbiar dia lantai. Perasaan tidak sedap hati mula muncul.

"Please, not what I'm thinking!" Ucapku separuh berbisik cuba menenangkan hati.

Aku terus ke arah katil, alangkah hancurnya hati aku melihat Zaffri baring disitu tanpa sebarang pakaian di balik selimut. Tangannya memeluk wanita lain disisinya yang juga tidak berpakaian. Bibirku bergetar menahan sebak.

"What is this...?"

"Arghh!" Wanita di sisi Zaffri terkejut dengan kehadiran aku dan dia berteriak sekaligus mengejutkan Zaffri yang sedang tidur.

Love in Colorado ✔️✔️✔️Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu