Chapter 25 | coklat |

216 16 0
                                    

Pejam celik, pejam celik sudah genap dua minggu perkahwinan aku dengan Farrel. Kini aku menginap di rumah keluarga Farrel maklumkan baru selesai majlis bersanding belah lelaki. Penat yang teramat, semalam aku tidak henti-henti berdiri untuk menyambut tetamu bagitu juga Farrel dan kini aku mula berehat, di jari masih tersisa inai yang di celup tempoh hari. Aku tidak berapa suka inai putih sebab yang aku tahu inai putih tidak sah bila mengambil wuduk tidak dapat meratakan air wuduk ke atas permukaan kulit.

"Hai termenung jauh nampak?" tegur Farrel dari belakang. Aku memalingkan wajah memandangnya.

Senyuman manis di calik. "Mana ada, cuma penat je semalamkan seharian berdiri makan pun sikit aje," jawab aku sambil menyikat rambut aku yang panjang. Farrel hanya mengangguk, betul juga isterinya kata memang tidak sempat hendak menjamu selera memandangkan maklongnya menjemput ramai tetamu semalam.

"Oh Ye. Awak, bila nak balik rumah awak?" soal aku sambil mengikat rambut.

Aku berpaling memandangnya. Terkejut aku apabila Farrel betul-betul ada di hadapan aku, wajah kami terlalu dekat hanya ada satu inci sahaja jarak antara kami. Mata kami bertembung.

Dup.

Dap.

"Kenapa pipi kau merah?" usik Farrel sambil tersenyum sinis. Aku sedikit ke belakang belum sempat aku hendak bangun pinggang aku di paut oleh lelaki itu. Makin membulat mata aku.

'Tak boleh agak lelaki ni' gentar aku dalam hati.

Tangan aku dengan spontan naik menyentuh dadanya. Ya Allah malunya. Suami aku ni kena sampuk dengan apa hah!?. Aku cuba menolah badannya tapi makin ketat adalah dia peluk pinggang aku. Mama tolong isya Mama!

Mata kami bertembung buat kali ke dua. Nafas aku mula tidak teratur. Aku berdehem seketika. Lama kami berpandangan sebelum Farrel membuka bicara,

"Esok, pagi pukul sembilan jangan lambat, okey?" farrel terus melepaskan pelukannya apabila namanya dipanggil maklong. Aku mengambil nafas seketika. Fuh nyaris tak hanyut. Aku terus duduk di atas katil. Lain macam usikan dia ni.

Pintu yang tadi tertutup kini di ketuk.
"Maklong panggil turun makan, " terdengar suara Farrel dari luar. Dia tidak mahu masuk sebab lelaki itu tahu yang isterinya kini masih terpana dengan tindakannya tadi. Farrel sengaja mahu mengusik, bukan main merah muka gadis itu tadi.

"Ye nanti saya turun, awak turunlah dulu!" jerit aku. Aku mengikat kembali rambut aku kini aku sanggurkan rambut sebab rambut aku panjang selesai sahaja sanggur, tudung sarung di capai sebelum turun ke dapur. Rumah maklong boleh tahan besar juga. Bilik kami di tingkat dua kerana Farrel tidak selalu pulang ke sini kata maklong Farrel lebih suka pulang ke rumahnya berada di sini.

Sampai sahaja aku di meja makan dapur aku terus mencedok nasi goreng yang aku masak tadi ke dalam pinggan dan terus dihulurkan pada Farrel. Lelaki itu hanya menyambut huluran aku. Amboi tenang je dia eh lepas dia buat aku hampir sesak nafas tadi! Geram je aku ni!!









"Oh, maklong Aisya mana? Dari semalam tak nampak?" soal Farrel sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Farrel terdiam lalu memandang nasi di dalam pinggan.

"Kenapa? Tidak sedap ke?" soal aku risau. Farrel terus mengangkat wajah memandang aku.

"Kau masak?"

"Yelah, " jawab aku sambil mengangguk.

"Macam mana, sedap?" soal aku sambil mengangkat kening. Farrel hanya diam sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Ish, maklong tengok Farrel ni! Suka buat isya tertunggulah, " rungut aku sambil mengadu pada maklong, aku terus menunding jari pada lelaki itu.

MR.BLACK HODDIE (C)Where stories live. Discover now