◇ P7 ◇

25 7 7
                                    


>>•••<<

◆Camera◆
P7

>>•••<<

Gyehyeon jalan menuju ke arah kelasnya. Pagi ni rasa malas sangat sebab pagi-pagi dia sudah ada kelas.

Sepanjang perjalanan menuju ke kelas, semua students pandang Gyehyeon dengan pandangan-

Menghukum? Entahlah.

Gyehyeon tidak sengaja tertangkap sebuah percakapan dari beberapa orang students yang langsung tidak menyedari kehadiran Gyehyeon.

"Aku tak tau sapa yang sebarkan tapi dekat sini dia kata, Gyehyeon yang sengaja nak jatuhkan Kangmin sebab cemburu dengan Kangmin yang selalu dapat perhatian daripada semua orang"

"Serious lah?"

"Ehhh tapi aku dengar hari tu siapa entah yang cakap aku tak tau tapi yang aku dengar, dia cakap Gyehyeon upah Kangmin untuk bunuh semua member Byungchan dan dia nak tutup kesilapan dia dengan cara macam tulah.. Dia memanfaatkan Kangmin yang terlalu sayangkan sangat dekat dia dan sanggup buat apa je untuk dia.."

"Ishhh tak tau pula kalau dia lagi teruk.. Dahlah aku nak move on jelah dari dia.. Tak nak aku fans dekat orang pembunuh"

"Katanya fans dia dah berkurang sebab semua mula tak suka dengan dia lepas berita ni dah tersebar"

"Berita apa yang tersebar? Korang tau ke berita tu disebarkan oleh siapa? Sahih ke berita tu? Apa bukti aku yang bersalah? Apa bukti Kangmin yang membunuh? Ada bukti ke? Kalau takda bukti, mulut tu diam jangan jadi macam longkang yang bau busuk penuh dengan sampah yang tau kerjanya nak mengumpat pasal orang, cerita buruk pasal orang macam diri sendiri tu suci sangat tak pernah buat dosa" ujar Gyehyeon datar dengan pandangan yang datar + dingin.

Siswa yang mengumpat pasalnya tadi terus terdiam kaku. Seram dengan Gyehyeon ni kadang-kadang.

Gyehyeon baru nak bla dari situ tapi dia pusing belakang lagi untuk pandang students yang mengumpat pasalnya tadi.

"Dan aku tak hamaklah nak ada fans.. Ada aku kisah kalau aku kehilangan fans? Langsung tak merugikan kehidupan aku" sambung Gyehyeon dan betul-betul bla daripada situ.

"Seram wehh~" balas students tadi yang sudah merinding.

>>•••<<

Gyehyeon yang tengah duduk di taman belakang studio dance sambil mendengarkan muzik dan termenung jauh terpaksa hentikan lamunannya kerana suara seseorang.

Camera || •VeriVery • Victon•Where stories live. Discover now