Scar

6K 275 104
                                    

DI SEKOLAH CYBERAYA~
.
.
.

Satu hari yang biasa di Sekolah Cyberaya.Ramai pelajar kesana kemari berbual mesra.Nampak macam satu hari yang biasa.

"Haha!Lemah betullah kau ni!"

Kelihatan dua orang remaja sedang membuli satu lagi pelajar.

"Aku kan dah kata aku tak sengaja.Lagipun aku jugak yang kotor kan?"balas remaja lelaki yang dibuli itu,membuatkan kepalanya dipukul sekali lagi.

"Kau jangan nak menjawab!Heh,nama je anak peneraju Cyberaya!Aku rasa En.Ghazali tu pun malu nak mengaku kau anak dia,Ali!"

"Heh,sebab tulah mak dia tinggalkan dia kut? Bawa bala untuk keluarga!"

Remaja yang bernama Ali itu hanya tunduk,masih pening lepas kena pukul tadi.Melihatkan Ali tak membalas apa² dan bunyi loceng sekolah berbunyi,pembuli itu meninggalkan Ali,tak sebelum menyepaknya dua tiga kali.

Ali tak larat nak bangun.Dia pening.Dia sakit.Tapi tak siapa yang kisah.

Ali adalah salah seorang pelajar di Sekolah Rendah Cyberaya.Ayahnya adalah salah seorang daripada tiga peneraju Cyberaya.Tapi itu tak bermakna apa² bagi Ali.

Sejak kawan baiknya,Viktor,terpaksa berpindah,sejak itu makin teruk dia dibuli.Cikgu² makin kejam kepada dia,kawan sekelas tak pedulikan dia dan sekarang dia jadi sasaran utama pembuli.

Sebagai ejen pun,tak mendatangkan apa² makna bagi Ali lagi.

Ali perlahan-lahan bangun dari tempatnya,tak terasa nak masuk kelas.Dia terus bergerak kearah bilik rawatan.

"Lagi?Ni kali ke-10 minggu ni je Ali!"kata jururawat yang menjaga bilik tersebut.Dia tahu Ali selalu datang dengan luka² dekat badan dan selalu tolong dia.

"Nak buat macam mana?Dah nasib terima jelah."kata Ali sambil melihat jururawat itu membalut lukanya.

"Boleh tak saya nak tidur dalam bilik ni?Dah nak habis kelas and kepala saya sakit."pinta Ali.Jururawat itu hanya tersenyum sebelum menunjukkan katil pesakit dibilik sebelah yang diasingkan.

"Terima kasih."kata Ali sebelum berbaring diatas katil tersebut.Dia menutup matanya.Cuba untuk hiraukan rasa sakitnya.

Tapi tak sesakit hatinya..

'Apa salah aku dekat diaorang?....'

**********

Ali terjaga bila ada seseorang yang mengejutkannya.Dia membuka mata dan lihat Bakar dan Alicia berada disebelah katilnya.

"Uncle?Alicia?Apa korang buat dekat sini?"tanya Ali.

"Nurse ada call bapak kau tadi kata kau tak sihat,tapi dia sibuk.So,uncle datanglah ambik kau."jelas Bakar.Mendengarkan penjelasan Bakar membuatkan hati Ali remuk sedikit.

Ayah dia selalu sibuk.

"Ha,yang kau ni dah kenapa sampai masuk bilik rawatan?Kau demam ke apa?"tanya Bakar.Ali menggeleng.

"Kau kena buli lagi,betul tak?"tanya Alicia dengan dinginya.Ali tak menjawab.

"Kau tu ejen.Setakat budak sekolah tak kan kau tak boleh nak pertahankan diri?"kata Alicia lagi.Ali memandang tajam kearah Alicia.

"Tak semua orang dari kecik berlatih jadi ejen."balas Ali tajam.Alicia hanya berpeluk tubuh.

"Errr....Ahahaa!Jomlah Uncle hantar kau balik ok?Kau boleh jalan tak?"kata Bakar tapi Alicia tajam membalas.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now