8 | MAWAR

957 64 3
                                    


you are mine
Mawar

          "MAMA dah send alamat rumah Bella dengan no Bella kat wattsap. Noah nak buat apa no dengan alamat Bella?"Soal Datin Maryam.

" Noah nak ajak Bella pergi cari baju kahwin. Takut tak sempat pulak kalau cari last minute "Balas Noah.

" Betullah tu lebih baik prepare awal-awal . Noah dah bincang dengan Bella tema perkhawinan kamu berdua? "

" Tak lagi ma. Ni pun Bella tak tahu, Noah nak bawa dia cari baju kahwin "

" Kenapa pulak kamu tak beritahu Bella? "

" saja ma, nak buat surprised kat dia"aku senyum sejenak.

" Ada-ada je lah kamu berdua ni. Dah lah mama naik tidur dulu. Jangan lewat sangat tidur, tak elok untuk pengantin "

" pengantin apa ya ma. Lambat lagi lahh"

"Masa tu cepat jee sayang oiii. Pejam celik pejam celik, tarikh perkhawinan kamu dah."

"Sebelum masuk bilik tutup lampu semua. Pastu check pintu kunci tak. Mama naik dulu."

"Baik ma" Balas aku dengan senyuman.





🌹🌹🌹🌹🌹

          "WEHHH! kau dah pilih ke baju nak pakai esok?" Soal Alisa

"Dah. Aku pakai baju yang selalu aku pakai je. Senang tak payah gosok." Balas aku.

"Bella tu kan baju kau selalu pakai kat office, tak cunlah. Pakailah baju yang lain pulak, baru terkedu si Noah tu"

Mata tadi yang tengah syok tengok drama tujuh malam terus beralih ke muka Alisa.

"Jap, nak pakai cantik buat apa? Bukannya aku nak gi majlis pun. Mari-mari si Noah tu nak bawak aku pergi pasar. Tak ke malu."

"Ehhh kau ni pun tak akan dia nak bawak kau gi pasar. Tak ada function langsung. Baik dia bawak kau pergi tengok wayang ke baru sweet."

"Itu tanggapan kau, tanggapan si mamat tu pulak macam mana. Mana tahu dia nak kenakan aku ke."Cemuh aku .

"Kau ni tak baik tau tuduh future husband kau macam tu. Tray husnudzon sikit." alisa menggeleng kepalanya perlahan. Pelik betul perangainya

"Future baru, bukan suami sah aku pun" jawab aku

"Pada kau sibuk pasal hal aku dengan mamat beku tu baik kau fikir pasal denda aku tu. Kau dah siap belum masak nasi goreng kampung untuk aku?" Soal aku.

Sebabkan si Alisa tinggal aku dengan si Noah tadi kat restoran jadi aku merajuk dengan dia.

Sebabkan dia tak sanggup tak bercakap dengan aku jadi si Alisa ni tawar diri 3 hari jadi maid aku.

Jadi aku apa lagi terus terima ahh Rezeki depan mata awakk oiii. Bukan senang-senang si Alisa nak jadi maid orang.

"Dah siap. Aku letak kat dapur. Kalau tak sedap kau jangan nak comment apa-apa ehh."

"Yelah. Btw dalam bilik aku ada baju kotor nanti kau basuh ehh. Aku dah letak baju kerja aku dalam bilik kau, jadi kau perlu gosok sahaja. Mudahkann kerja kau."

"Wehh bapakk ahhh banyaknya kerja aku kena buat." merungut Alisa

Bibir aku mengukirkan senyuman yang khas untuk sahabat sejati aku ni.

"Kau yang tawar diri jadi maid aku kan. Jadi rasai lahh. Aku nak pergi makan duluu lapar" aku terus bangkit dari sofa.

Alisa mendengus malas.

'sabar Alisa sabar tigaa hari je. Lepasni kau boleh hidup dengan aman'




"new update"

Marilahh vote dengan comment guys. 🤗

18 | 11 | 21🦋

CO|MAWAR✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora