Bab 3

2.7K 113 3
                                    

-Fizzah Shah-

✨✨✨

Aku menatap skrin telefon dengan tangan menggeletar menahan rasa. Dada ditepuk perlahan pada dada menahan sebak melihat gambar yang di hantar seseorang menerusi aplikasi whatsapp.

"Patut lah selalu balik lewat. Inilah client yang dia maksudkan... Cantik sangat."

Aku mula teresak perlahan dengan tangan mencengkam erat bantal di sebelah.

Tarik nafas, hembus nafas. Aku cuba bertenang sebaik mungkin.
Ikutkan hati sekarang juga aku pergi serang dia di syarikatnya. Tapi kalau aku buat macam tu, mesti tercalar imej Fayyadh.

Aku ni seorang yang berfikiran jauh sebelum buat apa-apa tindakan.

Tapi sayang, Fayyadh tak pernah berfikiran jauh sebelum cuba menduakan aku.

"Ha ha ha ha... Sedih hidup aku... Ada laki tapi tak ambil tahu hal aku. Tup-tup ada skandal. "

Aku ketawa tapi rasa nak berteriak pun ada.

"Ni ujian untuk kau Adlina. Sabar,  dengar penjelasan dia dulu. "

Bunyi deringan telefon menyedarkan aku.

"Hello. "

"Kau jumpa dia? Kat mana? Dengan siapa? "

Aku mengepal tanganku bila mendengar cerita daripada sahabat aku. Memang tak terkejut sebab semua dah terbongkar.

"Sha, dia banyak berubah sekarang. Aku perasan semua tu tapi aku tak syak langsung yang dia akan pergi sejauh tu. Aku percayakan dia selama ni Sha. Tapi dia dah buat aku macam ni. Aku tak kuat Sha. "

Masha menenangkan aku tapi aku tak rasa tenang langsung. Semakin gundah gulana ada lah.

"Aku tak tahu nak buat apa Sha. Aku buntu Sha. Macam mana kalau abang aku tahu? Mesti dia mengamuk kan. Aku tak nak dia bergaduh dengan laki aku. "

Tak semena peristiwa pergaduhan mereka berlayar di minda. Teringat ketika itu along menumbuk Fayyadh kerana tak menjaga aku dengan baik sehingga aku jatuh tangga pun dia sibuk dengan kerja di pejabat.

Nasib baik juga aku telefon along untuk bawa aku ke hospital. Itu pun kaki aku terseliuh dan ambil masa dua bulan untuk sembuh seperti sekarang.

Overprotective brother.
Dan itu adalah Beyazid Shah. Satu-satunya abang kesayangan yang aku ada.

"Tak payah Sha. Aku boleh settlekan hal ni. Kalau dia buat hal lebih besar aku sendiri yang akan pergi dari dia. Aku pun tak rela dimadukan. "

Buat apa pertahankan kalau Fayyadh sendiri yang musnahkan semuanya.

Aku menamatkan panggilan Masha. Aku lega sebab dapat mengadu dan meluah pada Masha. Tapi masih lagi terasa bebanan berat di dada.

Selagi tak dengar penjelasan dari Fayyadh selagi tu lah aku takkan tenang.

Aku menunduk, semakin kuat esakan aku. Sakit sangat hati ni sebab dia tak jamah sarapan aku buat pagi tadi semata-semata nak makan dengan perempuan dalam gambar ni.

TAKDIR CINTA ADLINAWhere stories live. Discover now