21 | MAWAR

750 43 1
                                    


you are mine
Mawar

           BERAPA minit lagi aku akan tukar gelaran dari cik ke puan. Are you ready Bella? Kalau kau tak ready pun kena buat-buat ready jugak.

Macam mana kalau perkhawinan aku ni kekal sebulan je. Jadi janda meletop lah aku. Haihh mintak jauh. Tak mau lah jadi janda awal sangat setahun pun okay.

Jap kau nak jadi janda ke?

Duk berperang dengan perasaan sendiri, muncul Alisa di depan pintu bilik aku.

"Haiii babe . Cantikk gilerr Mrs Noah kiterr." Puji Alisa melambung.

Aku senyum bangga. Aku sendiri terpaku tengok muka aku yang berhias, macam Bella yang lain. Tak menyesal bayar mahal-mahal kat mak cik solek tu.

"Aku bukan puji kau cantik aku puji baju kahwin kau ni yang cantik."

Aku menjeling tajam. Minah ni tak cari pasal dengan aku tak boleh ke. Dah lah hati aku ni tenggah gemuruh, minah ni pulak menyakitkan hati je.

Mata aku beralih ke arah baju pengantin. Memang cantik , sangat cantik. Baju kebaya putih manik bertaburan di bahagian tangan, si Noah yang pilih. Mula-mula risau jugak bagi dia pilih baju pengantin untuk aku tapi no bad cita rasa dia. Simple but nice.

"Yelah, aku ni mana lah cantik. Mana boleh lawan kecantikan kau." perlahan nada aku. Tak ambik hati pun. Cuma saja nak buat Alisa serba-salah.

"Ehhh wehh kau jangan ambik hati pulak aku cakap tadi. Sejak bila Bella kita ni cepat sentap. Aku gurau jee. Kau memang cantik gilerr wehh, berseri-seri. Kalau bakal suami kau tenggok tidok kee ternganga dia nanti." cepat-cepat Alisa betulkan ayat.

Aku tergelak kecil. Tahu pun takut. Suka pulak tengok versi Alisa gemuruh ni.

" Takk lah aku tak ambik hati pun. Ni kau dah makan belum.?"

"Belum. Lepas akad nikah kau nanti aku pergi makan."

Aku angguk.

"Tak sangka kan, kau dah nak kahwin. Tinggal lah aku sorang diri kat rumah sewa tu. Tiada penemann. Makan sorang pergi kerja pun sorang. Semua benda lah buat sorang diri." ujar Alisa sambil menayang muka sendu.

"Alaaa kau ni kau pergi lah cari roommate baru. Kau pergi tanya budak-budak kat office kiter, mana tahu dia nak ke."

"Daripada aku cari roommate baru lebih baik aku duduk sendiri. Tak sanggup aku berkongsi dengan budak pengkotor ke atau pemalas. Ewwww not way!" bangkang Alisa. Ni mesti kes trauma dia dulu.

Sebelum ni rumah kami ada sorang perempuan yang menyewa jugak. Tapi dia punya pemalas nauzubillah. Semua kerja aku dengan Alisa buat. Dia goyang kaki je, makan kami dah idang kan tapi si dia pulak makan terus letak. Macam kami bibik pulak. Pemalas mungkin lah okay lagi. Tapi bab pengotor ni memang tak okay. Nak cerita pun rasa geli.

Dua bulan kami sabar. Dan akhinya kami ambik keputusan halau dia dengan cara baik. Tapi belum kami nak halau dia sendiri yang angkat kaki dulu. Dengan kata dia kena tukar kerja. Jadi kesimpulannya lebih baik duduk berdua sahaja ataupun sendiri.

Memang kalau sewa seorang diri atau berdua agak mahal sikit koss nak bayar sewanya. Tapi sanggup ke duduk satu rumah dengan manusia yang pemalas pastu pengotor pulak. Err kalau aku hidup mati balik tak sanggup.

"Bergini lahh senang kau kahwin cepat-cepat. Ada jugak orang jaga kau nanti."

"In sya Allah soon. Kalau aku kahwin nanti kau yang first aku bagi card kahwin."

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik diketuk. Muncul seseorang di muka pintu. Ibu aku.

"Bella dah siap belum? Pengantin lelaki dah sampai, jom turun." ujar Puan Kalsum seraya menghadiahkan senyuman.

"Dah ibu." Tangan lembut Puan Kalsum aku genggam. Sekarang syurga aku bukan lagi Puan Kalsum tapi Noah Hykal.

Kami beriringan keluar dari bilik aku. Ya Allah semoga pilihan yang aku buat ni adalah tepat. Semoga Noah Hykal adalah jadoh aku luth mahfuz.






8 | 1 | 22🦋

CO|MAWAR✅Where stories live. Discover now