04'

73 12 2
                                    

Pintu rumah dibuka kelam-kabut. Hyesu terus berlari masuk ke rumah selepas dia berjaya buka pintu. Dia taknak Johnny tahu yang dia masih kerja. Klu Johnny tahu, memang kena hempuklah kepala kecilnya itu. Dahlah bodoh. Kena hempuk makin bodoh jadinya.

Kakinya melangkah ke biliknya. Tangannya memgang beg plastik yang ada makanan. Dapur Johnny tak kasi guna. Dia beli sajalah dan makan dalam bilik.

Johnny pun selalu dah makan dulu sebelum balik kerja. Hari-hari begitu. Hyesu isterinya itu seperti halimunan saja dalam rumah tu. Bercakap tidak. Bertentang mata apatah lagi.

Punggungnya dilabuhkan diatas katil. Beg sandang dicampak dihujung katil. Hyesu mengeluh perlahan sambil mengusap perutnya yang lapar tu.

Bekas makanan yang dibeli tadi diambil dan dia berjalan menuju ke meja yang ada dalam bilik itu. Dia mahu makan cepat dan rehat. Hari ni dia penat sedikit dari hari sebelum ni.

"Lee Hyesu!"

Hyesu yang baru saja mahu makan itu terberhenti. Dia terus keluar dari bilik dan pergi turun ke bawah. Muka Johnny yang ada di ruang tamu dipandang.

"Kenapa?" tanya Hyesu lembut.

"Kenapa kau tinggalkan pagar rumah tu terbuka? Klu ada perompak masuk macam mana?" Johnny bertanya dengan nada yang tinggi.

Hyesu memang sengaja tinggalkan pagar tu terbuka sebab dia tahu yang Johnny nak balik sekejap lagi. Tak sangka pula Johnny akan marah dia macam ni.

"Sa.....saya tunggu awak balik."

"Aku tak kisah kau nak tunggu aku ke apa. Tapi apahal kau tinggal pagar terbuka tu?"

Hyesu menelan air liurnya paksa. "Sor---sorry."

"Aku tak kisah klu kau yang hilang. Klu barang aku yang hilang, siap kau." ugut Johnny.

"Kenapa awak tak kisah apa-apa pasal saya?"

Hyesu bertanya ketika Johnny sedang berjalan menuju ke biliknya. Soalan Hyesu itu membuatkan Johnny berhenti dari berjalan.

"Perlu ke kau tanya lagi? Aku......tak suka kau. Clear?"

"Apa yang buat sampai awak benci saya macam ni?"

"Kau tak buat apa-apa. Tapi tengok muka kau pun aku dah benci."

Kepala Hyesu ditunduk. Air matanya bertakung di kelopak matanya. Tangannya digenggam, cuba menahan tangisannya. Sungguh, dia tertanya-tanya kenapa Johnny benci dia sampai begitu sekali.

"Dah habis soalan? Apa lagi yang kau nak tanya?"

"Ceraikan saya." Hyesu menarik nafasnya dalam. "Saya taknak duduk sama-sama dengan orang yang benci dengan saya."

Johnny berjalan kearah Hyesu dan menampar pipi Hyesu kuat. Hyesu jatuh tersungkur disitu. Air matanya pun sudah mengalir. Sudah dia agak yang Johnny akan tampar dia.

"Jgn jadi gila. Penat aku kahwin dengan kau. Senang-senang kau je minta cerai. Bodoh."

Selepas Johnny cakap begitu, dia terus naik ke biliknya. Hyesu hanya ditinggalkan begitu saja, melayan perasaannya sendiri.

"Sabar, Hyesu. Sabar......"

───※ ·❆· ※───

Youngju memegang pipi Hyesu dan melihat bibirnya lama. "Apa kau buat sampai bibir kau pecah ni?" tanya Youngju.

"Terlanggar dinding." balas Youngju.

"Tipu. Ada orang lempang kau ni. Sape? Suami kau? Kau dah kahwin kan?"

Bertubi-tubi soalan Youngju keluar dari mulutnya. Hyesu hanya mengeluh perlahan dan menurunkan tangan Youngju dari pipinya.

"Saya okay. Tak sakit pun."

Youngju terus menekan luka yang ada bibir Hyesu. Hyesu menjerit kecil dan menepis tangan Youngju ketepi.

"Sakit-----"

"Tadi kata tak sakit. Penipu."

Hyesu mengusap lukanya tadi dengan muka berkerut. Pedih juga luka itu selepas dipicit oleh Youngju. Dia nak letak ubat tapi ubat takde. Mungkin dia nak pergi hospital kot nanti. Farmasi jauh dari tempat tinggal. Hospital dekat sedikit.

"Hyesu-----" Youngju memanggil Hyesu. "-----klu kau nak aku tolong apa-apa, cakap. Jgn hadap sorang-sorang."

Hyesu tersenyum. "Okay. Thanks."

──── ◉ ────

Hyesu mengambil ubat yang dihulurkan oleh pekerja di farmasi hospital. Wang kertas diberikan dan dia berjalan pergi dari situ. Dia mahu pergi ke tandas sebentar. Mahu sapu ubat itu.

Ketika dia jalan menuju ke tandas, dia ternampak seorang ibu mengandung berjalan berlawanan arah dengannya. Perempuan itu sedang mengusap perutnya yang sudah besar tu.

Tanpa sedar, dia mengusap perutnya. Jujur dari hatinya, dia mahu rasa bagaimana mengandung tu. Dia suka tengok orang mengandung. Tapi dia sedar, dengan keadaan dia begini, Johnny yang tak suka padanya, tak mungkin dia akan mengandung.

Dia menggeleng kepalanya dan sambung berjalan semula. Dia tak mahu fikir perkara itu disitu. Dia mahu sapu ubat tu dan pulang ke rumah sebelum Johnny balik. Dia tak mahu ditampar lagi oleh Johnny.

《 To Be Continued 》

* tampar Johnny

(C) Fall In Love In Heaven || Johnny ※ NCT 127Where stories live. Discover now