Prolog

7.3K 158 4
                                    

-Fizzah Shah-

Cerita ini tiada kena mengena dengan kisah hidup sesiapa sama ada yang masih hidup atau sudah tiada. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Melalui cerita ini kita boleh nampak, sekelip mata saja kita boleh jadi terlalu bodoh mengikut hati dan perasaan yang membuta tuli.

Jangan copy idea dan jalan cerita saya. Saya tak halalkan jika ia di copy paste.

✨✨✨✨✨

Tangan Adlina menggigil apabila melihat gambar yang diterimanya melalui seseorang menerusi aplikasi whatsapp. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh mengalir dipipi mulusnya.

Dia terduduk lemah di atas sofa. Aida,  adik iparnya itu mengeluh kasar dan mengepal tangan menahan amarah apabila melihat perbuatan abang sendiri.

Kesian kakak iparnya itu.

Puan Amena juga beristighfar di dalam hati dan tangan memegang dada akibat terkejut dengan berita yang diterimanya sebentar tadi. Tidak menyangka anak sulungnya jadi bodoh sebegitu.

Isteri cantik di depan mata tak dipandang, sibuk dengan perempuan yang entah apa-apa dekat luar sana tu.

"Ad sabar. Fayyadh balik nanti kita dengar penjelasan dia dulu ye. "
Tangan Puan Amena mengusap bahu menantunya dengan lembut. Ingin menenangkan Adlina yang sudah berendam air mata kecewa.

Bunyi pintu rumah dibuka, mereka menoleh dan melihat Encik Rahim masuk ke dalam rumah dan menghempaskan diri ke sofa dengan wajah memerah menahan amarah.

Ghafir Fayyadh dilihat masuk dengan selamba dan pandangan matanya kosong, melihat ke arah si isteri yang sedang mengesat air mata itu membuatkan hatinya sedikit perit.

Wajah sembap itu kelihatan cantik meskipun sudah memerah dan sedikit comot dengan sisa air mata.

"Apa yang kamu buat ni, Fayyadh. Isteri ada dekat rumah masih mencari perempuan lain? " marah Puan Amena.

Puan Amena mendekatinya dan menampar bahu anak sulungnya itu dengan kuat.

"Kenapa Fayyadh? Tak cukup ke seorang je? Kenapa perlu curang? Mama tak pernah ajar anak mama permainkan isteri macam ni. Mama tak pernah ajar kamu untuk jadi lelaki dayus. "

Encik Rahim mengerling tajam kearah anak lelakinya itu. Tadi dia sudah menampar pipi Fayyadh sebaik tiba di hotel itu. Sungguh dia kecewa dengan perlakuan anaknya yang memalukan itu.

'CEO Fayn Holding ditangkap khalwat dengan seorang doktor yang dikatakan kliennya'

Kat mana dia nak letak mukanya nanti.

"Mama kecewa dengan kamu, Fayyadh. Apa kurangnya Ad? Kenapa kamu sanggup duakan dia? Jawab pertanyaan mama ni"

Dia berteriak di depan muka Fayyadh.  Sepatutnya Adlina yang memarahi Fayyadh tapi ni terbalik. Adlina hanya diam ditempatnya. Tidak berkata apa-apa.
Hanya telinga mendengar.

"Fayyadh hanya berkawan dengan dia ma dan kami tak ada buat apa-apa pun tadi. Fayyadh tak tahu siapa yang perangkap kami." ujarnya lemah.

"Dan sejujurnya memang Fayyadh mula sukakan dia. " dia tunduk kepala. Mungkin merasa bersalah di depan isterinya.

"Ya Allah  Fayyadh. Kamu sedar tak apa kamu cakap ni? Isteri kamu nak campak kat mana? Kamu cakap mula sukakan perempuan tu, habis tu isteri kamu macam mana?"

Adlina mengetap bibirnya. Dia tersenyum kelat. 3 tahun mereka berkahwin  dan dengan mudahnya cinta Fayyadh beralih arah.

"Mama tak akan terima orang lain jadi menantu mama. Hanya Adlina Shahmina yang layak dan satu-satunya menantu perempuan yang mama ada. Tak kisah apa nak jadi, mama takkan terima perempuan tu masuk ke dalam keluarga ni. "

Puan Amena terus melangkah naik ke tingkat atas menuju ke biliknya untuk menenaangkan dirinya. Encik Rahim tanpa sepatah kata terus menyusul isterinya. Dia kecewa dengan sikap dayus Fayyadh. Umur dah 32 tahun tapi tak pernah matang dalam membuat keputusan.

"Jujur Aida cakap, along adalah lelaki dayus yang tak reti nak setia. Lelaki yang tak cukup seorang isteri, ada hati nak cari yang lain. Lelaki yang tak pernah hargai isteri sendiri. Aida kecewa dengan perangai along." ujarnya dengan lirih.

Fayyadh hanya melihat adiknya meninggalkan mereka hingga bayang gadis itu hilang di sebalik dinding.

Adlina hanya diam. Dia bangun dan tanpa basa-basi terus meninggalkan suaminya. Di dalam bilik dia menghamburkan semua kesedihan, kekecewaannya sehingga habis bantal di buang ke lantai.

"I hate you, Fayyadh. "

"Bodohnya aku masih sayangkan dia.  Sedangkan dia dah tak sayangkan aku" gumamnya perlahan dalam sendu. Cukuplah dia jadi bodoh selama ni. Pengorbanan yang sia-sia dan tiada nilai.

Pintu yang diketuk dari luar dihiraukannya. Dia kunci pintu bilik malam ni, biar suaminya tidur kat luar. Tidur ruang tamu je. Ada hati nak kahwin lain. Dah sakitkan hati Adlina, nak juga masuk dalam bilik.


✨✨✨✨✨

TAKDIR CINTA ADLINAWhere stories live. Discover now