27 | MAWAR

784 35 0
                                    


You are mine
Mawar

       
           SUDAH hampir sebulan kami berkahwin, menjalani hidup rumah tangga sebagai suami isteri. Kami pun dah tinggal rumah sendiri kata Noah nak independent serta nak ada privasi. Sebagai isteri solehar saya ikut yang mana terbaik.

Allahamdullilah menjadi isteri Noah Hykal tidak lah seburuk yang pernah aku jangkakan selama ini.

Layanan Noah terhadap aku macam hubungan suami isteri yang lain. Sweet mengalah gula nasib aku tak kena kencing manis. Bahaya sungguh.

Kadang-kadang aku rasa perkhawinan ni aku terima bukan hati yang paksa tapi dengan hati yang rela. Dulu aku fikir kahwin dengan si Noah adalah jalan paling aku menyesali tapi sekarang kahwin dengan dia adalah rahmat bagi aku.

Tapi sampai sekarang aku masih buntu kenapa dia pilih aku jadi isteri dia sedangkan ramai lagi yang sesuai mendampingi dia. Kalau dikatakan dia nak kahwin dengan aku sebab nak balas dendam, tapi mana dendam nya? Tak ada lagi scene kena pukul ke kena hina. Aku bukan mintak cuma aku pelik sebab apa Noah bersungguh suruh Datin Maryam melamar aku.

Kalau cinta? Tapi sampai sekarang dia tak pernah ungkapkan cinta terhadap aku. Aku takut semua layanan dia terhadap aku semua adalah fake, aku takut aku tepuk sebelah tangan. Malu lah saya nanti.

Mungkin belum sampai masa lagi aku tahu sebab kenapa dia pilih aku jadi isteri dia. Kita tunggu dan lihat sahaja.

Satu keluhan kecil terlepas dari bibir mungil.

Gelas berisi nescafe ais dikacau perlahan oleh aku.

"Kau memang ajak aku keluar, suruh tengok kau kacau air ke. Kalau macam ni rumah aku pun boleh kau nak kacau air dengan air baldi sekali aku bagi." sindir Alisa.

Mungkin penat layan perangai tak semenggah aku ni.

"Bella kau ada masalah ke? Cer kau share dekat aku kalau kau senyap je mana lah aku tahu apa masalah kau."

Aku mengeluh berapa puluh sekian kalinya.

"Noah." jawab aku dengan ringkas.

"Kenapa pulak dengan suami kau? Dia buat hal ke. Jangan kata dia madukan kau pulak."

Aku cerlungkan mata. Kahwin tak sampai setahun tak kan lah ada niat nak madukan aku tapi kalau lah betul memang nak kenalah dengan aku si Noah tu.

"Apa kau ni mana ader lah. Kahwin baru masuk dua bulan kut." marah aku. Madu-madu jangan sebut, perkataan anti oleh warga perempuan.

"Dah tu kenapa dengan suami kau tu. Apa masalah dia buat kau sampaikan muka kau macam bontot kuali ni."

Kurang ajar ada ke sama muka aku yang cantik ni dengan kuali,bontot dia pulak tu.

"Kau tahu kan aku terima lamaran Noah sebab Datin, kau tak rasa pelik ke kenapa Noah nak aku jadi bini dia sedangkan ramai je perempuan kat luar cantik- cantik. Lagi satu kalau kata tak laku, fuhh share je kat fb ke ig tengah cari calon isteri mesti berderet punya ."

"Lahhhhh sebab tu je ke, kau ni pun kan dia dah kata dia tak kau jadi andartu, tak akan kau tak ingat, kau ada beritahu kan."

Apalah bodoh sangat kawan aku ni. Tak akan dia percaya tu sebabnya, nak kata belajar cetek, pelepasan ijazah kut aku pun diploma je.

