BAB 22

3K 123 0
                                    

"pak cik boleh saya tumpang kat sini kejap" Rose berkata sambil tersenyum kecil. Pakcik pengawal itu mengangguk.

"terima kasih.. " ujarnya lembut. Telefon di keluarkan. Sudah menunjukkan pukul 10 malam. Hari ini dia sehingga shif malam sebab itu dia lambat lagi balik. Dia mendongak memandang ke arah langit. Gelap gelita tanpa bintang. Angin pula semakin kencang bertiup.

Sengaja dia tidak mahu memberitahu Anif bila dia akan balik. Dia tidak mahu lagi di labelkan sebagai menyusahkan. Cukup-cukup. Lagi pun Anif sendiri tiada bertanya. Sedangkan isterinya masih belum pulang lagi. Nampak sangat Anif tidak risuakan dia.

Keluhan terlepas. Dia menyandarkan tubuh ke dinding pondok pengawal itu.
Dia masih takut menunggu di busstop sebab itu dia tumpang berteduh di sini sekejap. Lagi pun dia rasa selamat di sebabkan ada pengawal menjaga. Jadi apa-apa ada orang tolong. Bijakkan dia?

Rose berpaling bila mendengar bunyi hon kereta. Badan yang menyandar tadi terus tegak berdiri. Bibir automatik mengukir senyuman. Dia amat mengenali kereta tersebut.

"kau tak nak balik ke?" kereta itu berhenti dan terkeluar kepala Wani bertanya. Biasalah dah kawin dengan doktorkan memanglah kena balik sama-sama. Doktor Azwan juga tersenyum.

"mestilah aku nak balik. Takkan aku nak tidur sini pula" jawabnya bergurau. Wani tergelak.

"aku taulah. Jom balik sama-sama" ajak wani. Rose pantas mengeleng. Kalau dulu bolehlah tapi sekarang rasa menganggu pula kalau dia ikut sekali.

"taj apalah. Aku dah call suami aku. Kejap lagi dia sampai" ujarnya. Sememangnya Wani tahu kejadian tangkap basah dia dan Anif. Apa-apa masalah memang dia akan share dengan kawan baiknya itu. Tapi kali ini dia terpaksa menipu sedangkan dia tidak ada memberitahu Anif pun. Kalau dia cakap naik grab memang Wani mendesaknya.

Kawannya itu bukan boleh percaya sangat. Takut sangat akan dirinya. Hal yang dia hampir di rogol juga Wani menangis sakan. Jenuh Doktor azwan memujuk. Macam dia yang kena.  Umpama Cubit paha kanan, kiri pula terasa sakit.

"lah.. Ye ke? Okeylah. Hati-hati tau. Apa-apa call aku" pesan Wani. Rose mengangguk. Dia melambai kecil memandang kereta mewah itu sudah bergerak keluar. Sedikit sebanyak terbit rasa cemburu di hatinya dengan Wani. Makan berteman, jalan berteman. Semua berteman. Berbanding dirinya ini. Dah kawin tapi cincin pun tak ada. Malah nampak dia seperti belum kawin.

Rose mengeluh lagi. Dia menginjak sedikit bila setitik air hujan mula turun. Dari sikit ke banyak sampaikan sakit telinganya mendengar. Rose memeluk tubuh. Sebelum ke sini dia sudah call grab sedia tapi hingga kini belum ada.

"cik okey tak tu?" tanya pengawal tersebut. Rose mengangguk. Bibirnya sudah mula bergetar sedikit tatkala sejuk mencengkam tulangnya. Dia memang jenis yang cepat sangat kesejukan.

"alhamdulilah.. Nasib baik dah sampai" gumamnya apabila kereta grab yang di callnya tadi sudah kelihatan. Macam tahu-tahu je dia tengah kesejukan nak mampus.

Baru saja tangan mahu membuka pintu ada satu tangan kembali menutup pintu yang sudah terbuka itu. Rose berpaling dengan wajah kelat. Namun wajahnya yang kelat tadi perlahan-lahan bertukar apabila melihat gerangan yang menolak kembali pintu itu. Dia menelan liur.

"jom balik.. " tanpa riak Anif menarik kasar pergelengan tangan Rose tapi Rose mengeleng tidak mahu.

"abang baliklah. Rose dah call grab ni. Sayang duit je nanti" lembut dia berkata. Anif mengeleng. Cermi kereta grab tersebut di ketuk.

"nah.. " dia memberi dua keping not 50 membuatkan lelaki grab itu terpinga-pinga.

"aku suami dia. Aku hantar dia balik" beritahunya seakan faham dengan riak lelaki itu. Lelaki grab tersebut mengangguk kecil sebelum mengerakkan kereta meninggalkan kawansan tersebut.

She's MineDonde viven las historias. Descúbrelo ahora