chapter 2 | paksa |✔️

514 34 0
                                    

Kereta berhenti dihadapan restoran Kylley dikatakan restoran ini popular dengan kecantikan reka bentuk yang unik. Aku menolak pintu restoran itu perlahan dan mula melangkah masuk, mata memandang disetiap meja maklumlah mana aku kenal lelaki yang mama cakap tempoh hari. Terlihat seseorang melambai-lambai tangan kearah aku. Langkah dibuka menuju ke meja tersebut.

"Cik Kayyisah?"tekanya. Aku hanya anggukkan kepala. Muka dingin dipamerkan. Aku melabuhkan punggung apabila lelaki dihadapan aku mengajak untuk duduk tidak lupa beg kerja, laptop ditinggalkan dalam kereta. Kertas kerja semua ada dalam beg yang aku pegangan, boleh tahan besar juga.

" Itu beg apa? "Soalnya.

"Kerja, "balas aku dingin. Bagi penampilan lelaki dihadapan aku ini seperti kerja office kemeja blue black bersama seluar slack hitam ketat. Ini yang aku pantang bukan perempuan sahaja suka pakai pakaian ketat lelaki pun sama tapi tidak semua hanya sesetengah sahaja. Aku memandangnya dari atas sampai bawah penampilan lelaki dihadapan aku kini. Gelang yang dipakai ditangan kiri dan benda yang paling aku pantang vape diatas meja. Vape itu semestinya milik dia tidak mungkin orang lain yang punya. Aku menarik senyum sinis.

"Okey, kita straight to the point. Kenapa awak hantar rombongan meminang itu?"Soal aku dingin sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Because I like you, " jawabnya bersahaja.

"But I don't know you! Datang dari mana lepas itu hantar rombongan meminang ,"balas aku geram. Aku memang sensitif dengan lelaki yang aku tak kenal. Aku menarik nafas perlahan untuk menenangkan diri.

"What is your name? "Soal aku tanpa nada.

"Hakimi boleh panggil abang Kimi, " Balasnya gatal. Wow meremang aku.

"What the..," Balas aku perlahan hanya aku yang dapat mendengar.

"Encik Kimi macam inilah ya, saya tak nak kawin dengan awak, " Keputusan muktamad aku. Memang aku tak mahu.

"But why!? "Balasnya dengan suara sedikit meninggi.

"One you smoked, two you wear a bracelet encik kimi tahukan dalam Islam lelaki tidak dibenarkan memakai gelang. And last I don't know you, "balas aku tegas. Encik Hakimi memandang aku tidak percaya.

"Tapi kita boleh kenal-kenal dulu, "

"Maaf saya tak nak dan tak minat, " Memang aku bantah habis-habisan. Aku bukan memilih tapi ini untuk kebaikan aku juga kalau salah pilih pemimpin keluarga ..percuma , sengsara hidup jadinya.

"Saya bagi hantaran 10 ribu, " Perlawanya. Aku tersenyum sinis.

"Maaf saya bukan mata duitan, " Balas aku. Dia ingat aku boleh dibeli!

"Saya minta maaf saya kena pergi, saya ada kerja, " Balas aku kemudian berdiri ingin keluar tapi tergendala apabila tangan aku dipegang Hakimi.

"Encik lepaskan!"

"Tak! Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak terima rombogan tu! "Jerkahnya keras. Suasana restoran yang bising kini senyap apabila mendengar suara Hakimi yang semakin kuat.

"Lepaslah!"ronta aku. Tangan yang digenggam Hakimi semakin kuat sampai dapat lihat kemerahan dibahagian pergelangan tangan aku.

"Lepas, apa ni! Saya boleh saman awak kalau awak masih berkeras!" Jerit aku. Tiba-tiba ada seseorang lelaki datang memakai hoddie hitam yang menutupi kepalanya. Aku tidak dapat memandang wajah lelaki itu akibat terlindung dengan hoddie yang dipakainya.

"Apa berkeras dengan perempuan tak jentalah bro, " Kata lelaki berhoddie hitam itu dingin. Lelaki hoddie itu menepis kuat pergelangan tangan Hakimi lalu menarik aku untuk berdiri dibelakangnya. Pergelangan tangan di genggam terasa sengal di pergelangan tangan aku yang terlihat sedikit merah itu.

MR.BLACK HODDIE (C)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu