◇ P9 ◇

31 4 0
                                    


>>•••<<

◆Camera◆
•P9•

>>•••<<

Yongseung dan Yeonho sama-sama baru sampai kolej dan ingin pergi ke cafe untuk beli sarapan terlebih dahulu dan berkumpul dengan Hoyoung dan Minchan yang sudah menunggu namun dia melihat ramai mahasiswa yang sedang berkumpul di papan kenyataan utama.

"Wehhh jom tengok nak tak?" ajak Yeonho dan Yongseung pun ikutkan aje.

Sampai je sana, mereka cuba melihat apa yang ada di papan kenyataan utama.

Yeonho yang paling depan terus membulatkan matanya rerkejut.

"Yongseung?" monolog Yeonho pelan tapi mampu buat semua siswa yang ada di sana terkejut dan melihat kehadiran Yongseung, mereka semua terus menjauh seolah-olah takut untuk duduk dekat dengan Yongseung.

Yongseung pelik dengan semua siswa yang sedang memandangnya dengan pandangan benci.

Yongseung diri sebelah Yeonho dan sama melihat apa yang ada di papan kenyataan tersebut.

Reaksinya tidak jauh beza dengan reaksi Yeonho. Dia juga sama terkejutnya melihat kenyataan dan gambar yang sudah terpapar.

Bukti Kim Yongseung membunuh salah seorang kawan baik Choi Byungchan iaitu Han Seungwoo.

Yongseung terus pandang semua siswa yang ada di sekelilingnya dengan wajah penuh emosi.

"Siapa yang sebarkan berita palsu ni!?" tanya Yongseung penuh dengan amarah.

Yeonho di sebelahnya terus terkejut dan cuba tenangkan Yongseung.

Salah seorang siswa tunjukkan apa yang ada di screen fon miliknya iaitu sebuah rakaman bukti siapa yang paparkan poster berita tersebut.

Yeonho dan Yongseung tambah berkali-kali ganda terkejut.

Yongseung terus berlari menuju ke cafe kolej secara tiba-tiba tanpa fikir apa-apa lagi kemungkinan yang akan terjadi nanti.

"Yongseung tunggu !!" jerit Yeonho terus kejar Yongseung yang sudah menjauh.

>>•••<<

Minchan dan Hoyoung sedang sarapan di cafe dan duduk di meja yang biasa mereka tempati. Di meja yang berlainan ada Dongheon yang sarapan berseorangan, di meja lain ada Gyehyeon yang juga sarapan berseorangan dan di meja lain juga ada Kangmin yang sarapan bersama Byungchan.

Ofcourse semua siswa terkejut bila nampak Kangmin sekarang lebih rapat dengan Byungchan. Byungchan juga sudah terangkan hal yang sebenarnya kepada siswa lain namun masih ada yang tidak percaya jadi Byungchan tidak tahu lagi mahu buat apa so biarkan sajalah.

BRAKKK

Bunyi hentakkan sesuatu di atas meja buat semua perhatian orang di cafe teralih ke arah sumber suara.

Yup itu berpunca daripada Yongseung.

Wajah Yongseung penuh dengan emosi. Ini kali pertama mereka semua nampak Yongseung marah yang teramat.

"Apa yang kau dah buat hah !?" tanya Yongseung penuh emosi sambil menarik kerah baju Minchan sampai Minchan berdiri secara tiba-tiba.

Camera || •VeriVery • Victon•Where stories live. Discover now