BAB 9

962 74 0
                                    

Aydan Qays p.o.v

Aku merebahkan badanku di katil dengan kasar. Aku memejamkan mataku. Tak semena aku ternampak imej Maysa berbaju haram tu.

"Arghh! Apasal aku teringatkan pasal tu? Istighfar Qays!" Aku tepuk pipiku. Perit. Salah aku juga masuk bilik Ika tanpa ketuk pintu bilik, tak pasal aku nampak Maysa berbaju seksi.

Aku teringatkan dia cakap aku gila seks. Sejujurnya aku terasa. Kalau aku gila seks, dah lama aku apa apakan dia. Eee mulut kau Maysa. Geram betul aku. Aku menoleh ke telefonku apabila ia berbunyi. Serra.

"Hello Serra."

"Hai sayang. Buat apa tu?" Aku senyum hambar.

"Tak buat apa."

"Hm i rindu you.." Aku menghela nafasku.

"Tapi i tak rindu you." Kata aku selamba. Aku tak tipu. Tak masal nak rindu ex.

"Sayang.. dah tak ade ke peluang kedua i, pada you?" Tanya Serra dengan sayu. Aku senyum sinis.

"I terima you jadi kawan i je Serra. You jangan berharap lebih. Walaupun i dah maafkan you, i takkan pernah lupa apa you dah buat pada i. Oke la i nak tidur, esok ada training lagi. Assalammualaikum." Aku terus mematikan talian. Malas nak layan perempuan tu lagi.

end Aydan Qays p.o.v




********





Pagi itu, aku bangun awal untuk membantu Auntie Yunie di dapur. Aku ke dapur dan melihat Auntie Yunie sedang menyiapkan sarapan.

"Assalammualaikum auntie, masak apa tu?" Aku melihat hidangan di hadapanku. Ada nasi lemak.

"Waalaikumsalam. Aik? Awal kamu bangun? Baru pukul 8 pagi." Aku tersengih. Selalunya pukul 9 baru aku turun dengan Ika untuk sarapan. Tak malu betul duduk rumah orang tak tolong.

"Saja nak tolong auntie kat dapur. Awalnya auntie siapkan sarapan?" kata aku.

"Yelaa Along selalu bangun awal, so auntie kena siapkan awal." Beritahu Auntie Yunie. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Aku menolongnya menyusun pinggan dah cawan.

"Bagus Maysa ni, sesuai jadi menantu. " puji Auntie Yunie. Aku tersipu sipu.

"Goodmorning Mama! Eh debab! Awalnya kau bangun." Aku melihat Aydan Qays duduk di meja makan, dia berpakaian sukan. Mungkin berjoging.

"Laa kau pergi jogging ke bang Chik? Nasib baik mama dah siapkan sarapan. "

"Haah ma." Dia menyuap roti bakar di mulutnya. Aku hanya memerhatikannya. Tiba tiba dia menoleh ke arahku. Aku tersentak. Lahmak, kantoi pula dia nampak aku tengok dia. Aku melarikan mataku.

"Eh debab? Tak sarapan sekali ke? Meh la sini, temankan aku sarapan." Ajaknya. Aku mencebik.

"Takpela, saya tunggu semua turun. "

"Nak tunggu semua, memang la kau berlapar." katanya sambil menyuap nasi lemak pula. Eh baru lepas jogging makan nasi lemak? Hm, untung lah makan banyak pun still kurus.

"Haah la, sarapan la dulu Maysa." Kata Auntie Yunie pula. Kedengaran tapak kaki menuruni tangga . Aku melihat Alan dan isterinya turun. Aku lega. Boleh la aku makan dengan mereka. Taknak aku makan berdua sahaja dengan Aydan Qays.




**********




"Weyh! Tak date dengan Sir Maliq ke?" Aku duduk di sebelah Ika yang sedang melayan perasaan di tepi kolam ikan.

"Hmm tak." Aku melihat wajah Ika yang keruh. Gaduh la tu.

