[31] HEP (SPECIAL PART) 🤍

206 7 0
                                    

"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞

"Farhan Aakif , Aishaa Farina hati hati ! Jangan lari dekat situ , lantai tu licin" teriak Aileen apabila melihat kedua anaknya berlari ke arah kolam mandi.

"Morning ibu, apa pagi pagi dah bising ni. Kacau betul abang nak tidur" bebel Razif kepada Aileen.

"Sorry abang. Ibu tak sengaja ganggu abang tidur. Tengoklah adik-adik tu tak sabar nak mandi pool berlari-lari risau ibu kalau tergelincir ke apa" ujar Aileen meminta maaf pada anak terunanya itu.

"It's okay ibu. Sedapnya bau, ibu masak apa tu ? Waled mana bu ?"

"Ibu masak nasi goreng tomyam favorite anak ibu ni. Waled dekat atas kot, cuba abang tolong ibu panggilkan waled tu suruh turun makan & tengokkan adik-adik"

"Baik bos ! Arahan diterima" ucap Razif seperti komander.

Ada-ada sajalah anak teruna aku seorang ni. Alhamdulilah hidup aku lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata bersama Furqan. Bukan seorang, tapi dua sekali tau. Ikut genetik Furqan la ni ada kembar. Tapi kembar kami special, kembar sepasang tau.

"Sayanggg, mengelamun apa tu ?" Tegur Furqan

Tersentak aku dari lamunan. Tunggu suami kesayangan lama sangat, sempat lagi kita mengelamun.

"You lambat sangat, sempat lagi i mengelamun" aduku lalu menjeling Furqan.

"Amboi jeling i ye ? Nak kena ni" ujar Furqan lalu menggeletek pinggangku.

"Ibu, Waled sudahlah tu bercinta dekat dapur, kami lapar ni" Razif datang menyakat kami didapur.

"Waled ni ha Razif, kacau ibu. Kesian anak ibu lapar. Razif tolong ibu bawa nasi ni ke sana, kita makan tepi pool nak ?"

"Okay ibu" jawab Razif lalu mengambik semangkuk nasi dan bawa keluar.

"Waled pula tolong bawa pinggan ni semua okay. Nanti ibu datang bawa air." Arahku kepada Furqan.

"Aip aip captain" ucap Furqan mengusik.

Haih ada-ada sajalah dua beranak ni. Aku membancuh kopi dan hot chocolate lalu dibawa ke meja diluar. Setiap pagi aku harus membancuh dua jenis air kerana Furqan gemar minum kopi diwaktu pagi manakala Razif pula lebih sukakan hot chocolate.

Kami bersarapan pagi diluar rumah sambil memerhatikan kembar bermain air kolam. Rutin setiap pagi bila cuti untuk si kembar adalah bermandi manda di kolam, kalau pada hari biasa mereka tidak dapat bermain kerana aku dan Furqan masih bekerja. Sementara kami makan bersama Furqan membuka topik perbualan. Ada sesuatu yang perlu dia jelaskan pada Razif. Razif sudah besar dan perlu mengetahui perkara ini.

"Razif sekarang umur berapa dah?" Soal Furqan memulakan perbualan. Bukan dia lupa umur Razif tetapi saja dia bermukadimah.

"Abang dah 11 tahun. Kenapa waled ?" Jawab Razif.

"Razif perasan tak kenapa nama Muhammad Razif Farith bin Muhammad Rayqal ? Kenapa nama Razif bukan bin Furqan Al-Rad, nama waled ?" Soal Furqan.

"Haahlah waled. Kenapa ye ?"

"Waled nak bagitahu sebab Razif dah besar. Razif kena tahu tentang perkara ni, tentang asal usul Razif"

Hai Encik Pemalu !Donde viven las historias. Descúbrelo ahora