Chapter 54 TAMAT~

335 13 0
                                    

3 tahun berlalu.

Tiga tahun berlalu dengan begitu pantas kini hidup aku semakin meriah dengan kehadiran dua insan yang Allah kurniakan pada kami. Setelah peristiwa hitam itu berlaku semuanya berubah. Aisya sudahpun dibebaskan dan kini gadis itu berada di luar negara untuk menguruskan syarikat bapanya dan alhamdulillah Aisya kini sudah berhijab selepas apa yang terjadi Aisya kata itu perkara yang paling dia menyesal buat, dalam masa yang sama aku dan Farrel turut gembira atas perubahan itu. Tentang Rafael pula lelaki itu dimasukkan kedalam hospital sakit jiwa jangan risau kawalannya begitu ketat dan yang sangat mengejutkan aku adalah selama ini Farrel mencari siapa the Okura, pengedar dadah terbesar di Malaysia itu adalah Rafael dan itu tidak mengejutkan buat Farrel ia mengejutkan aku. Farrel sudah menebak terlebih dahulu siapa dalangnya.

Wais? Wais pula berjaya membina rumah tangga pada tahun lepas dan sekarang kakak ipar aku bernama Bareea Emily nama macam kacukan, ya Emily kacukan cina tapi cina muslim dan ibu dan bapanya itu berasal dari kampung Wais kata dia jumpa Emily waktu tragedi sebelum dia menghilangkan diri. Kini Emily sedang mengandung tujuh bulan, alhamdulillah bertambah keluarga kecil kami. Keysha pula menetap di UK untuk menguruskan salah satu syarikat yang diwariskan pada adik iparnya dan Keysha kini sudah bertudung juga. Cantik saja apabila dilihat. Aku menarik senyum manis apabila mengingati apa yang pernah terjadi.. memberi aku banyak pengajaran.

Aku tersedar sesuatu kini aku berada betul-betul di hadapan pintu bilik aku dan suami.

Pap

Pup

Pap

Aku menolak daun pintu dengan perlahan...

"Abiy, Feryal cayang abiy. Abiy ni handsome la," tangan kecil Feryal Qadira menepuk pipi Farrel beberapa kali. Aku tersenyum kecil. Melihat kerenah anak perempuan aku.

"Iya ke, abiy handsome?"soalan dari Farrel membuatkan kepala si kecil terangguk angguk mengiyakan soalan abiynya. Aku melangkah menghampiri katil yang di duduki mereka.

"Amboi, seronoknya duduk atas badan abiy siap main tepuk tepuk lagi," aku mengangkat Feryal Qadira turun dari bidang dada Farrel.

"Abang, ermm..esok abang cuti tak?"soal aku sambil melabuh punggung ke atas tilam katil. Muka Feryal Qadira usah di kata, mulut dah muncung macam itik. Tergelak aku lihat muka anak perempuan aku yang seorang ini.

"Kenapa sayang, sayang ada nak pergi mana-mana ke?"

Aku memandang Feryal yang memandang aku tajam." Tak ada apa-apa cuma dah lama kita tak bercuti," kepala Farrel terangguk angguk sambil mengusap kepal Feryal Qadira.

"Nanti abang chek jadual kalau abang free abang beritahu sayang okey?" Aku menundukkan kepala.

"Abang selalu busy dengan kerja tak ada pun masa dengan kami, abang pentingkan kerja saja..."

"Sayang kena faham kerja abang macam mana, sayang yang janji nak faham..." percakapannya di potong oleh aku.

"Iya, iya betul tapi kalau dah setiap hari sampai tiada cuti abang nak sayang faham macam mana lagi,"

"Betul kata mama tu, abiy terlalu busy sampai tiada masa dengan keluarga," jawab Faqih Qays merangkap anak kembar pertama kami.

"Qasy, jangan menyampuk mama dengan abiy tengah bercakap," ucap aku.

"No,what you said is right mama," Faqih Qasy bergerak menghampiri aku, tangan kecilnya menarik jari jemari aku untuk berdiri.

"Abiy kalau janji tak nak tepati baik tak payah janji," perli Faqih Qasy. Farrel memandang anak lelakinya, terbit rasa kagum dengan sikap tegas itu. Dia menaruh senyum dalam diam sebenarnya lelaki itu sudah menempah tiket untuk bercuti cuma belum maklumkan sahaja lagi kepada keluarga kecilnya ini.

MR.BLACK HODDIE (C)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon