Bab 6

2.5K 124 2
                                    

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

Azan subuh berkumandang melalui aplikasi The Noor dalam telefon yang diletak di tepi bantal yang menampung kepalanya. Terus Adlina mencelik mata dan tangan bergerak ke tepi namun dia berkerut apabila tiada batang tubuh suaminya di sebelahnya.

Dia bangun dan duduk termenung sejenak sebelum melihat jam yang tertera di skrin telefon. Dia berpusing melihat ke seluruh kawasan bilik tapi belum menemui Fayyadh. Dia mengeluh dan bangun untuk membersihkan tubuh.

Nak kata Fayyadh ada dalam bilik mandi senyap je. Adlina terus berjalan ke tingkap dan mengintai ke bawah. Tiada kereta suaminya di garaj. Tak balik rupanya semalam.

Dia mengambil tuala yang tersangkut di penyangkut tepi wardrobe dan terus masuk ke bilik mandi.

"Patut cakap tak payah tunggu semalam, memang tak nak balik pun."
Sempat lagi dia membebel di pagi hari.

Tak apa, dah biasa kena tinggal seorang diri macam ni. Bukan sekali dah berkali-kali sejak dia disahkan curang dengan 'client' tercantik kat mata dia je. Bukan tercantik di mata dunia pun.

✨✨✨✨✨

Usai membersihkan diri, dia terus memakai telekung solat dan menunaikan perintah Allah yang satu itu. Sekali lagi dia berdoa supaya rumahtangganya kekal bertahan lama. Walaupun tiada usaha untuk Fayyadh memujuk dan memperbaiki hubungan mereka, dia tetap tidak sanggup untuk berpisah.

Nak kata dia bodoh? Bodoh ke dia pertahankan hak dia? Lagipun dia masih bergelar isteri Fayyadh, bukan janda Fayyadh kan?

✨✨✨✨✨

Fayyadh berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Adlina yang sedang memandang ke arahnya. Adlina yang santai duduk di sofa langsung tak ditegurnya.

Adlina hanya mengekori langkah itu dengan matanya. Langsung tiada niat untuk menegur apatah lagi menyoal dia dari mana. Kalau bersoal jawab takut juga nanti diakhiri dengan perbalahan.

Adlina turut masuk ke dalam bilik untuk menyiapkan pakaian dan tuala mandi kepada suaminya. Begitulah rutin hariannya. Tak pernah gagal jalankan tanggungjawab walaupun disakiti berulangkali. Tak nak jadi isteri derhaka pula.

"Awak pergi mana tak balik semalam?"

Fayyadh diam dan dia terus menjatuhkan bahu mengalah dengan sikap Fayyadh.

Selesai saja mengambil tuala dan dihulurkan pada Fayyadh, meletakkan seluar dan baju serta seluar kecil milik suaminya di katil, dia terus keluar dari bilik. Figura lelaki itu berganjak masuk ke bilik air tanpa reaksi.

Tutup je pintu, Adlina mendail nombor adik iparnya.

"Assalamualaikum Aida, akak nak tanya, semalam abang Fayyadh tidur rumah sana ke? "

"Tak, dia tak ada balik ke sini lepas korang balik sana. Kenapa kak? Abang buat hal lagi ke? "

"Entahlah akak tak tahu nak cakap apa. Akak cuma tanya je sebab semalam dia tak balik, balik pagi ni akak tanya dia tak jawab pun. Mungkin dia tidur kat pejabat lah tu."

"Look, akak cuba bincang dengan dia baik-baik. Kut-kut dia ada masalah ke. Abang takkan buat perangai kalau tak ada sebab. Harap korang dapat selesaikan dengan cara baik."

"Okey lah. Kirim salam pada mama dan papa ye. Jangan bagitahu abang Fayyadh yang akak call Aida tau. "

Dia menamatkan panggilan dan terus turun ke bawah. Malas melayan rasa sakit hati dia turun ke halaman rumah yang dia ubah jadi kebun bunga.

Dia dah masak tadi untuk Fayyadh, pandai-pandai lah lelaki itu turun makan sendiri. Dah letih nak layan kerenah dia. Ada masalah tak bagitahu, keluar tak balik pun langsung tak bagitahu pada bini. Ingat hidup bujang lagi, boleh merayau tak kira masa? Umur dah 30-an pun perangai macam budak. Asyik nak kena pujuk, kena bagi perhatian lebih. Penat lah.

Astaghfirullah Adlina. Jangan marah. Tak baik.

Adlina mengambil Plants Watering Can yang tersadai tepi pondok kayu ukiran tradisional dan di bawa ke paip air. Dia mengisi air untuk menyiram pokok bunga yang ditanamnya beberapa bulan lalu.

Waktu pagi mesti dia habiskan masa untuk letak baja tumbuhan, siram pokok bunga dan berehat di pondok. Dia sendiri ubah halaman kosong ini menjadi kebun bunga. Bermula dengan membeli pokok bunga dan pasu bunga, membeli alatan menanam dan Fayyadh sendiri yang membeli pondok kayu ukiran tradisional untuk mereka berehat waktu petang kalau tak ada kerja atau sibuk waktu petang.

Tapi sekarang suasana dah hambar. Lelaki itu tak sudi untuk menemaninya dirumah. Pagi berangkat kerja, malam baru balik. Nampak sangat nak mengelak untuk berbual dengannya.

"Rasa nak tambah bunga lagi lah letak kat tepi ni"
Gumamnya seorang diri.

"Laman luas lagi, tapi takut tak terjaga pula nanti bunga tu. " bebelnya perlahan.

Dia mengalihkan beberapa pasu bunga ke tempat lain. Baja yang baru diambil dari stor pula dia tabur sekeliling pokok bunga.

Tanpa sedar, dari tingkap rumah Fayyadh memerhati setiap gerak geri isterinya dengan muka beku.

Walaupun Adlina memakai baju besar, bertudung labuh langsung tak menghentikan gerakan anak matanya untuk terus memerhati. Bidadarinya sentiasa cantik walaupun tidak senyum.

Dia merengus halus.

Fikirannya kusut. Bila berjauhan terasa rindu kepada Adlina, tapi bila serumah dia pula yang rasa rimas melihat Adlina.

Kalau nak diikutkan, Adlina memang cantik walaupun hanya duduk rumah sahaja. Tetap wanita itu berdandan ringkas.

Fayyadh pun tak tahu kenapa dia perlu rasa begini. Kusut sungguh rasanya!

✨✨✨



???

TAKDIR CINTA ADLINAWhere stories live. Discover now