Run away

3K 257 74
                                    

°*********°

Sebaik sahaja sampai dibandar,dia terus menuju kerumahnya.Menghiraukan semua pandangan orang ramai yang memandangnya pelik sebab bawak banyak barang macam tu.

Sebaik sahaja dia sampai rumah,seperti biasa,ayahnya tak ada.Ali terus kebiliknya dan mengemas segala barang yang diperlukannya.Duit simpanannya juga dikemas rapi dalam beg.

Malam ni dia akan pergi.

Ali membuat keputusan untuk mengemas rumah tersebut untuk kali terakhir.At least,ayah dia tak payah nak susah² kemaskan bila dia dah tak ada.

Malam berlabuh dengan agak pantas.Ali menunggu kepulangan ayahnya didalam bilik,memakai seluar slack hitam dan hoodie berwarna biru gelap.Beg galasnya berada ditepi pintu.

Bilik dia juga dah dikemaskan.Sebab dia dah tak kan pakai bilik tu.

Mungkin akan jadi stor bila ayah dia tau yang dia dah 'mati'.

Ali terdengar pintu depan terbuka.Dia menunggu lagi.Dia kena pastikan yang ayah dia dah tidur.

Setelah menunggu selama setengah jam,lampu didapur akhirnya tertutup.Ali mengalas begnya dan melihat bilik itu untuk kali terakhir.Comot sedang tidur dengan amannya diatas katil dia.

Dia akan rindu Comot nanti.

Ali berjengket.untuk kebawah dan lihat ayahnya tertidur diatas sofa dengan tablet ditangannya.Dia mendekati ayahnya.

"Ayah,Ali minta maaf.Maaf sebab tak boleh nak jadi anak yang terbaik untuk ayah.Ali tahu nanti mesti ayah gembira sebab Ali dah tak ada.Ayah dah tak perlu kisahkan Ali lagi.Benda yang Ali buat ni mungkin selfish,tapi Ali dah tak tahan ayah....Ali tak kuat....Tak ada siapa yang perlukan Ali dekat sini.Ayah boleh hidup tanpa Ali."

Ali mengesat airmata yang mengalir di pipinya.Berhati-hati,dia memeluk ayahnya.

"Ali sayang ayah sangat².Maaf sebab jadi anak yang tak berguna untuk ayah.Harap ayah dapat lupakan Ali cepat nanti."

Ali melepaskan pelukannya.Setelah meletakkan selimut diatas ayahnya,dia membuka pintu,melihat ayahnya buat kali terakhir sebelum menutup pintu tersebut.

Dia terus berlari pergi.

°*********°

Akademi MATA


Bakar masih tak percaya yang anak saudara kesayangannya tewas dalam misi.Tak mungkin.Dia masih tak boleh percaya bila sebaik sahaja mereka bertiga keluar dari pangkalan tersebut,tempat itu meletup,menimbus Ali sekali didalamnya.

Dia yakin yang Ali boleh lepaskan diri dia sendiri.

Ali budak yang kuat.


MATA dah menghantar ejen untuk mencari jejak Ali.Cuba mengesannya melalui IRIS ataupun suitnya.Tapi tak ada kesan.

Ibarat macam dia langsung tak pernah ada di situ.

Bakar tak dapat nak tahan air mata dia.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now