19'

67 18 4
                                    

Johnny termenung di atas katilnya itu. Dia hanya menenung siling rumahnya yang putih itu lama. Perkara yang berlaku semalam masih bermain di dalam fikirannya.

"Sape kata saya tak sayang awak?"

Suara Hyesu masih bergema di telinganya sehingga malam tadi dia tak mampu nak tidur nyenyak. Selimut yang menutup badannya itu digenggam erat.

Dia bangun dari baringnya lalu turun dari katil. Kakinya terus melangkah pergi ke satu bilik. Bilik Hyesu. Pintu biliknya yang tidak berkunci itu dibuka.

Hyesu tiada di dalam seperti yang Johnny agak. Memang Johnny tahu yang dia tak balik semalam. Sebab------sebab dia tunggu Hyesu. Hampir 2 jam dia tunggu gadis itu di ruang tamu tapi dia tidak muncul.

Kakinya melangkah masuk kedalam bilik itu. Bilik itu kosong. Cuma ada katil, almari baju dan meja solek. Barang-barang Hyesu juga tersusun rapi disitu. Atas katil, ada satu patung beruang berwarna coklat. Mungkin bantal busuk sebab patung tu dah nampak buruk.

Dia berjalan menuju ke meja solek Hyesu dan melihat barang-barang disitu. Ada beberapa skin care dan barang-barang make up Hyesu. Tak banyak, hanya foundation, bedak dan eyeliner. Disitu juga ada satu beg kertas kecil.

Johnny ingat beg kertas tu. Beg kertas tu yang Hyesu nak bagi sebelum dia jatuh tangga dan ada pendarahan. Tangannya mencapai beg itu dan melihat isinya.

Kemeja. Berwarna merah. Dia keluarkan kemeja itu dari beg dan melihat baju itu dengan lebih mendalam. Pada waktu yang sama, ada satu kertas keluar dari lipatan baju itu. Dia mencangkung dan membaca isi surat itu.

"Johnny, saya mengandung anak kembar." :>

Pernyataan yang ada di kertas itu disertakan dengan sekeping gambar. Gambar ultrasound anak mereka. Ketika itu, dia terfikir. Hyesu takde niat pun nak berahsia dengannya tentang kandungan itu, cuma dia yang tidak menerima hadiah yang diberi oleh Hyesu.

"Kenapa kau tak bagitau aku yang kau mengandung?"

Peristiwa dimana Johnny memarahi Hyesu kerana merahsiakan kandungannya mula bermain di fikiran Johnny. Johnny menelan air liurnya kelat. Dia marah Hyesu kerana kesalahannya sendiri? Itu ke yang dia buat sebelum ni?

Kemeja itu di masukkan semula kedalam beg kertas bersama surat tadi. Kali ni, laci meja solek pula yang dibuka olehnya. Dalam itu, hanya ada sebuah buku dan pen. Buku itu diambil dan dilihat.

Muka surat pertama diselak olehnya. Mula-mula, ada resepi untuk beberapa masakan dalam 10 muka surat. Sampai di muka surat yang kesepuluh, dia terhenti kerana dia terbaca satu nota kecil yang ditulis dengan pen warna merah di penjuru kertas.

"Hyesu kena belajar masak ni! Johnny suka! Hwaiting!"

Johnny selak semula beberapa muka surat dan ada resepi. Yang pasti semua itu, makanan kegemaran Johnny. Johnny tergamam. Hyesu belajar semua ni untuk------dia?

Semakin pantas dia menyelak buku itu, beberapa muka surat masih kosong. Ada juga muka surat yang tertulis sesuatu. Tapi, hanya sedikit saja yang ditulis pada setiap muka surat. Dengan rela hati Johnny mula membaca tulisan itu.

"Johnny......sampai bila awak taknak terima saya? Jijik sangat ke saya? Saya ada buat salah ke dengan awak?"

Johnny tersentak dengan ayat itu tetapi dia tetap menyelak ke muka surat yang lain untuk meneruskan bacaannya.

"Tadi aku nampak ada couple tu berjalan sama-sama kat taman bunga yang berdekatan kedai jahit tempat aku kerja. Best jugak klu aku dapat jalan-jalan macam tu dengan Johnny."

"Hari ni balik rumah omma. Johnny-----mestilah suruh aku berpura-pura yang aku dilayan dengan baik. Tapi, masa aku duduk atas pangkuan dia, hati aku rasa macam berhenti. Mungkin aku dah betul-betul jatuh cinta dengan dia."

"I am pregnant with twins."

"Kenapa Johnny taknak terima anak ni? Perlu ke sampai nak bunuh anak dalam perut ni?"

Dan yang terakhir, hatinya terasa dirobek.

"Johnny------your lies really hurt me."

Selepas muka surat itu, tulisan itu juga habis. Johnny tetap selak muka surat yang lain kerana dia mahu periksa jika ada yang dia tertinggal. Tapi, dia sudah sampai di muka surat yang terakhir.

Di muka surat itu, ada satu gambar perkahwinan mereka dalam pakaian berwarna putih. Di hadapan gereja, mereka memegang tangan sesama sendiri dan Johnny menunduk untuk mengucup dahi Hyesu. Hyesu juga terlihat tersenyum disitu. Tapi, yang membuatkan Johnny terdiam ialah ayat yang tertulis di bawah gambar itu.

"I Love You, Johnny"

Beberapa titik air mula membasahi muka surat itu. Air mata Johnny menitik dari matanya satu persatu. Bibirnya juga sudah berketar kerana dia cuba menahan tangisannya.

Selama ni, dia mempersoalkan tentang perasaan Hyesu terhadapnya. Dia fikir gadis itu bohong tentang itu, yang dirinya sayangkan Johnny. Tapi tidak. Itu bukan bohong. Itu memang perasaannya yang sebenar.

Dia sedar yang dia dah mempermainkan cinta Hyesu untuk dirinya.

《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Sorry ye guys. Bosan sikit kan cite ni? 😅

(C) Fall In Love In Heaven || Johnny ※ NCT 127Where stories live. Discover now