BAB 6

1K 80 0
                                    

Pagi itu, selepas kelas, aku terus pergi ke rumah keluarga Ika. Aku menolong Auntie Yunie menyiapkan persiapan sambutan hari jadi untuk Aydan Qays.

Ketika itu, Aydan Qays tiada di rumah, jadi kami ambil keputusan untuk memberi kejutan kepadanya.  Sedang sibuk kami potong buah, tiba-tiba Idin datang ke dapur sambil menjerit.

"Dia dah balik! Dia dah balik!" mendengarkan itu, kami kelam kabut jadinya. Auntie Yunie cepat-cepat mengarah kami ke muka pintu rumah.  Kami terus ke muka pintu menunggu Aydan Qays masuk ke dalam rumah.

"Weyh may! Kau rakam tau!" kata Ika dengan teruja.

"Yee!" aku sudah pun siap memegang telefon iphone milik Ika. Aydan Qays masuk ke rumah dengan selamba.

"Suprise!!!!!"  Terkejut beruk terus muka Aydan Qays apabila sebaik sahaja dia membuka pintu, kami menjerit ke telinga nya.  Aku yang merakam sudah terbahak-bahak ketawakan rupa terkejut Aydan Qays.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Abang Chik!Happy birthday to you. Yeahhh!" Aku nampak Aydan Qays teruja dengan muka ditekup kedua mukanya. Badannya terlentok-lentok menahan rasa malu. Aku tergelak besar.  Alamak cute pula mamat ni buat macam tu!

"Ahh sudah. Kau jangan mengada Bang Chik. Tak nampak ke Maysa ade tu?" usik Idin.  Aydan Qays terkejut melihat wajahku. Mukanya merah. Malu lah tu.

"Kau pun ada?" Aku hanya tersengih merakam wajahnya. Kelakar gile muka dia yang terkejut.

"Cepat la bang Chik!! Tiup!!" Aydan Qays menarik senyum lantas meniup lilin. Dia melompat macam monyet akibat rasa teruja. Aku hanya ketawa melihat reaksinya.

"Kau ni bang Chik. Perangai tak ubah. Asal sambut birthday je terkinja-kinja macam monyet." Kutuk Auntie Yuni sambil ketawa besar.

"Eee papa! Tengok mama ni!" Papa Ika hanya ketawa. Selepas itu, kami mula menjamu selera. Aku paling teruja sebab aku dah lapar gilerr!




***********





Aku baring meniarap memandang video tersebut. Entah kenapa aku suka melihat video Aydan Qays menekup mukanya dengan keadaan malu. Cute!

Tapi malu lah juga, dengar suara aku lebih ketawa kan dia. Ah aku peduli apa.

"Oii. Kau tengok apa?" Sergah ika tiba-tiba. Aku terkejut lantas aku menutup telefon. Aku  tersengih.

"Kau sorok apa haa?" Ika memandang aku dengan tajam.

"Takde apa la! Eh kau dah bagi hadiah kat abang Chik ke?" Aku tukar topik. Ika senyum.

"Dah hehe."

"Dia dah bukak ke?" Aku teruja. Macam mana la ek rupa Aydan Qays bila buka hadiah tu hahahaha!

"Tak tahu la. Jom pergi tengok." Kami terus ke bilik Aydan Qays. Ika terus membuka pintu bilik itu. Kelihatan Aydan Qays bersama abang nya sedang membuka hadiah. Mata aku membesar apabila melihat banyak hadiah di atas katil nya.

"Haa, tak ajak eak bukak hadiah!" Ika duduk di hadapan Aydan Qays. Aku hanya berdiri.

"Kau ni adik! Perangai tak berubah, buatnya abang Chik kau ni tengah pakai boxer menjerit pula kau karang. Tak pasal Maysa trauma nanti !" Bebel Alan. Aku tersipu-sipu. Ika pula hanya tayang wajah tak kisah.

"Kenapa tak buka hadiah sama dengan auntie, uncle?" Pelik. Banyak jugak hadiah yang mamat ni dapat. Semua daripada adik beradik dan ibu ayah dia. Ada juga dapat daripada entah sesiapa, macam artis pula dapat banyak hadiah!

"Hahahaha kitorang memang macam ni Maysa. Hadiah kitorang bukak sendiri dalam bilik." kata Idin pula.

"Korang kacau pula, dalam bilik aku ni pahal??" Marah Aydan Qays. Aku memandang sekeliling ruang biliknya. Hmm not bad,  cantik jugak bilik mamat ni. Besar.

"Hei-hei! Jangan dok tengok bilik aku ni. Jangan berangan nak tidur dengan aku dekat bilik ni." kata Aydan Qays dengan sombong. Mataku terbeliak. Ya Allah aku tengok je. Apahal la mamat ni terperasan lebih. Tak hingin aku tidur dengan kau!

