Mission Gone Wrong

2.8K 250 63
                                    

°*********°

Keesokkan harinya,hari Ali berjalan seperti biasa.Bangun pagi,tengok ayah dia dah pergi kerja,siap² pergi sekolah,sesi kena pukul sebelum masuk kelas,kena marah dengan Cikgu Munah,rehat,kena pukul lagi,kena jeling dengan Alicia,balik rumah,pergi akademi.

Di akademi,harini Rudy asyik pandang tajam dekat dia.Ejen lain tak hiraukan dia.Dan Ali habiskan masa di bilik dia di akademi saja.

Dia tengah memadam semua hate message dalam telefonnya yang dihantar oleh.....semua orang.

Tiba²,dia mendapat satu mesej.

From:Elemental_Boi

Hai Ali!Sorry lama tak mesej kau!Aku baru habis misi aku ni.Satu lagi aku tertinggal phone aku dekat pangkalan.Hehehe...Sorry!Aku lupa nak bagi kau holo-communicator.Kalau pakai benda alah tu kita boleh vc walaupun aku jauh dekat angkasa!Hehe..Sorry!

Btw,aku akan balik Bumi tak lama lagi!Aku tak sabar nak jumpa kau!Nak tengok jugak kalau² kau dah tinggi sikit.Hehehe...Yang lain pun tak sabar nak jumpa kau!

Oklah,Komander dah tengok aku lain macam dah tu.Hehe sebab aku taip ni aku senyum lain macam.Tak sabar nak jumpa kau nanti!Jaga diri baik² tau Ali!Bye²!

(P/S:Aku bawak Cattus kali ni so dia boleh main dengan Comot!OwO)

Ali tersenyum.Ya,itu dia satu² nya kawan dia sekarang.

Satu²nya sebab kenapa dia masih lagi ada dekat sini.

Tiba²,telefonnya berbunyi menandakan ada misi.Dia memakai IRIS dan terus pergi ke hangar utama.

•*********•


So,misinya adalah untuk mendapatkan maklumat sulit dalam sebuah pangkalan rahsia bawah tanah.Sindiket tersebut menjalankan kegiatan jual beli senjata haram.

Misi kali ini melibatkan Ali,Alicia,Bakar dan Rudy.Sementara yang lain mengalihkan perhatian pengawal,Ali akan masuk dan hack sistem komputer untuk mendapatkan intel tersebut.

"Weh,tak boleh ke kau buat kerja tu cepat sikit?Dah makin ramai pengawal dah ni!"kata Rudy melalui alat komunikasi.Ali memusingkan matanya sebelum mengambil intel tersebut setelah selesai dimuat turun.

Tapi sebaik sahaja dia melangkah keluar bunyi siren kecemasan berbunyi.

"Ali!Apa jadi!"tanya Bakar.

"Sistem keselamatan berbunyi!Wargh!!Makin ramai yang datang!"kata Ali sebelum melarikan diri dan bertemu dengan yang lain.

"Ish!Tak boleh buat kerja sikit kan kau ni?!"Alicia mengambil intel tersebut daripada Ali dan mereka semua melarikan diri.

"Tangkap mereka!"

"Jangan!Bangunan ni dah nak diletupkan!Biar je diaorang meletup sekali dalam ni!"

Ali mendengar segalanya dan cuba nak bagi amaran dekat yang lain tapi kemudian bunyi letupan berlaku.

Disebabkan letupan itu,siling diatas runtuh,menyebabkan Ali terpisah dari kumpulannya.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now