Bab 19

1K 82 1
                                    

"Omg beb, apasal badan kau susut doh??" tanya Ika dengan riak terkejut.

"Bang chik tak bagi kau makan ke apa?" aku hanya tersenyum.

"Mana adalah.." aku menopang dagu.

"Kau susut sebab kau rindukan dia ea?" usik Ika. Aku diam.

"Dia.. takde call aku pun. Aku rindu la.."

"Patutlah kurus! Sabar lah Maysa.. dia busy tu. Bang chik memang macam tu. Kalau dia bermain 90 minit atas padanv tu, memang kita call dia pun, dia tak berjawab." aku hanya mengangguk lemah.

"Kau punya rindu tu kan, sampai kurus!"

"Takpelah, lelaki kan suka perempuan kurus." aku tersengih. Ika hanya mencebik.

"Sukahati kau la Maysa.. tapi kau chubby lagi cun."

"Abistu sekarang tak cun?"

"Lagi cun, Maysa." kami ketawa bersama.





*****





Sebulan berlalu..

"Maysa?? Maysa??" aku yang sedang membaca buku, bergegas turun ke bawah. Aydan Qays dah balik!

Terubat rindu aku melihat tubuhnya. Sebenarnya rindu aku sudah terubat apabila melihat dia bermain di atas padang hari tu.

"Abang?" wajah Aydan Qays seakan terkejut melihat penampilan aku.

"Kau siapa?" membulat mata aku apabila dia bertanya sebegitu.

"Saya Maysa la! abang kenapa?" Aydan Qays menuju ke arah aku lalu memegang bahu ku.

"Ya Allah Maysa! Kenapa badan awak susut??"

"Saya diet!" mendengarkan itu wajah Aydan Qays berubah merah.

"Kan saya pernah cakap dekat awak, jangan kurus! Saya tak suka awak kurus!" ujar Aydan Qays dengan muka yang merah-merah. Aik, macam marah je?

"Kenapa pulak?" Aydan Qays memejamkan matanya seraya meraup wajahnya.

"Awak tahu tak, saya suka body awak yang dulu. Sebab saya suka peluk awak. Dan sekarag kenapa peha dengan lengan awak kering??" spontan aku melihat peha dan lengan aku. Biasa je.

"Saya dah la kering. Nak peluk diri sendiri pun rasa tulang je. "

Aku pandang tubuhnya. Takde la kering. Sado je aku tengok. Sembang je mamat ni.

"Awak pun sama ke nak kering?? Saya peluk awak tapi rasa tulang??" ujar Aydan Qays. Wajahnya tampak kecewa seakan tidak dapat terima kenyataan.

"Erk abang..." aku cuba memegang lengannya tetapi ditepis oleh dia. Dengan wajah yang tegang, Aydan Qays berlalu meninggalkan aku.

"Aduh, dia tak suka aku kurus ke? Bukan lelaki suka dengan perempuan kurus ke?" aku mengaru kepala yang tidak gatal.


******



Aku menghampiri Aydan Qays yang sedang termenung di beranda.

"Abang.." panggilan tersebut tidak disahut oleh Aydan Qays. Aku mengaru kepala aku. Aduh, aku dah la rindu dia, dia jadi macam ni pula.

Dengan perlahan, aku memeluk belakang tubuhnya. Tetapi lelaki itu sengaja mengeraskan tubuhnya. Lagi erat aku memeluk tubuh dia.

"Abang ni kenapa?"

"Saya merajuk dengan awak, Maysa. Saya tak suka awak kurus, Maysa." ujarnya dengan nada mendatar.

"Aik bukan ke lelaki sukakan pompuan kurus?"

"Itu lelaki lain, bukan saya."

Aku mengeluh.

"Abang, saya minta maaf. Saya jadi macam ni, sebab saya rindukan awak." aku berterus terang. Jujur aku cakap, aku tak makan, tak minum sebab aku rindukan dia. Rasa sunyi bila dia takde. Tapi kadang-kadang aku bersenam juga. Sebab tu, aku boleh turunkan berat badan aku 8kg banyaknya. Parah betul hidup aku. Padahal suami aku hidup lagi. Bukan mati pun.

"Sebulan kot awak pergi. Call pun tak.." terdengar hela nafas Aydan Qays. Dia memegang kedua belah tangan aku. Kepala aku yang bertenggek di bahunya, diusap.

"Saya mintak maaf juga, saya busy dengan training. Bukan saya tak nak call.. Saya pun rindukan awak.." ujarnya membuatkan aku tersenyum lebar. Aku ingat aku sorang je rindukan dia. Rupanya dia pun rindukan aku. Auchh.

"Abang sayang saya tak?" entah kenapa aku menanya sebegitu padanya. Mungkin selama ni layan aku dengan begitu baik walaupun sesekali anoyying dia tu datang.

"Ofcourse la saya sayang awak." ujar Aydan Qays dengan lembut. Aku tersenyum gembira. Dan ini membuatkan aku mahu tahu perasaan cintanya pada aku.

"Cinta?" Aydan Qays terdiam. Aku menunggu dengan sabar. Setelah itu dia meleraikan tangan aku yang memeluknya.

"Jom , kita tidur." seraya itu dia menarik tangan aku ke katil. Aku hanya mengeluh kecewa.








*******







Aydan Qays menarik tangan aku, dan aku terpaksa mengikut langkah panjang nya itu.

"Ee, abang! Kenapa abang tarik tangan May ni?" aku baru nak tarik coklat cadbury, tiba-tiba dia tarik tangan aku.

Tiba-tiba Aydan Qays menghentakkan kakinya berulang kali. Macam budak kecil. Aku terkejut dengan perangainya itu.

"Awak tak nampak ke, ada lelaki asyik pandang awak je? Ni dari tadi, telinga saya ni tak habis dengan lelaki duk puji awak! Diorang kata, awak makin kurus, makin cantik. Ahh i hate this!" dia merengus geram. Aku terkulat-kulat.

"Ala biarlah bang. Diorang ada mata dengan mulut. Biarlah..." aku memujuknya.

"Saya tak suka isteri saya dipuji oleh lelaki lain! Sebab tu saya taknak awak kurus." aku menjulingkan mata.

"Awak suka saya gemuk?"

"Yes, sebab takde mata lelaki gatal tengok tubuh awak tu! Awak gemuk gedempol pun takpe. Sebab saya suka." ujarnya lagi sambil tersenyum gatal.

Okey, ni dah macam melawan hukum alam ni. Hahaha.

"Dah, jom lah balik. And ya, awak kena besarkan balik badan awak tu. Saya tak nak peluk tulang okey. Dan awak tak dibenarkan keluar rumah selagi awak tak besar macam dulu!" pesannya lalu berlalu daripada situ.

Aku terkejut. Aydan Qays memang gila! Disaat suami orang lain suka membawa isteri kurus keluar, Aydan Qays pula suka bawa isteri gemuk macam aku. Dia tak malu ke weyy? Pelik la mamat ni!

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now