Persidangan

1.6K 197 172
                                    

BoBoiBoy hanya berdiri tegak disebelah Ejen Zain bersama dengan ketua teras yang lain. Diam,tegak dan poker face.

Hari ini,dia ditugaskan untuk menemani Datuk Othman ke persidangan antara bandar² maju.

Macam biasa,as bandar paling canggih Cyberraya akan jadi tuan rumah dan Datuk Othman nak dia jadi guard.

Bodyguard dia yang sorang lagi tu dah berhenti lepas apa yang Othman buat dekat kawan dia.

Sementara menunggu Datuk Othman,semua ketua teras berbincang.

E.Dayang: Tak mengapa ke kita biarkan Elemental pergi? Dia nampak penat.

E.Ganz: Ah! Hantar je. Datuk yang nak kan?

E.Zain: Djin,kau ada buat apa² ke pada dia?

E.Djin: Hanya sedikit displin dan pengajaran.

BoBoiBoy hanya memasang telinga pada perbualan ketua teras.

Dia rasa nak lari.

Tapi tak boleh.

Dia penat sangat.

Dia rasa nak putus asa.

BoBoiBoy terjaga dari lamunan dia apabila pintu yang menghubungkan bilik ketua teras dan Bangunan Perdana terbuka. Dia terus berdiri setegak yang dia boleh.

E.Zain: Selamat pagi tuan. Ada apa² yang tuan nak pesan sebelum pergi?

D.Othman: Hm,selamat pagi. Tak ada apa² sangat. Saya nak tahu apa perkembangan latihan Elemental.

Mata Datuk Othman dikerling pada BoBoiBoy yang sedang menunduk,topi menghalang pemandangannya.

E.Djin: Latihan dia berjalan lancar. Sikit masa lagi,dia akan dapat buat apa yang Datuk harapkan.

Datuk Othman hanya mengangguk sebelum perhatiannya beralih pada BoBoiBoy.

BoBoiBoy mengetap bibirnya perlahan,satu badan dia jadi sejuk.

D.Othman: Lapor diri.

BoBoiBoy: *gulp* Ejen Elemental. Nombor 007. Sedia berkhidmat untuk Cyberraya,tuan.

Datuk Othman berpuas hati dengan jawapan BoBoiBoy.

D.Othman; Sudah,cepat. Kita kena bersedia sebelum datuk bandar yang lain sampai.

BoBoiBoy:*tunduk* Baik tuan.

Dengan itu, BoBoiBoy mengikuti Datuk Othman ke Bangunan Perdana, meninggalkan ketua teras di bilik mereka.

E.Zain: Mungkin kita patut bagi dia rehat lepas ni. Cara dia berjalan pun terhuyung hayang.

E.Dayang; Setuju. Kalau dia tak sihat,ia boleh menggagalkan misi.

E.Djin: *sigh**roll eyes* Baiklah,dia boleh cuti selepas dia balik dari persidangan tu.

E.Ganz: Aku tak peduli apa². Asalkan dia ikut arahan,aku tak kisah.

E.Djin: Oh,aku baru teringat.

Ejen Djin mengeluarkan sebuah hologram.

Seorang lelaki yang tengah melawan droid yang memusnahkan rumah di Pinggiran.

E.Zain: Siapa tu?

E.Djin: Orang baru yang aku jumpa. Berdasarkan cara dia berlawan,nampak macam dia sesuai untuk jadi ejen.

Sementara Djin bercakap,Dayang menaip sesuatu pada holo-pad.

E.Dayang: Tak ada apa² rekod pasal dia dalam sistem penduduk Cyberraya. Berdasarkan pemakaian dia,aku tak rasa dia orang Pinggiran.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now