Bab 5

2.6K 153 2
                                    

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

Aku duduk berteleku di atas sejadah dengan tangan memegang tasbih. Dari sesudah solat aku berzikir untuk menenangkan hati aku yang sudah remuk.

Kalau boleh aku nak lupakan semua yang berlaku tapi aku tak boleh. Air mata yang menitis di pipi aku hiraukan. Mata ku pejam sambil bibir tak henti berzikir.

Tak mudah untuk aku terima. Sangat susah tapi apa aku nak buat. Benda dah jadi.

Dan sekarang aku di sini. Menahan keperitan. Menerima segala ketentuan Nya.

✨✨✨✨✨

(flashback)

Aku yang dalam perjalanan balik dari kedai terus menukar haluan ke arah rumah mertua ku.

Aku menangis teresak menerima khabar daripada mama bahawa Fayyadh ditangkap khalwat.

Aku menghentak stereng melepaskan perasaan. Bayangkan waktu malam macam ni aku terpaksa beranikan diri untuk keluar dari rumah nak beli bahan untuk memasak sedangkan dia berfoya-foya dengan perempuan lain.

"Patut lah call tak angkat, rupanya kau tengah menggatal. "

Aku mengawal stereng tapi keadaan aku sekarang sangat sesak. Aku berhentikan kereta di pinggir jalan berhadapan kedai kopi dan aku meletakkan kepala di stereng.

"Kenapa Fayyadh? Penting ke perempuan tu dari saya. Kenapa? "

Aku merintih. Sakit sangat...

"Kenapa awak tak pernah fikirkan saya. "

"Saya sanggup susahkan diri saya tapi awak balas saya macam ni? Lelaki jenis apa awak ni... "

Mendengar ketukan di cermin kereta menyentakkan aku. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di tepi dengan muka risau.

Aku menurunkan sedikit cermin kereta.

"Cik okey ke? Dari tadi cik berhenti di sini. Ramai orang yang nak guna parking ni, dan cara cik park kereta ni salah. "

Bila aku tengok keadaan keliling aku pun terkejut. Tak sedar langsung aku park kereta secara salah. Kesian pengguna lain nak park kereta tak cukup parking.

"Saya okay. Terima kasih. " aku menaikkan cermin kereta dan terus beredar dari situ.

Aku tengok cermin pandang belakang dan lelaki tadi masih berdiri di tempat tadi memerhati kereta aku yang sudah menjauh. Air mata aku sapu dengan baju bahagian lengan.

Sabar, tenang Adlina. Kau kuat.

(End flashback)

✨✨✨✨✨

"Macam mana boleh jadi begini Fayyadh? Tak fikir langsung ke pada Adlina ni? Sanggup kamu duakan dia? "

Adlina hanya diam tanpa bicara mendengar bebelan mama dari tadi.
Fayyadh pula sudah kusut diserang dari tadi dengan pertanyaan mama.

"Fayyadh dah cakap yang  Fayyadh tak sedar pun masa tu. Bangun-bangun je dah terbaring atas katil dengan Qalisha. Lepastu terus kena terjah dengan pihak dari Pejabat Agama Islam. "

Fayyadh melihat ke arah Adlina yang sudah berdiam diri di sofa sana sehingga wanita itu tidak sudi memandang wajahnya. Melihat mata sembap si isteri saja buat dia rasa serba salah. Apatah lagi mahu memujuk kerana dia tahu dia sudah menyakiti hati isterinya.

"Banyak kali mama pesan pada Fayyadh! Jaga isteri baik-baik. Jangan melayan perempuan lain walaupun sebatas kawan sekerja atau client sekalipun. Orang kalau dah berharap lebih macam-macam dia boleh buat. Tengok lah sekarang dah kena tangkap khalwat lepastu apa lagi Fayyadh? "

TAKDIR CINTA ADLINAWhere stories live. Discover now