BAB 61

5.9K 174 19
                                    

"kenapa rumah ni nampak gelap?" Soal Rose hairan melihat rumahnya itu gelap seperti tidak berpenghuni. Takut pula nak masuk. Dia ni memang jenis penakut kalau dalam gelap.

"dorang keluar ke?" sekali lagi Rose bertanya. Wajah Anif di kerling bagaikan meminta penjelasan. Anif mengangkat bahu tidak tahu.

"keluar kut.. " hanya itu saja jawapan yang dia berikan. Rose mengeluh kecil. Pintu kereta di buka.

"masuklah, biar aku angkat barang ni!" ujar Anif mengarah Rose masuk ke dalam. Namun pantas pula isterinya mengeleng tidak mahu.

"tak apa. Rose tolong angkatkan!" ujar Rose sebelum bertindak mengangkat barang di tangan Anif tanpa sempat Anif menghalang.

Dengan muka tak bersalah dia tersengih kecil. Anif tertawa. Bukan dia tidak tahu yang Rose sebenarnya takut dengan gelap. Sengaja je tu cipta asalan nak angkat barang sekali.

Selesai mengangkat semua barang yang di beli tadi, Anif terus jalan ke hadapan di ikuti oleh Rose.

"kalau dorang keluar kenapa kereta ada?" gumam Rose. Kereta abangnya masih ada di garay malah kereta Danny juga ada. Dorang naik kapat terbang ke? Otak Rose saling bertanya sesama sendiri. Binggung! Jarang keluarganya itu keluar malam.

"gelapnya. Kalau iya pun keluar kenapa tak pasang lampu?!" Rose mula membebel bila pintu utama sudah di buka oleh Anif.

"lupa kut!" balas Anif bersahaja. Rose mengangguk setuju walaupun dia tak percaya. Dengan penuh berhati-hati dia melangkah masuk mencari suis lampu yang hanya berada di hujung dinding itu.

"abang? Tolong suluh kejap. Rose tak nampak!" ujar Rose separuh menjerit. Anif yang diam terkutik itu tersengih mendengar suara isterinya sebelum mengeluarkan telefonnya lalu di buka lampu suluh.

Dengan pertolonga dari cahaya tersebut memudahkan Rose mencari suis lampu tadi. Dengan sekali tekan saja ruang yang tadinya gelap sudah di terang oleh lampu. Dan bila Rose berpaling rahangnya terjatuh. Terkebil-kebil dia memandang ke hadapan.

"a-apa ni?" tanya Rose. Bukan main terkejut dia melihat bunga-bunga rose yang bertaburan menjadi love itu. Ada juga beberapa belon memenuhi ruang tamu itu.

"come!" tanpa menjawab soalan isterinya, Anif menarik lembut tangan Rose menuju ke bunga yang sudah terbentuk love itu.

"a-abang...?"

Bagaikan tersekat suara Rose bila tiba-tiba saja Anif duduk melutut gaya melamar seseorang di hadapannya. Kakinya tergetar. Malah tangannya juga mula bergetar dek terlalu terkejut. Matanya mula berkaca. Kalau sekarang ini dia bermimpi tolong jangan bangunkan dia.

"i love you!"

Dengan hanya tiga ungkapan itu sudah membuatkan air mata Rose terjatuh menitis membasahi pipi. Kali ini bukan lagi air mata kerana kesakitan mahupun kesedihan tapi kali ini air mata ini mengalir kerana dia terlalu gembira. Betul ke apa yang dia dengar tadi?

"abang minta maaf sebab selalu sakitkan hati sayang.. I am sorry. Abang janji tak buat lagi. Please bagi abang peluang kedua. Kali ini abang takkan sia-sia kan sayang" ujar Anif bergetar. Dia juga turut sebak entah kenapa.

Tangannya mula bergerak mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya sebelum kotak kecil yang di ambil tadi di buka. Semakin lebat air mata Rose mengalir tatkala melihat sebentuk cincin cantik itu. Kedua tangan menekup mulut bagaikan tidak percaya.

"sudi tak sayang jadi isteri abang yang sebenar-benarnya? Bukan lagi isteri atas kertas!" kata Anif merayu. Rose terdiam. Mungkin masih terkejut.

"sayang.. " lembut Anif memanggil. Hatinya sakit melihat kebisuan isterinya. Adakah dia sudah tidak berpeluang lagi? Lama dia merenung anak mata itu bagaikan mencari jawapan di sebalik air mata yang mengalir itu. Jujur dia amat takut mendengar jawapan dari isterinya.

She's MineWhere stories live. Discover now