BAB 32

3.2K 123 19
                                    

Gelak tawa memenuhi bilik tersebut. Semua tertawa bahagia kecuali Rose yang sedari tadi hanya berdiam diri. Tawa keluarganya bagaikan tidak langsung terkesan di hatinya. Fikirannya jauh melayang entah ke mana.

Rose mengeluh. Terasa kepalanya berdenyut-denyut. Dia mendongak dan serentak itu juga pandangannya bertemu dengan sang suaminya. Hanya senyuman kecil di lemparkan sebelum dia kembali menunduk. Tak tahu kenapa melihat wajah itu membuatkan dia cepat sangat terasa sebak.

Dia melempar pandangan ke arah Risya yang elok memakan bubur di suap Danny. Alangkah bahagianya dia kalau hubungannya sebegitu dengan Anif. Saling menyayangi. Namun..

Sekali lagi dia memandang ke arah Anif yang kini sibuk melayan gelagat Riana dan Umiarah di atas ribanya. Sekali tengo seperti Riana dan Umairah adalah anak Anif. Senyuman yang terbit di bibir Anif membuatkan dia secara automatik tersenyum. Cinta memang gila.

"jauh termenung?" tersentak Rose dengan sapaan kakak iparny, Uqasah yang entah bila sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Rose hanya tersenyum tipis. Malu tatkala di tangkap merenung.

"Rose okey tak ni? Kenapa macam pucat sangat?" prihatin Uqasah bertanya. Rose mengangguk. Lengan Uqasah di paut manja sebelum melentokkan kepalanya ke bahu kakak iparnya.

"pening sikit" adunya perlahan.

"pening? Dah tu kenapa ikut?" soal Uqasah. Dengan baik hati dia mengurut sekejap dahi Rose menggunakan tangan kirinya. Terpejam mata Rose menerima urutan lembut di dahinya. Nyaman!

"saja. Rose takut tinggal seorang-seorang kat rumah" rengeknya. Uqasah mengeleng. Sakit-sakit pun degil.

"Rose nak keluar kejap. Nak beli air" Rose bangun sekali gus membuatkan urutan di dahinya tadi terhenti.

"nak akak teman tak?" tanya Uqasah. Rose mengeleng tidak mahu. Lagi pun dia mahu bersendirian buat seketika.

"nak pergi mana tu?" tanya Raimah pula tatkala sedar Rose seakan mahu keluar. Rose berpaling.

"nak turun! Nak kirim apa-apa ke?" soal Rose. Dompet Begnya di ambil lalu di pegang kemas. Malas nak bawa beg besar-besar sangat, jadi jangan hairanlah kenapa dia bawa dompet saja.

"nak alice temankan" sepeti Uqasah, Alice juga bertanya dan di balas dengan gelengan dari Rose.

"hati-hati.. " pesan Rayyan bernada tegas. Rose mencebik sedikit. Nak turun je pun. Macamlah dia nak jalan jauh walhal dekat saja.

"Rose turun dulu kejap. Sekejapppp je" kata Rose. Tangan di lambai kecil. Saat dia berpaling ternyata Anif memandang ke arahnya. Rose kaku.

"Rose nak turun. Abang nak kirim ke?" soal Rose sengaja menghidupkan suasana antara mereka berdua. Anif mengeleng sebelum kembali menunduk. Tawar senyuman Rose. Macam tu je?

Tidak mahu memaksa, dia perlahan-lahan mendekati pintu. Baru saja tanganya memegang tombol pintu suara kembarnya kedengaraa.

"belikan aku cola yer" ujar Risya separuh menjerit. Belum sempat Rose bersuara Danny terlebih dahulu berkata.

"tak payah nak mengada. Sedar sikit diri tu sakit" marah Danny memandang tajam ke arah Risya. Terus saja Risya menunduk. Rose tertawa kecil. Padan muka!

Akhirnya dia keluar juga dari bilik itu. Baru terasa bernafas. Tadi macam tak ada oksigen langsung. Rasa lemas. Keluhan terlepas. Sebenarnya dia bukannya nak beli apa-apa pun saja je nak keluar jalan-jalan walaupun dalam hospital saja. Sekurang-kurangnya dia rasa tenang sedikit.

Mengikut kata hati dia melangkah ke arah lif. Mungkin ada baiknya kalau dia isikan perut. Lagi pun dia terasa lapar pula walaupun sebelum datang ke sini dia sudah makan. Butang lif di tekan menunggu terbuka. Setelah beberapa minit barulah terbuka. Laju saja dia masuk ke dalam. Butang paling bawah di tekan lagi namun tidak sempat tatkala seorang lelaki menghalang.

She's MineWhere stories live. Discover now