BAB 19

230 8 0
                                    


Ikmal memandu perlahan memasuki ruangan parkir kereta Hotel Pan Pacific. Luqman yang duduk di bahagian belakang kereta hanya memandang sunyi ke arah suasana Kuala Lumpur di waktu malam.

"Akak, Luqman seganlah nak join akak dengan Abang Ikmal dinner. Luqman pun bukannya kenal kawan Abang Ikmal tu. Luqman pergi lepak dekat Sunway Putra ye. Nanti dah boring merayap dekat sana, baru Luqman join."

Ikmal dan Nuha hanya mengangguk faham. Luqman mengatur langkahnya menaiki jejantas ke arah pusat membeli-belah manakala Ikmal dan Nuha melangkah masuk ke ruangan lobi hotel itu.

Baru saja mereka melangkah ke dalam restoran di dalam hotel itu, langkah Nuha terus berhenti seketika sebelum dia meneruskan semula langkahnya lalu tersenyum bertemu tetamunya.

Selesai empat tingkat bangunan itu di tawafnya, Luqman sudah kebosanan. Tadinya, dia sudah pun membeli telefon baru menggantikan yang sudah Almarhum dek kerana gosip yang Zakri sampaikan. Terbang dekat 6 ribu duit simpanannya untuk hari itu sahaja. Siap beli telefon, perut terasa lapar pula. Usai mengisi perut di premis uncle Mc, dia berjalan keluar melalui kedai di ruang legar pusat membeli belah itu. Majoriti kedai atau butik mesti untuk barang perempuan. Tak tudung, blaus. Membosankan!

Melihatkan tudung-tudung yang bergantungan, dia teringat pula pada Mya Zara. Membayangkan tudung bercorak ungu lembut itu terletak di kepala Mya Zara, hatinya sedikit berbunga.

Sejak mereka kahwin beberapa bulan lepas sekalipun dia tak pernah menghadiahkan apa-apa padanya. Kalau dia belikan, agak-agaknya Mya Zara suka atau tidak ya?

Ahhhh... Dia pun bukan pernah bagi apa-apa pun pada aku! Luqman membebel dalam hati. Tapi tindakannya bertentangan dari apa yang difikirnya. Selesai membuat pembayaran, plastik berisi tudung itu bertukar tangan.

Terus dia mengatur langkah ke arah lobi hotel Pan Pacific. Namun langkahnya semakin perlahan biarpun wajah Nuha sudah pun makin mendekat dan akhirnya dia berhenti. Niatnya untuk ikut sama berbual di dalam coffee house itu di matikan. Plastik berisi tudung yang dibelinya tadi jatuh, terlepas dari pegangan tangannya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya dan menuju keluar hotel itu.

-Kak long, adik penat la meronda. Rasa malas nak masuk sana. Adik tunggu kat kereta lah ye

MESSAGE SENT.

Luqman mengeluh panjang. Hatinya rasa sakit. Sakit sangat-sangat. Lebih sakit dari waktu dia ditinggalkan oleh Sofea dulu!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi

Di saat aku mulai mencintaimu,

berharap engkau jadi kekasih hatiku,

Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,

Di saat kau tinggalkan diriku pergi,

Tak pernah ada yang menhiasi hariku,

Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta......."



Televisyen yang sengaja dipasang siaran radio itu di jelingnya dengan hujung mata. Lagu apa ni? Menyakitkan hati saja liriknya. Kalau dah kena tinggal, mestilah tinggal seorang. Apa lagi? Huhh... Nasib baik dia masih di rumah Kak Nuha lagi. Kalau tidak, dah lama televisyen dalam bilik itu jadi mangsa balingannya ke tingkat bawah rumah itu.

KAHWIN GANTI EXTENDED VERSIONWhere stories live. Discover now