8

463 60 45
                                    






"Loyalty is not 'goals'. Loyalty is standard."





HARI ini Safira mengenakan baju kurung kedah pada tubuhnya. Rambut pula diikat kuda. Oh , Safira juga sudah berpindah semula ke rumah keluarganya.. atas nasihat Ray.

Safira tahu Ray kecewa. Tapi Ray seorang yang sangat memahami. Ray tahu apa yang dilakukan Safira hanya untuk mengikuti turutan keluarganya. Safira tersepit dan Ray mengerti.

Tell me.. how can't I love Ray?

Dan hari ini King akan membawanya bertemu ahli keluarganya. Sepanjang perkenalan mereka , ini kali pertama dia akan berjumpa ahli keluarga King yang lain. Dan jujur , Safira gugup.

"Fira," Safira menoleh ke arah King. King angkat kening sebelah.

"Ya?"

King ketawa kecil.

"I cakap kita dah sampai." King senyum melihat wajah gugup Safira. Dahi licin Safira yang dipenuhi peluh dikerling.

"You nervous?" Lembut. Safira angguk. Hilang sisi garangnya. Kalau tidak? Mahu dia membentak bentak. Bercakap pun gayanya seperti mahu mengamuk.

King sekali lagi koyak senyum.

Perlahan dahi Safira diusap dengan belakang telapak tangannya. Pinggir kepala Safia diusap lembut.

"Pusing kejap." Tanpa banyak soal Safira pusing tubuhnya membelakangi King.

"Kau buat apa?" Safira bertanya bila merasakan tangan King mengusik rambutnya.

"Tocang." Safira menoleh ke arah King kejap. King senyum.

"Istighfar dulu Fira. Selawat banyak banyak. I tak nak bawa you keluar dengan keadaan you gugup macam ni." Lengan Safira diusap lembut.

"Aku takut , King. Macam mana penerimaan keluarga kau pada aku?" King sudahkan tocang pada rambut Safira dengan mengikat hujung rambut itu dengan getah rambut yang tersedia ada di keretanya.

"Siap. Turn around." Mata mereka bertemu. Safira gigit bibir bawahnya perlahan. Dahi kembali basah dengan peluh.

King senyum , memujuk.

"Mereka tak tahu Fira. Dan I tak akan sesekali beritahu mereka." Safira berkerut.

"Kenapa?" Soal Safira polos. Kali ini giliran Dahi King berlapis.

"Kenapa kena beritahu mereka aib you?"

Diam.

"Cukuplah I saja yang tahu kekurangan you. I yang nak hidup sampai tua dengan you , bukan keluarga I." Benar kata King. Kenapa dia terlalu memikirkan pandangan keluarga King?

"Tapi.."

"You overthink Fira. I tak suka you macam ni.." Lembut. Selembut usapan King pada kepala Safira tika ini.

Kali ini tangan King jatuh menyentuh lembut telapak tangan kecil milik Safira.

"Your anxiety getting worse isn't? Tangan you basah. You jadi resah even benda tu tak penting." Safira terdiam.

Kïng.Where stories live. Discover now