16

675 64 8
                                    




"I love everything you hate about yourself."
- him.





"SAFIRA." Lena Safira mula terganggu bila merasakan lengannya digoncang lembut. Namun mengenangkan rasa ngantuk yang masih menebal , Safira kembali pejam mata.

"Safira darling.." Kali ini pipi Safira terasa diusap lembut. Wajah terasa hangat dengan nafas mint milik King.

"Fira.. kenapa tidur maghrib maghrib ni? Tidur kat sofa pula tu. Dengan lampu tak hidupkan.." Entah apa lagi yang dibebelkan King. Safira masih pejam mata. Ngantuk.

Namun bila merasakan tubuhnya dicempung mata Safira kembali terbuka. Safira tersedar. Terkebil kebil matanya menatap raut wajah tampan milik King dari bawah.

"King..?"

Sebulan berlalu , hubungan Safira dan King masih begitu. Beku dan bisu. Safira masih begitu dan King..

Aneh.

King terasa semakin menjauh. Mereka jarang bersua muka apatah lagi bertegur sapa. Hairan. Tiada lagi usikan nakal dari King. Tiada gurau senda yang akan diakhiri dengan jelingan maut Safira.

Give up?

Mungkin.

Safira endahkan saja. Ego masih dijunjung tinggi. Kalau King sudah tawar hati dan putus asa , bukan kah itu merupakan satu berita baik? Dia akan terlepas dari terikat hidup dan mati bersama King.

Mendengarnya , King tunduk kejap sambil menghulur senyum.

"Yes .. hermosa?" Safira pegun. Cuma mata yang tidak lepas menatap mata hitam milik King. Melihat reaksi Safira yang kelihatan masih mamai King simpul senyum lagi. Kaki masih diatur menuju bilik tidur Safira.

Dua saat berlalu , wajah itu kembali dikerling kejap.

"Rindu I?" Masih mamai , tanpa sedar Safira angguk. Dan senyuman di bibir King semakin merekah. Tubuh Safira diangkat sedikit sebelum puncak hidung itu dicium sekali.

"I miss my hersmosa too."

Hairan , Safira hanya merelakan tanpa membentak dan menolak.

"Hold me tight , Safira darling." Dan bila tangan halus itu naik melingkar pada batang lehernya King senyum lagi.











"HERMOSA." Suara parau itu kembali menujah koklea. Terpisat pisat Safira memandang King yang kacak menyarung tshirt putih dan berkain pelikat. Wajah King dijeling sekilas.

"Kau nak apa?" Mata kembali dipejam. Entah di mana silapnya , malam tadi dia mimpi King kucup puncak hidungnya. Er... geli!

"Solat subuh saing I." Arah King. Safira celik mata , wajah King dipandang.

"Malas. Solat sendiri sendiri lah."

"Solat sendiri sendiri alamatnya tak solatlah you." Mata yang tadi mahu terpejam semakin luas terbuka. Wajah selamba King dicari. King angkat kening sebelah.

"Kau.."

"No excuse , my darling. Berat bahu kiri I tanggung dosa you malas solat." Wah wah. Ini versi Raja Adrain 17 tahun. Panggilan juga sudah berubah. I-you.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kïng.Where stories live. Discover now