◇ P8 ◇

29 5 1
                                    


>>•••<<

◆Camera◆
•P8•

>>•••<<

Yeonho duduk di tepi sungai tempat biasa dia lepak dengan member namun kali ni, dia hanya duduk bersendirian sahaja.

Dia hanya termenung jauh melihat sungai di depannya ini mengalir.

Biasanya dia akan cabut rumput di sekelilingnya atau campak batu kecil ke dalam sungai untuk menghilangkan rasa bosannya namun kali ini dia hanya diam mematung termenung sahaja.

Fikiran dia teringat memori beberapa minggu yang lalu dan beberapa detik tadi.

>>•Flashback On•<<

Gyehyeon baru balik dari sekolah saing dengan Yeonho yang tumpang tidur di rumah Gyehyeon selama 2 minggu kerana eomma dan appa Yeonho terpaksa pergi ke luar negara atas hal kerja.

Mereka berdua duduk di dalam bilik Gyehyeon dan Yeonho sudah terjun atas katil Gyehyeon tanpa ganti baju.

"Woiii bangun, pergi mandi dulu pastu turun makan" ujar Gyehyeon yang baru ambil baju dalam almari dan lihat Yeonho sudah terlelap.

"Ermmm hah nanti nanti" ujar Yeonho yang sudah dalam keadaan separuh sedar.

Gyehyeon hanya gelengkan kepalanya dan berlalu masuk tandas yang ada dalam biliknya untuk segera mandi.

Yeonho sudah lena terbuai dalam mimpi.

15 minit Gyehyeon mandi, akhirnya dia keluar tandas dan dapat sebuah pemandangan yang— mungkin lawak bagi dia.

Dia capai fon miliknya untuk tangkap gambar pemandangan di hadapannya iaitu Yeonho tidur dengan hisap ibu jarinya dan memeluk bantal guling Gyehyeon seperti baby.

Selepas tangkap beberapa gambar dengan berlainan sisi, Gyehyeon terus kejutkan Yeonho dengan tidak berhenti gelak.

"Woiii Yono bangunlah" kejut Gyehyeon dengan campak bantal ke arah Yeonho supaya sang adik cepat bangun.

Camera || •VeriVery • Victon•Where stories live. Discover now