Bab 23

311 14 0
                                    

        Hendery ! Buat apa awak muncul sekarang , kenapa baru sekarang awak nak sedar . Saya dah lama tunggu awak tapi awak ada ke masa saya perlukan awak ? Awak nak tahu tak benda yang paling saya takut memang kehilangan awak tapi ada yang lebih saya takut dari itu saya takut hati saya dah berubah. Sekarang benda yang paling saya takut tu buat saya makan hati . Hati saya dah mati untuk awak Hendery. Tolong  jangan munculkan diri awak lagi Hendery ! Bayang-Bayang awak saya tak nak tengok apatah lagi wajah awak tolong jangan tunjuk muka awak dekat sini .

         Henna menahan tangisan bukan bermakna dia wanita lemah tapi tangisan itu senjata kekuatannya untuk bangkit . Biarpun menangis hingga air mata kering sekalipun buat dia sedar bahawa dia tidak akan bersama Hendery . Aku tak siap kehilangan kau Henna . Jaga diri kau walaupun kau dah ubah diri aku harap kau tak lupa akan kenangan manis kita berdua . Aku doakan kau bahagia Henna . Aku sedar diri Henna . Kau memang patut buat aku terseksa begini kerana aku dah bodohkan diri aku tinggalkan kau . Kata-kata Hendery tulus dari hati . Kini dia berdiri tegak di taman permainan itu . Sikitpun dia tidak menggerakkan tubuh. Biarpun hujan membasahi tubuhnya dia tidak hirau .  Asalkan Henna terima dirinya semula .

     Henna berjalan pergi . Dia tidak memusingkan kepala ke belakang . Dia terus berjalan dia memimpin tangan Celine dan berpelukan Tubuh Rayyan .
Henna kau rasa adil ke kita buat begini ? Soal Rayyan . Kau ikut aje plan ni , ingat jangan sampai kantoi . Kau hanya perlu berlakon untuk jadi suami aku . Aku mahu melihat keikhlasan hati dia . Ya aku dengar dengan teliti dari mulut tapi aku ingin memerhati melalui mata aku ingin melihat dia boleh ke hidup tanpa aku sebab itu aku perlukan kau Rayyan . Henna menggenggam tapak telangan Rayyan . Aku setuju Henna . Aku setuju ikut semua kemahuan Kau . Rayyan senyum kecil . Dia memerhati lirikan mata Henna lain seperti selalu . Dia dapat merasa air muka Henna menunjukkan dia masih mencintai Hendery .

        Kau wanita kuat Henna . Biarpun orang melihat kesedihan itu satu kelemahan  tapi kau mampu sembunyi kesedihan itu dengan senyuman . Itu lah kau Henna Delisha , sanggup buat orang ketawa tapi disebalik dalam diri kau . Kau sebenarnya kesunyian . Kau tak mahu orang risaukan keadaan kau kau sanggup sembunyikan kesedihan kau dengan senyuman .

           Kau silap Rayyan , aku nampak kuat sebab adanya Celine . Dia anak aku . Aku yang lahirkan dia dan aku yang kandungkan dia 9 bulan . Kau boleh bayang macam mana keadaan aku waktu lahirkan dia mana Hendery disaat itu , aku perlukan dia yang sambut Celine , dia yang azankan Celine , tapi dia tak da pun di sisi aku . Shhh .. jangan menangis lagi aku ada di sini menemani di saat kau memerlukan . Kita kan pernah janji persahabatan kita kekal hingga akhir nyawa . Satu je aku mintak Henna , bila aku dah tiada di dunia ni kau jangan sedih nanti aku turut rasa sedih .

         Rayyan mengusap tangisan Henna . Daddy kenapa umi sedih ? Soal Celine sebaik melihat air mata Henna jatuh . Mana ada umi menangis sayang, mata umi ni tiba-tiba masuk habuk . Umi tipu Celine lagi , umi menangis sebabkan uncle tadi kan ? Mahu tak terkejut Henna mendengarnya . Henna memandang wajah suci anaknya itu . Dia senyum kecil . Sayang , kalau tiba-tiba uncle tadi nak culik anak umi lepastu mengaku dia Ayah Kamu . Celine ... mesti ikut uncle tadi kan .
Umi .. mesti Celine rindukan umi , umi yang kandungkan celine , umi yang lahirkan dan umi yang besarkan Celine . Celine cuma ada umi dan daddy . Celine menarik tangan Rayyan . Dia menyatukan tangan itu ke tangan Henna . Mulai hari ini umi dan daddy aje keluarga yang Celine ada tapi ... wajag Celine berubah murung .

        Tapi kenapa Sayang ... balas Henna lembut . Umi ' " betul ke ayah kandung Celine dah tiada ? Henna terdiam dia tidak tahu lagi harus memberi alasan apa . Rayyan memandang riak wajah Henna berubah dia memahami apa yang dirasa oleh Henna . Ya Celine Ayah Celine dah ada di taman Syurga Celine janganlah sedih daddy kan ada . Daddy akan jaga Celine macam anak kandung daddy . Dah jangan monyok tak comel lah cuba senyum sikit . Celine membalas senyuman manis setelah diberi coklat . Amboi cakap apa kat daddy ? Thank you Daddy Ryan yang handsome ! . Henna senang melihat keakraban mereka . Andai sahaja Celine dapat layanan manja itu dari Hendery .

He's Mine Where stories live. Discover now