BAB 12

1K 77 3
                                    

"May, jom pergi gym." mata aku membesar apabila Ika mengajak aku pergi gym.

"Ish taknaklah Ika. Kau kan tahu aku malu nak main gym." Ika memandang aku sambil tersengih.

"Bukan kita nak main gym. Aku nak jumpa bang chik jap. Dia selalu pergi gym buat badan dia tu."

Aku tersengih. Malu pula salah cakap.

"Ouhh haha okey..." aduh dia ajak pergi jumpa Aydan Qays pula. Dah la aku tengah tak baik dengan dia.

Ika memandang aku sambil tersengih. "Kau fikir apa? Ha kau fikir pasal gambar bang chik yang dah viral tu ea?" pucat terus muka aku. Ika ketawa mengekek.

"Padan muka bang chik. Haha. dia okey la May. Dah la, jom kita pergi tempat dia main gym selalu." ujar Ika. Aku hanya mengangguk akur.


*****


"Ni ke tempat gym abang chik?" tanya aku seraya mataku mencari tubuh Aydan Qays.

"Yela kot. First time aku datang ni..." Kami memandang sekeliling. Tiba-tiba seseorang menegur kami. Lelaki itu berbadan tegap sambil tersenyum kepada kami. Seraya itu aku menelan air liurku.

"Ye, cik adik.. nak register dekat tempat kami ke?" mata aku membesar melihat lelaki itu. Aku menoleh ke arah Ika. Ika pandang aku. Selepas itu kami pandang lelaki itu balik. Wajah lelaki itu tampak hairan, tetapi dia tetap tersenyum manis. Hampir kami jatuh terjelepok, melihat wajah manis lelaki itu.

Apa taknya, lelaki di hadapan kami ni, hensem nak mati. Dah la badan tegap. Memang menarik betul.

"Bryan... eh apahal korang kat sini?" tiba-tiba terdengar suara Aydan Qays. Tetapi kami tidak hiraukan dia. Kami terus menatap wajah lelaki di hadapan kami dengan penuh minat. Lelaki di hadapan kami itu hanya ketawa kecil.

Aku tersentak apabila tubuhku ditolak kasar oleh Aydan Qays. Mata aku terus mencerlung ke arah Aydan Qays. Dia membalas dengan menjengilkan matanya pada kami.

"Mata tu, mata tu! Ishh kau Ika, kau pun sama je! Aku bagitahu Maliq!" ujar Aydan Qays dengan wajah tidak puas hati.

"Apa kau ni?...Btw ni siapa?" Tanya Ika dengan senyuman miang. Dia mula gedik. Aydan Qays merengus.

"Dia ni Bryan, coach gym ni. Gym ni dia punya lah. Kau ni Bryan, apahal la pakai baju macam ni?" marah Aydan Qays sambil pandang aku. Eh, asal pandang aku macam muka tak puas hati je?

"Eh, dah pakaian aku macam ni kan?" tawa aku terus meletus mendengar jawapan Bryan. Aydan Qays merengus apabila aku ketawakannya.

"Btw, ni adik kau ke Qays? ni pula, adik kau jugak ke?"

"Hmm." Aydan Qays iyakan aja sebabb malas nak layan. Ika menghulurkan tangannya, dan tangannya disambut.

"Saya, Ika." Bryan tersenyum manis.

"Hai, Ika." selepas itu Bryan pandang aku pula.

"Awak pula, siapa nama?"

"Saya, Maysa." aku tersengih-sengih. Mata aku terpandang Aydan Qays, tapi dia hanya menjeling tajam. Eh apa kes??

"Cantik adik kau Qays. Maysa pun cantik." Bryan pandang aku sambil kenyit mata. Aku tersipu sipu.

"Dah, jangan nak gedik-gedik kat sini! Korang kenapa datang sini?"



*****




Aydan Qays pov.

