06'

76 18 7
                                    

Tangan Hyesu sibuk membasuh pinggan di sinki. Dia sendiri yang offer diri walaupun Mrs.Seo dah kata tak payah. Sambil itu, kejadian di meja makan tadi bermain di fikirannya.

"Hyesu kerja je?" tanya Mrs.Seo sambil memandang mereka berdua makan dihadapannya. Seronok juga dia tengok anak dan menantunya makan dengan selera.

Johnny memandang Hyesu dan Hyesu membalas. Dia pun dah kecut perut kerana Johnny pandang dia. Dahlah dia tipu Johnny yang dia kata dia sudah berhenti kerja. Mampus nak jawab apa dia pun tak tahu.

"Tak."

"Kerja."

Mereka berdua jawab serentak tapi dengan jawapan yang berbeza. Mrs.Seo mengerut dahinya. Pelik juga dia. Soalan sama, jawapan lain pula.

"Mana satu ni? Kerja ke tak? Hyesu kata kerja, Johnny kata tak."

Hyesu menelan air liurnya. "Hyesu------kerja." Suaranya berketar kerana Johnny sudah memandangnya lama. Bodoh. Yang kau pergi jujur sangat kenapa, Hyesu? Bodoh kau memang taknak pergi ke?

"Oh,kerja. Saja ke kamu kerja?" tanya Mrs.Seo. "Ke------Johnny paksa?" sambungnya.

"Tak! Hyesu yang nak. Johnny tak cakap pape pun." Hyesu terus membalas. Dia tak mahu Mrs.Seo salah faham pula. Johnny tak paksa dia pun, dia yang nak sangat kerja.

"Omma tak kisah pun kamu kerja, sayang. Cuma Omma risau kamu terpaksa je. Klu Johnny paksa kamu, Omma bantai dia guna penyapu." Mrs.Seo tergelak kecil sambil memandang Johnny. Johnny hanya tergelak kecil dan sambung makan.

Peristiwa itu tamat disitu. Hyesu menghela nafas lega. Klu Mrs.Seo tak marah, maksudnya Johnny pun takkan marahlah kan? Betul tak? Jadi dia tak perlulah takut klu nak kerja lagi. Kan?

───※ ·❆· ※───

"Kenapa kau kerja lagi? Bukan aku suruh berhenti ke? Tak faham bahasa?"

Johnny yang sedang memandu bertanya. Hyesu menelan air liurnya. Boleh pulak dia tanya sekarang. Dia dahlah tengah takut sebab Johnny bawak laju nak mampus. Marah punya pasallah ni. Ada terbalik kereta ni kang.

"Dengar ke tak?" tanya Johnny lagi.

"De-----dengar."

"Pastu kau pun menggatal bagitau dengan Omma. Kau memang saja buat hal ke?"

"Kenapa awak marah sangat? Bukan omma tuduh awak bukan-bukan pun." Hyesu membalas. Dia pelik juga kenapa Johnny beria sangat marah dia. Klu dia takut Omma dia pun, tak perlulah sampai macam tu. Lagipun, bukan Ommanya marah pun. Kecoh betul.

Johnny terus membelok keretanya menuju ke perhentian bas dan berhenti mengejut. Terkedepan juga badan Hyesu. Tangannya terus mengusap dadanya perlahan kerana dia terkejut.

"Menjawab." Johnny memusingkan badannya menghadap Hyesu. "Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku? Kenapa?!"

Hyesu mengetap bibirnya. Jujur dia cakap, dia marah sekarang ni. Kenapa pula si Johnny ni nak mengamuk tak tentu pasal? Panas baran betullah dia ni.

"Tak geti nak jawab ke?!" jerit Johnny.

"Kenapa saya nak dengar cakap awak pulak?! Awak tak jaga saya! Awak tak buat tanggungjawab awak sebagai suami pun! Jadi, perlu ke saya ikut cakap awak?!"

PANG!

Hyesu menyentuh pipinya yang ditampar Johnny. Pedih. Sakit. Semua ada. Air matanya juga sudah bertakung di kelopak matanya. Tunggu masa untuk jatuh saja.

"Keluar. Semak aku tengok muka kau." Johnny menghadap ke hadapan semula. Keluhan berat juga dia lepaskan. Serius-----dia tengah marah sekarang. Tak sangka yang Hyesu akan menjawab macam tu.

Hyesu memakai begnya dan membuka tali pinggangnya. "Saya takkan berhenti kerja sebab awak suruh, Johnny." Pintu kereta dibuka dan dia terus keluar.

Kereta juga terus saja gerak. Hyesu berjalan menuju ke tempat duduk di perhentian bas tu. Keluhan berat dilepaskan dan dahinya diurut perlahan.

Apalah yang Johnny tak puas hati sangat dengan dia? Apa dosa dia sampai Johnny nak layan dia macam ni?

Mengalir juga permata sucinya di pipi. Dia taknak putuskan hubungan dia dengan Johnny. Pada waktu yang sama, dia tak sanggup nak dilayan sebegitu. Kebodohan dia tak mampu nak fikirkan jalan keluar.

Apa patut dia buat?

──── ◉ ────

Johnny menghempas pintu rumahnya luas. Marah dia pada Hyesu tadi belum habis lagi. Sumpah dia tak puas hati. Boleh pulak dia menjawab macam tu.

Ingatkan Hyesu tu tak berani nak melawan. Tapi tengoklah sekarang. Dah pandai pulak dia menjawab.  Nak bangkitkan pasal tanggungjawab suami pulak. Dia sape nak cakap tentang perkara seperti itu pada dia.

Badan Johnny dihempaskan diatas sofa sambil mengeluh perlahan. Butang t-shirtnya juga dibuka hingga hujung. Panas pulak badannya selepas mengamuk seorang diri tadi.

Dia memang sungguh-sungguh tak suka dengan Hyesu. Gadis itu memang senang naikkan amarah yang memang tertanam dalam dirinya itu.

Sebab apa dia tak suka gadis itu? Sebab Hyesu tulah penyebab dia kena kahwin paksa. Klu dia tolak tawaran Mrs.Seo, mesti diaorang tak kahwin. Masalahnya, Hyesu tu pergi setuju dan Mrs.Seo pun paksa dia kahwin.

Sebab? Ya, sebab Hyesu nak.

Disebabkan keadaan itu, bencinya pada Hyesu mula bertambah. Dari hari ke hari. Tambah pulak dengan perangai gadis itu yang mula naik lemak. Bertambah jugalah bencinya pada Hyesu.

Rambutnya diserabaikan. Dia mahu ceraikan gadis itu. Tapi dia tak boleh. Mrs.Seo berharap pada dia. Dia buntu. Dia tersekat di tengah jalan. Dia tak tahu nak buat apa.

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Lama kan Nik tak update?
Nik kena covid. 'positive'
*uhuks, uhuck
Doakan Nik sembuh tau.
Lesu badan memang takleh bawak bincang.
Tak guna covid.

(C) Fall In Love In Heaven || Johnny ※ NCT 127Where stories live. Discover now