Bab 1

4.2K 110 3
                                    

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

Jam sudah menghampiri angka 11 malam tapi kelibat suami aku,  Fayyadh tidak pula aku lihat. Sudah puas menunggu, aku ke dapur untuk bancuh air.

Ya aku, Adlina Shahmina. Isteri kepada Ceo Fayn Book Enterprise iaitu syarikat penerbitan buku pelbagai genre. Boleh dikatakan aku jatuh suka pada suami aku, Ghaffir Fayyadh pada kali pertama kami berjumpa di sebuah pesta buku.

Aku yang ketika itu pergi ke pesta buku untuk membeli buku tapi terjumpa pula dengan Ceo syarikat yang merasmikan pesta itu pada hari pertama dibuka.

Orang akan fikir beruntungnya aku jadi isteri orang kaya tapi hanya aku yang tahu macam mana rasanya. Mengeluh sejenak.

Duduk atas sofa, aku mula menekan remote tv dan memilih siaran yang ingin aku lihat tapi semuanya sangat membosankan.

Aku buka aplikasi tiktok dalam telefon dan bila tengah scroll kebawah secara tak sengaja aku terbaca tentang keluhan isteri yang dicurangi suami. Ceritanya sama macam aku, suami balik kerja lewat sampai tak ambil tahu soal isteri. Duit, makan pakai anak bini tak pernah dia peduli. Tup-tup kantoi main dengan perempuan lain. Sadisnya.

"Fayyadh pun selalu balik lewat. Cakap dingin je dengan aku sekarang. " keluh aku perlahan.

Tengok lah, dah nak masuk pukul 12 malam tapi tak balik lagi. Banyak sangat ke kerja kat pejabat tu sampai lupa pada bini di rumah ni?

Kadang aku takut juga bila dengar berita ramai lelaki curang belakang isterinya. Kalau dia tak melayan takkan ada yang ketiga. Ibaratkan kalau tuan rumah tak buka pintu, tetamu tak diundang takkan masuk.

Kedengaran enjin kereta di luar, aku hanya duduk kaku di sofa. Sampai dia buka pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan semua aku perhati je tingkah dia.

"Pukul 11 lebih baru balik? " tanya aku dengan wajah mengukir senyuman manis.

"Banyak sangat kerja di pejabat. Semua abang kena check satu persatu. " ujarnya seraya melabuhkan punggung di tepi aku.

Aku hulur air yang aku buat tadi kepadanya, aku hanya perhatikan je rambutnya yang serabai, pakaian selekeh, tali leher pun entah kemana dah.

Sesekali dia teguk air aku perhati je tepi rahangnya yang kelihatan sedikit merah.

"Abang bergaduh ke sampai merah rahang tu? "

Dia mula menyentuh kawasan itu dengan muka berkerut. Tapi ada juga riak kehairanan dan bila dia tengok mata aku mula tajam, aku nampak dia seakan gelabah.

Sebab aku tahu dia bukan jenis lelaki suka bergaduh atau baran.

"Ni, abang terhantuk pada meja tadi masa nak ambil fail jatuh. "

Aku hanya mengangguk tapi aku masih sangsi dengan alasannya. Itu bukan merah terhantuk, melainkan merah seperti dicubit seseorang.

"Dah makan? "

"Dah. Abang makan dengan client malam tadi sebelum sambung buat kerja di pejabat. "

Makan dengan client... Aku anggap je dia kena cubit dengan client dia sebab tak habiskan makanan. Jelas kut kesan cubit tu. Dah macam orang melepas geram je!

"Abang naik dulu, nak mandi, nak rehat. "

Aku hanya melihat langkah kakinya naik ke bilik tapi sekejap je aku mula terasa hati.
Dia berubah. Dia tak ajak aku naik sekali pun dengan dia. Padahal sebelum ni dia takkan tinggalkan aku sendiri macam ni.

Aku dah tunggu dia balik tapi macam ni je dia layan aku?

Tak ada lagi Fayyadh yang romantik, yang pujuk aku setiap kali kami bergaduh atau berlaku salah faham. Aku kena belajar pujuk diri sendiri sekarang.

✨✨✨✨✨

Aku baringkan tubuh mengiring ke arah Fayyadh. Aku melihat sisi wajahnya yang tenang dalam lena tapi hati mula gundah dengan fikiran yang berselirat.

Aku cuba menyentuh pipinya tapi dengan tak sengaja dia mengiring ke arahku dan memeluk pinggangku membuatkan aku terkaku.

Walaupun usia perkahwinan kami sudah melangkaui 3 tahun, aku masih terasa kekok dengan Fayyadh lebih-lebih kami semakin kerap bergaduh soal anak.

Aku usap juga pipi dia dengan lembut dan halus, tidak mahu menyedarkan dia yang terbuai dengan kantuk dan lena.

'Ad harap abang jaga mata dan hati abang untuk Ad sebagaimana Ad jaga diri Ad hanya untuk abang. Jangan kecewakan Ad'.

Dalam melayan perasaan mata aku sudah merasa kuyu dan layu. Tanpa sedar aku juga berlayar ke alam mimpi.

✨✨✨✨✨


Flashback

"Apa yang you buat ni Sya. "

Fayyadh mula menepis tangan milik Qalisha yang sesekali mencubit rahangnya ketika dia fokus menaip sesuatu dalam laptopnya. Sakit tahu tak!

Rimas betul dengan perempuan ini yang suka duduk di atas ribanya dan mulalah tangan merayap ditubuhnya. Nak halang tak ada kuasa pula. Terlalu gatal.

"Bie, I tahu you banyak kerja. Tapi you kena rehatkan diri juga. Nanti you sakit siapa susah? "

Fayyadh menggeliat dan mula merengangkan bahunya yang sudah lenguh dan sakit.

"Biar I urutkan you ya. "

Fayyadh hanya menikmati jari runcing itu yang sedang mengurut bahagian belakang bahunya yang mulai lenguh. Selalunya kalau dia buat kerja di rumah, Adlina yang jadi tukang urut dia. Tapi sejak mereka bertengkar tempoh hari, Adlina mula menjauh.

Tapi dia tak sedar, dia yang larikan diri dari si isteri. Adlina tak nak tegur sebab takut dia tengking Adlina balik.

"Bie, you tak nak balik lagi ke? Kang isteri you soal macam-macam pula. I tak nak lah dia syak something, nanti dia tahu pasal hubungan kita kang you mengamuk dekat I pula. "

Yes, dia pernah jadi mangsa amukan lelaki ini ketika Fayyadh bergaduh dengan Adlina dulu.

Walaupun dia penggoda, tapi dia tak nak digelar perampas. Sebab itu hubungan mereka disembunyikan oleh semua orang.

Kalau Adlina tak tahu hubungan mereka, dia takkan buat benda bodoh semata-mata nak sakitkan hati Adlina.

Tapi... Memang dia perampas. Kalau tak kenapa dia masih goda Fayyadh walaupun tahu Fayyadh tu suami orang. Dasar lintah!

✨✨✨✨✨






Jalan cerita yang sama, tapi ubah sedikit.
Harap u all enjoy!

TAKDIR CINTA ADLINAWhere stories live. Discover now