"Gaduh ke apa? Keruh je muka!" kataku. Tiba-tiba dia bersandar di bahuku. Aku terkejut. Ika menangis.

"Weyh kau pahal do? Sir Maliq buat apa kat kau?" Aku gelabah apabila mendengar tangisan Ika.

"Dia curang!"

"Haaa?? Kau serius?" Setahu aku Sir Maliq tu beku je memanjang. Sempat pulak, dia cari scandal ye.

"Tadi aku pergi shopping dengan mama, lepastu aku nampak dia... dia peluk dengan perempuan lain! Kau tahu tak perempuan tu siapa??" Aku mengelengkan wajahku.

"Perempuan yang aku benci! Serra!" katanya dengan muka tercemik cemik.

"Serra? Erkk, ex abang Chik tu ke?" Ika menganggukkan wajahnya.

"Aku tak sangka dia sanggup curang dengan aku... kenapa mesti perempuan tu?? Aku benci dia!" Aku diam. Aku tertanya-tanya kenapa dia benci sangat kat Serra?

"Kau serius la? Mana tahu sepupu ke?"

"Aku percaya apa yang aku nampak. Diorang mesra sangat sampai berpegangan tangan. Sakit hati aku!" Ika menangis lagi. Aku memeluk tubuhnya.

"Apa pun kau kena dengar penjelasan dia, Ika."

"Penjelasan apa May? Dengan mata kepala aku sendiri, aku nampak dia bermesra dengan perempuan tu!" Luah Ika. Muka dia nampak kecewa sangat. Aku menenangkan dia. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta di luar rumah.

"Eh, siapa?" Aku bangun lalu menghampiri pagar rumah.

"Siapa tu?" Tiba-tiba suara Aydan Qays dibelakang aku. Aku terus menuju ke pagar rumah tersebut. Aku terkejut melihat Sir Maliq di luar pagar itu.

"Eh Sir? Buat apa kat sini? Bang Chik, buka la pagar ni." Sebaik sahaja Aydan Qays mahu buka pagar, tiba-tiba Ika menjerit.

"Jangan buka!" Kami terkejut. Muka Ika merah-merah menahan marah. Iskk, marah betul Ika dekat Sir Maliq.

"Asal ni dik? Pakwe kau kan?" tanya Aydan Qays dengan muka dikerutkan.

"Sayang? Kenapa ni taknak jumpa abang?" kata Sir Maliq pula. Aku dan Aydan Qays berpandangan lepastu kami berdehem. Tak tahu kenapa.

"Apa sayang-sayang? Pergi matilah dengan sayang awak!" Sembur Ika. Aku nampak Auntie Yunie dan yang lain menghampiri Ika dengan muka tanda tanya.

"Adik? Kenapa ni cakap orang macam tu?" bebel Auntie Yunie.

"Suruh dia balik! Adik taknak jumpa dia!" kata Ika lalu dia masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga.

"Kau buat apa dekat adik aku ni?" tanya Aydan Qays dengan mendatar. Wajahnya berubah dingin.

"Aku tak tahu apa salah aku. Aku datang sini nak jumpa dia sebab dia tak angkat call aku, alih-alih aku kena maki dengan dia." Luah Sir Maliq. Mukanya nampak keruh. Mungkin kecewa dengan sikap Ika yang tiba-tiba berubah.

"Sir? Are you sure, Sir tak buat salah kat Ika?" tanya aku. Sir Maliq memandang aku dengan wajah berkerut.

"Awak Maysa right? Mesti awak tahu kenapa Ika macam tu." Aku mencebik.

"Sir ingatla balik salah apa Sir pada Ika. " kata aku sambil menjeling tajam padanya.

"Maysa.." Aku memandang Aydan Qays. Maysa? Setahu aku dia panggil aku debab. Aku terus berlalu meninggalkan mereka.

"Maysa? Kenapa dengan Ika?" tanya Eidil. Aku hanya mengeleng tak tahu lalu aku masuk ke dalam rumah.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now