"Wehhh ramai je perempuan kat luar sana yang anak dara tua. Ada tu 40,38 dan ada jugak 50 kenapa dia tak kahwin je kenapa dengan aku jugak dia pilih."

"Hemmm ye jugak ehh kenapa eh Noah pilih kau. Mungkin sebab cinta, mana tahu dalam dua tahun dia kenal kau senyap-senyap dia dah jatuh cinta dengan kau."

"Jatuh cinta kau kata. Benda tu paling aku tak percaya sekali. Si Noah tu kalau berjumpa tak pernah senyum kat aku pun apatah lagi nak tegur aku. Dalam masa dua tahun aku boleh kira dengan jari berapa kali je kita jumpa. Aku rasa ada something wrong lah."

"Kau rasa dia kahwin dengan kau sebab ada rancangan lain."

Allahamdullilah akhirnya terbuka jugak minda dia.

"Yes exactly. Mana tahu dia buat aku jatuh cinta dengan layanan dia lepastu dia tinggal aku."

"Ya Allah Bella kau ni banyak sangat tengok ceritalah. Kau tak fikir ke kalau dia buat semua ni merugikan hidup dia. Kenapa dia nak menaruhkan hidup dia rancangan entah apa-apa. Tolong lah Bella open your minded."

Betul jugak. Tak akan dengan rancangan entah apa-apa sanggup kahwin dengan aku. Majlis pulak bukan simple grand berapa puluh ribu jugak duit habiskan.

" Noah ada tak kat rumah?"tanya Alisa.

" Tak ada dia pergi outstation dalam 5 hari. "

" Patutlah aku tak nampak batang hidung dia pun. Kenapa kau tak nak ikut dia, yelah boleh cuci mata"

" Tak kuasa aku. Tapi kan weh selama 2 bulan aku kahwin dengan Noah tiga kali dia pergi outstation. Entah-entah dia pergi jumpa geng dia tak, nak plan kenakan aku lagi."

Alisa mengeluh kuat. Masih dengan andaian entah apa-apa dia tu. Kenapa dengan bini kau ni Noah.

"Mawar Bella kau ni kenapa jangan otak cetek sangat boleh tak. Berhenti dari andaian kau tu, kau tak tahu ke kalau andaian kau salah boleh jatuh fitnah,dah lah suami kau sendiri."

"Kau tahu dalam rumah tangga pentingnya adalah kepercayaan,kalau hilangnya kepercayaan runtuh lah rumah tangga. Macam tiang, kalau tak ada tiang runtuh lah rumah. Daripada kau buat spekulasi kau sendiri baik kau tanya suami kau sendiri, otak pun tak serabuk,hati pun lapang. "

Tanya kat Noah. Dia nak ke jawab, macam mana jawapan dia masih sama masa aku tanya dulu. Mati kutu aku.

" Bella kau dengar tak aku cakap ni. Sempat lagi kau berkhayal ye. "

" Dengar lah aku bukan pekak. Dah lah habiskan air kau, aku kena balik dah ni. "

"Alaaa kau ni suami kau bukan ada kat rumah pun nak balik rumah awal-awal, jom lah lepak rumah aku dulu, boring lah aku duduk sorang." pujuk Alisa dengan muka

"Next time lah beb, aku dah janji dengan Noah aku nak keluar minum dengan kau terus balik. Lagipun aku nak singgah bank jap."

"Yelah kau cakap macam tu. Ni tak akan nak belanja air je makan-makan tak ada?" Soal Alisa selamba.

Alisa dengan makanan memang tak boleh lari kan. Nasib baik badan tak naik-naik.

Dengan hati yang separuh rela aku belanja si Alisa makan. Nasib baik kawan dia ni baik, kalau tak memang idok lerrr aku nak belanja. Makanlah kau puas-puas.

Haiiii guysssss😚

HAPPY READING GUYS

DON'T FORGET VOTE AND COMMENT ❤️ 💃




26 | 2 | 24🦋

CO|MAWAR✅Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