Bab 4

2.6K 124 3
                                    

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

(no one pov)

Hari ini Fayyadh mengajak Adlina balik ke rumah mereka. Dengan langkah yang lemah, dia menuruni tangga dan melihat mama dan papa sedang berdiri betul-betul depan pintu. Aida turut ada di situ. Sebaik melihat susuk tubuh abangnya, Aida menjeling tajam. Dia masih tidak bertegur dengan Fayyadh sejak kejadian yang diketahuinya semalam.

Ini pun Adlina datang ke rumah mertuanya kerana diajak mereka untuk makan tengahari bersama. Rupa-rupanya mertua dia sudah pun tahu tentang Fayyadh dan perempuan itu.

"Kalau ada apa-apa berlaku, call mama. Jangan pendam masalah seorang diri."

pesan Puan Amena semasa Adlina menyalami tangannya.

"Kamu pula Fayyadh, ingat apa yang mama cakap tadi. Jangan buat hal lagi. Masalah kamu dengan perempuan tu selesaikan baik-baik. Buat apa-apa fikir dulu. Jangan ikut perasaan sangat. Umur dah tua tapi perangai tak matang lagi."

bebelnya pula sambil tangan masih memegang tangan Fayyadh yang sudah bersalam tadi.

Fayyadh bersalam dengan papanya dan memeluk erat tubuh Encik Rahim. Belakang bahunya ditepuk perlahan oleh papanya.
Walaupun Encik Rahim masih marah dan kesal dengan perbuatan Fayyadh tapi dia masih menyayangi anak lelakinya itu.

"Sebagai suami, yang perlu kamu beri perhatian adalah isteri, bukan orang luar. Jaga hati isteri, jaga rumahtangga kamu. Jangan bagi peluang mana-mana perempuan hancurkan rumahtangga sendiri."

Fayyadh angguk tanda mengerti. Dia melihat pula Aida yang berdiri di sebelah papanya. Gadis itu hanya diam memandangnya seperti orang yang buat salah besar.

"Satu lagi along kena ingat, penyondol takkan masuk kalau lelaki tu sendiri tak buka pintu. Sebab itulah kena jaga pergaulan diri. Dah ada isteri buat cara dah ada isteri. Jangan pura-pura bujang pula ye. " aduh pedas sekali perlian yang keluar dari mulut murai Aida.

Sekali lagi Fayyadh tersentak. Asal mulut perempuan kesayangannya sangat pedas?

Walau dalam keadaan marah pun, dia tetap menyalami tangan abangnya. Hormat tetap hormat. Marah kekal marah. Eh?

"Jaga kak Ad tu baik-baik. Bukan setakat tak ada anak, tuannya cantik juga macam anak dara lagi. Masih laku kalah perempuan tak tahu malu tu. Sebelum menggigit jari nanti, baik jaga dari sekarang. "

Sempat lagi mamanya mencubit sedikit lengan Aida. Mulut tu celupar sangat. Tak sanggup pula dia nak biarkan anak lelakinya itu berpisah dengan menantu kesayangannya itu.

Fayyadh terus melihat isterinya yang sudah pun berada di dalam kereta. Dilihat Adlina duduk menyandar di dalam kereta dan hanya melihat ke sini dari sana.

Adlina hanya melambai tangan kepada mama, papa dan adik iparnya sebagai tanda perpisahan sementara. Lega hatinya bila melihat hubungan suami dan keluarga belah mentuanya sudah baik.

✨✨✨✨✨

Sambil mata fokus melihat ke depan semasa memandu sempat lagi dia mengerling ke sisinya. Kelihatan Adlina hanya termenung  melihat pemandangan indah di luar. Tidak seperti selalu, wanita itu hanya senyap saja. Tiada lagi gurauan antara mereka. Sudah tiga hari dia tidak mendengar suara merdu Adlina.

TAKDIR CINTA ADLINAWhere stories live. Discover now