5

515 66 86
                                    




"First they'll give you butterflies then mental trauma."




"TAK faham bahasa ke?" Kasar Safira bertanya. Peduli apa si malaun ni nak terasa ke tak? Tapi dari gaya.. King memang sejenis muka tembok. Buktinya lelaki itu masih selamba bersandar pada kerusi sambil tersenyum memandangnya.

Creepy!

Safira jeling King sekilas.

"Yang kau ni tak ada kerja ke? Lepak kedai orang?"Sindir Safira sedas. Jauh di dalam hati dia tertanya-tanya .. apa pekerjaan King? Tubuh tinggi lampai King sesekali dikerling.

King santai mengenakan tshirt polo dan berseluar slack. Gosh! Walau bagaimanapun hati mahu membenci , akal masih tidak dapat menafikan hakikat yang King mempunyai tubuh yang cukup sempurna bagi seorang lelaki. Tinggi dan tegap. Tambahan bila King seorang yang bijak dalam mengayakan pakaiannya.

Intinya Safira tidak menafikan King tampan. Mudah. Sedar Safira enggan melarikan matanya dari menatap tubuhnya , King ukir sengih nakal.

"I baru lepas main golf tadi dengan Luth dan Isyraf." Tanpa dipinta ringan bibir King memberitahu Safira. Safira buat endah tak endah , walhal akal ligat membayangkan King bermain golf.

"Tengah hari buta?" Sekarang lunch hour kut! Tak terbayang King ayun putter tengah tengah hari buta. Gila! Boleh pitam berlama lama di padang golf.

King senyum.

"No. Around 10. Lepastu duduk bersembang dengan diaorang , habis je I cakap dengan diaorang I nak jumpa bride to be I."

"Tak perlulah kut kau explain bagai nak rak. Bukan aku peduli pun. Plus , I'm not your bride to be!"

"Tak apa lah kalau you tak peduli pun. I saja nak bazirkan air liur I.." Mata mereka bertemu. King senyum tak bersalah.

"Second. I tak cakap pun you bride to be I. Who knows sebelum I jumpa you , I jumpa perempuan lain? Which is my bride to be?" Prak! Terkejut King dibuatnya dengan tepukan kuat pada meja kerja Safira.

"Keluar." Garang Safira memberi arahan. King lepas tawa kuat. Kelakar melihat reaksi Safira yang dirasakan comel.

"God.. you're cute!" Wajah merah Safira ditatap penuh minat. Lagilah berasap Safira dibuatnya. Ingat kelakar ke?

"Keluar lah. Tak malu ke? Atau kau nak aku seret kau keluar?" Safira sudah berasap sambil mencekak pinggang. King ketawa lagi.

"Wow! You nak seret I keluar? Here.." King hulur tangan kirinya pada Safira. Lagaknya seperti sudah bersedia untuk diseret Safira.

"Seret I please baby.." King sengih.

Tanpa menunggu lama tangan kasar King dicapai , gigih tubuh King yang sedang santai bersandar itu ditarik.

King menggeleng melihat kegigihan Safira. Dah tahu tak mampu tetap juga tak mahu mengalah. Sekali rentapan Safira sudah terdorong ke arah King. Tangan Safira segera menahan tubuhnya dari terlekap dengan tubuh King , mujurlah dia tidak berduduk di riba King. Kalau tak? Ahh! Safira sendiri tidak mahu membayangkan.

Bibir King masih bergayut senyuman nakal.

"Lelaki gatal." Dada King ditolak kasar. Namun Safira salah bila beranggapan King akan mudah melepaskannya.

"Hey.. how dare you panggil I lelaki gatal!" King tayang wajah garang. Lagaknya seperti memahari anak kecil berusia empat tahun lebih.

"Memang kau gatal pun!" King menggeleng sambil bibir menyimpan senyum. Perlahan tangannya melingkar pada pinggang Safira. Membuang jarak di antara mereka.

Kïng.Where stories live. Discover now