10

509 64 39
                                    









"Before you get attached to someone, be prepared if they leave."








HARI ini , King mengajak Safira untuk makan tengah hari bersama. Malas mahu berdebat , Safira hanya akur. Sudahnya mereka bersetuju untuk menjamu selera di sebuah restaurant mewah yang berkonsepkan seni bina Itali. Cantik!

Cukup tiga hari tempoh perkahwinan mereka Safira dapat simpulkan King seorang yang cukup cerewet dalam memilih kedai makan. Buktinya , lihat semua kedai makan yang dibawa King. Semua kelihatan fancy dan classy.

Berbeza dengan Safira , Safira tidak cerewet dalam memilih kedai makan. Asalkan perut kenyang! Tapi.. tidak heran King cerewet dalam memilih kedai makan. Mana mungkin seorang pemilik restaurant mewah seperti King memilih untuk makan di warung tepi jalan. Jatuh lah standard seorang Raja Adrain. 

"Aku bayar makan harini." Safira tawar diri. King yang sedang menghirup kopinya mengalihkan pandangannya tepat pada wajah bersih Safira.

"Bayar? For what?" Safira berkerut.

"Dah makan kan? Tak kan tak bayar?" King merenung Safira tidak percaya. Seketika .. bibir King mengukir senyum kecil.

"Wife.. this is ours. Kenapa makan dekat restaurant kita sendiri kita kena bayar?" Kali ini Safira pula menatap wajah King tidak percaya.

Ya. Dia tahu King merupakan pemilik restaurant mewah. Tapi fikirnya King cuma mempunyai satu cawangan restaurant. Lagi pun konsep restaurant King yang kelmarin berbeza dengan konsep restaurant mewah ini.

Melihat Safira yang terpingga pingga buat King tarik senyum. King betulkan denim jacket pada tubuhnya sebelum hidung Safira dicuit manja.

"You need to know more about me , wife." King senyum kacak.

"Come , saya hantar awak balik kedai." King hulur tangan. Mahu tak mahu Safira hulur saja tangannya pada King. Mereka beriringan melangkah keluar sebelum tubuh King dirempuh seseorang.

"Oh my!"

King merengus. Wajah gadis yang merempuhnya dicari. Pabila mata mereka bertemu bibir King terkatup rapat. Niat yang tadinya ingin memaki terkubur dalam. Riaknya serta merta berubah keruh. Liur ditelan sekali.

Mata tidak lepas menatap sepasang mata hitam milik gadis itu.

"King," Sentuhan lembut Safira pada lengannya menyedarkan King. King menoleh ke arah Safira sebelum bibirnya menguntumkan senyum manis. Poket seluar diseluk sebelum kunci kereta dihulur pada Safira.

"Wait for me." Lengan halus Safira diusapnya lembut. Dalam hairan Safira hanya menurut. Sempat matanya singgah pada wanita yang tidak sengaja merempuh suaminya. Cantik!

Tapi kenapa? Apa hubungan mereka berdua? Kenapa King jelas terkedu bila mata mereka bertemu? Akal mahu menolak keluar soalan , namun hati lebih memilih untuk memendam.

Hilang kelibat Safira , King kalihkan wajahnya pada gadis tinggi lampai di hadapannya. King menatap sepasang mata itu dalam. Mata itu jelas berkaca kaca menatap wajah tampan King.

King mengeluh berat.

"Come , let's talk in my room."
















Kïng.Where stories live. Discover now