Aku menghampiri Ika dan Maysa yang kelihatan sibuk dengan telefon bimbit di tangan Ika. Sesekali mereka ketawa mengekek. Aku mengerutkan dahi aku. Lantas aku menghampiri mereka. Membulat mata aku melihat apa yang mereka tengok di telefon itu. Maysa ketawa gedik. Sama naik dengan Ika! Aku bercekak pinggang.

"Apa yang korang tengok ni?? Tak malu ea??" sembur aku. Mereka tersentak. Aku tersenyum sinis melihat wajah bengang mereka.

"Sibuk la bang chik ni. Tengok ni Maysa. Tough nya badan Bryan. Hmm." puji Ika. Aydan Qays menjeling tajam.

"Hei tak malu! Aku bagitahu Maliq!" ugut Aydan Qays. Ika hanya menjelirkan lidahnya.

"Bagitahu la!" ujar Ika dengan berani. lalu mereka berdua ketawa. Aku merengus geram. Kenapa Maysa suka tengok badan Bryan? Apa aku tak sado macam Bryan ke??

Aku angkat bisep ku. Hm besar je bisep aku ni. Body aku tak lawa ke sampai dia kena tengok body Bryan? Huh!

End pov Aydan Qays






*****





Setelah puas kami melihat gambar-gambar Bryan, kami berjalan ke arah tangga untuk masuk bilik. Mata dah mengantuk. Ketika kami berjalan ke bilik, tiba-tiba tekak Ika rasa haus.

"Weyh, aku nak minum air jap. Haus la pula." ujar Ika.

"Okey, aku masuk dululah." langkah aku terus ke pintu bilik Ika.

"Taknak minum jugak ke? Selalu kau kan terpaling haus." ujar Ika sambil tergelak kecil. Aku hanya menjeling manja.

"Saja perli kan. Taklah, aku dah minum tadi."

"Iyalah." aku hanya mengelengkan kepala aku setelah bayang Ika hilang, aku ke pintu bilik Ika.

Baru sahaja aku nak pulas tombol pintu bilik, terdengar deheman seseorang. Lantas kepala aku ditoleh.

Kelihatan Aydan Qays sedang berpeluk tubuh di hadapan aku. Aku menelan air liur.

"Kenapa?" tanya aku. Aydan Qays hanya diam. Dia berjalan ke arah aku, spontan aku mengundurkan tubuh aku ke belakang. Dia terus berjalan ke arah aku sehingga tubuh aku ke pintu bilik.

"Asal abang Qays ni?" aku jengilkan mata padanya. Aydan Qays memandang aku dengan tajam. Tiba-tiba dia berhenti di hadapan aku. Tangan kirinya dilekap ke dinding. Tangan kanannya pula dikocek seluarnya.

"Abang jangan mengada. Ika nampak kang!" dada aku berdebar sambil mata aku meliar mencari kelibat orang di dalam rumah itu.

Aydan Qays senyum senget. "Kenapa? Takut?" ujarnya.

"Apa abang ni?" aku memalingkan wajahku daripada memandang wajahnya.

"Kenapa taknak pandang aku? Asal? Suka sangat pandang body Bryan tu?" ujarnya dengan suara seakan marah. Aku terkulat-kulat. Eh, jeles ke?

"Kenapa? Abang jeles ke?"

"Huh!" kedua tangan nya diseluk ke kocek seluarnya.

"Sorry sikit aku nak jeles! Ni, aku nak kau delete gambar aku yang kau dah viralkan tu!" dia menunding jarinya ke hidung ku dengan wajahnya didekat dengan wajahku.

"Kau ni memang degil kan?" kami berlawan mata.

"Taknak, saya taknak delete. Siapa suruh bagi kat saya." ujar aku dengan senyuman sinis. Aydan Qays mengetap bibirnya.

"Budak ni...." tiba-tiba terdengar bunyi derapan kaki seseorang. Ika la tu!

"Pergi sana lah!" halau aku, setelah itu aku masuk ke bilik meninggalkan lelaki itu.

Wahai Aydan Qays, tidak akan aku padam gambar itu haha.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now