"Eee perasan gile Abang Chik ni. Maysa pon taknak. Kan Maysa?" Ejek Alan pula. Aku hanya ketawa. Aydan Qays pula mencebik. Aku melihat tangan Aydan Qays memegang hadiah dari aku. Bulat terus mata aku.

"Haa, aku nak buka ni dulu la. Hadiah dari siapa ni?"  Aydan Qays membelek belek bungkusan itu.  Muka aku dah pucat. Dalam banyak-banyak hadiah, asal nak buka aku punya dulu?

"Eeyy aku gerak dulu." Aku minta diri. Ika dah tersengih.

"Pergilah. Aku dah rakam ni." Aku hanya mengangguk lalu berlalu. Nasib baik Ika faham.

"Dari Maysa??" Kuat suara Aydan Qays menyebut nama aku. Aku terus mencicit masuk dalam bilik Ika!

"Dari Maysa?? Apa debab tu bagi? Eh asal dia pergi?" Bebel Aydan Qays. Matanya terkebil-kebil melihat aku lari daripada situ.

"Cepat la bukak!" Kata Eidil, tak sabar. Sebaik sahaja Aydan Qays membuka balutan hadiah tersebut, dia terkelu.

"Suprise!!!" Jerit Ika dengan teruja. Aydan Qays mengangkat hadiah tersebut.

"What?? Srs lah??" Eidil ketawa besar melihat hadiah tersebut.

"Ni kitorang kongsi-kongsi tau! Cantik takk?" Ika tersengih sengih.

"Perghhh bintang-bintang!" Eidil ketawa lagi bersama dua abangnya. Muka Aydan Qays mencebik.

"Tak best ahh! Bagi boxer??" ujar Aydan Qays dengan muka bengang. Malu la, perempuan bagi hadiah boxer!

"Eh, appricate lah sikit! Penat kitorang pilih tau. Kongsi duit lagi." Ika menjengilkan matanya.

"Yala terima kasih adekku sayang..and si debab!" Kata Aydan Qays lalu meletakkan hadiah tersebut di tepi pehanya.

"Ee debab debab! Nama dia Maysa!" Marah Ika.

"Kesah!" Aydan Qays menjelirkan lidahnya.

Aku mengetap bibirku melihat video itu. Eeee tak habis panggil aku debab! Siap la nanti aku kurus, aku buat-buat tak kenal kau. Ika di sebelah aku sudah mengekek.

"Kelakar la abang Chik!" kata Ika sambil sambung gelak. Aku buat muka menyampah. Aku menutup telefonku. Taknak tengok video tu lagi. Tekak ku rasa haus.

"Aku hausla.. nak air tak? Aku ambil kan." Pelawa aku, lantas bangun daripada katil tersebut.

"Boleh jugak. Thankyou May." Aku hanya senyum, lantas aku keluar daripada bilik Ika. Aku terus melangkah ke dapur.

"Ehem." Sedang aku menikmati  minuman sejuk masuk ke kerongkong ku, terdengar suara makhluk Allah berdehem. Gugur jantung aku.

"Opocot! Iskk abg Chik! Terkejut saya!" aku menjeling kepadanya. Suka sangat terkejutkan orang!

"Hmm.. buatkan aku air. Jangan buat air milo garam pula!" perli Aydan Qays lantas duduk di kerusi.

Glup! Aduh dia ingatlah pula. Aku ingatkan dia dah lupakan dah.

"Saja aku tak bangkitkan isu ni. Hahaha." Aku hanya mencebik.

"Btw, thanks debab bagi aku hadiah. Boxer. Nice gift." katanya dengan lirik muka nakalnya. Muka aku mula panas.

"Iskk jangan panggil saya debab lah!"

"Kenapa? Biarla. Aku suka..." katanya sambil mengenyitkan matanya. Dadaku berdegup kencang bila dia kenyitkan matanya pada aku. Tolonglah. Aku ni tak boleh kalau lelaki hensem kenyit mata kat aku. Aku tergolek cair.

"Kau ni... aku sorang je panggil kau debab, maknanya apa??" Tanya Aydan Qays dengan lembut sambil menopang wajahnya. Aku memandang wajahnya. Dia ingat dia comel ke buat muka macam tu. Rasa nak pijak.

"Cepat lah, apa maknanya." Tanya Aydan Qays lagi sambil tersenyum pandang aku. Aku mula berdebar. Dia terus tenung aku. Apa makna ea? Makna dia suka aku?

"Lambat lah kau ni. Maknanya kau memang debab. Tengok la diri kau tu! Tapi.. walaupun kau debab... kau tetap comel dan cantik dekat mata aku... " puji Aydan Qays sambil mengenyitkan matanya lagi lalu berlalu dari dapur itu.

Aku? macam nak terkeluar jantung aku! Asal sweet sangat doo? Buang tebiat. Mentang mentang dah dapat boxer dari aku, merepek pula mamat ni! Aku melihat milo di hadapanku.

"Iskk tak masal aku yang kena habiskan milo ni! Gitu je pergi ? Iskk!"

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now