BAB 7

3K 122 0
                                    

"Assalamualaikum... " ujar Anif. Alice yang memaut lengannya itu tersengih kecil. Takut nak jumpa keluarga baru. Bagaikan tahu Anif memeluk erat bahu Alice membuatkan Rose yang di belakang semakin memandang menyampah.

" Dalam rumah pun nak sweet-sweet juga ke?" omelnya perlahan. Mujur saja tidak kedengaraan oleh Anif dan Alice.

"walaikumsalam.. " Rayyan menjawab. Melihat dari riak wajahnya langsung tidak terkejut. Tenang saja berbanding Rose yang tadi terkejut waktu pertama kali berjumpa dengan Alice

"ini ke?" soal Rayyan mengerling ke arah Alice. Anif mengangguk.

"kenalkan ni kawan abang. Nama dia Rayyan." beritahu Anif. Alice mengangguk sebelum melambai kecil persi kanak-kanak. Tanpa membalas lambaian itu Rayyan terus masuk ke dalam.

"masuklah.. " sempat dia mempelawa bila perasaan riak wajah Alice yang muram itu. Mungkin terasa dengan tindakannya yang acuh tak acuh tadi. Well, memang macam nilah perangai dia kecuali dengan Uqasah automatik jadi lembut terus.

"Alice jangan makan hati. Perangai dia memang macam tu tapi dia bauk tau.. " ujar Rose di balas dengan anggukan dari Alice. Entah mana perginya suaranya. Tadi sebelum sampai riuh pula mulutnya bercerita di kereta tadi.

"jom masuk. Jumpa mama!" ajaknya Anif. Dengan masih berpelukan bahu Anif mengajak Alice masuk ke dalam ruang tamu.

Dan tatkala mereka sudah tiba. Semua mata memandang ke arah Alice. Alice tersenyum kekok. Rasa janggal bila semua mata memandanya.

"mehlah duduk" Raimah mengajak. Lantas Alice melabuhkan punggung bersebelahan Raimah. Anif pula duduk bertentangan dengannya. .

"Rose kenapa tercegat kat situ. Sinilah duduk" Uqasah menarik tangan adik Iparny duduk di sebelah. Dengan manja Rose melentok kepala ke bahu Uqasah.

"Alice kan??" ceria Risya bertanya. Alice mengangguk sebelum mata bertemu dengan Anif. Seraya itu Anif mengangguk kecil dengan senyuman kecil.

"Alice pergilah naik atas. Rehat dulu. Nanti kita sembang lagi" lembut Raimah berkata.

"Alice tidur jelah dengan Rose. Boleh?"

"tak apa ke?" perlahan saja suara Alice bertanya.

"tak apalah. Bolehkan Rose?" Raimah mengalihkan mata memandang Rose yang terpinga-pinga di sebelah Uqasah. Rose bagaikan baru tersedar terus mengangguk.

"Rose okey je. Tak kisah pun" Jawabnya. Memang benar dia tak kisah lagi pun bolehlah dia korek rahsia Anif dan paling penting hububgan mereka berdua.

"dah pergi naik atas. Ajak Alice" arah Raimah. Rose mengangguk patuh sebelum dengan lembut dia menarik lengan Alice naik ke atas.

"okeylah. Aku nak keluar pergi markas kejap. Korang nak ikut?!" soal Rayyan yang sudah pun berdiri. Danny terdiam. Dia memainkan mata dengan Rayyan menunjuk ke arah Risya bergayut di lengannya. Agak-agaknya dia dapat ke lari dari isterinya? Nak mandi pun Risya nak ikut apatah lagi kalau dia keluar rumah. Entah dari mana datangnya kuman manja yang melekat di tubuh Risya. Sebelum ni tak ada pula Manja-manja macam ni.

"biy nak keluar kejap boleh?" sepantas kilat Risya menoleh. Wajahnya berkerut habis sebelum mengeleng lalu memeluk erat tubuh Danny. Wajah di sembamkan ke dada Danny.

"nanti rindu macam mana?" Omel Risya tidak puas hati. Entahlah dia sendiri tidak tahu kenapa susah benar dia mahu melepaskan Danny sekarang. Sejak dia lahirkan anak kedua mereka semakin menjadi-jadi pula manjanya.

"sekejap je.. " pujuk Danny mengusap lembut kepala Risya berharap agar Risya mempersetujinya. Risya mengeleng lagi. Esakannya mula kedengaraan.

"okey, okey, shh... Dah. Biy tak keluar" Danny mengalah bila Risya sudah menangis. Keluhan di lepaskan. Adakala dia terasa penat melayan karenah isterinya. Baru balik Kerja Isterinya sudah bergayut dengannya. Tidak langsung memberinya peluang untuk rehat. Tidak kira lagi dengan karenah anaknya. Tapi di sabarkan juga hati dek terlalu sayang.

She's MineWhere stories live. Discover now