Bab 26

295 12 0
                                    

          Hendery memasuki rumah usang yang tiada penghuni itu . Dia menutupi muka dengan topeng putih . Dia melihat Henna terduduk di atas kerusi . Wajahnya penuh dengan darah . " Maafkan abang Sayang , tak dapat nak tolong sayang . Kesal Hendery . Dia tidak sanggup melihat Henna terseksa . Dia melihat kesan cakaran di leher Henna . Tubuhnya pucat gara-gara kekurangan Darah dalam badan . " Ratu memang dah melampau . Hendery membuka ikatan itu . " Bertahan Sayang , Saya nak bawa awak lari dari sini .

Pup pup !

           Kedengaran bunyi tapak kasut hampir dekat . Wajah wanita misteri itu akhirnya muncul di depan Henna dan Hendery . Dialah Ratu Hazel
" Siapa Kau ! Jawab Ratu Hazel . Aku ditugaskan untuk bawa perempuan ini ke istana ini arahan dari Raja . Bohong Hendery . Dia sudah menyediakan pistol . Dia berganjak ke hadapan kemudian menghulu pistol ke wajah wanita itu . Hahaha suara mengilai itu agak kuat . Sikitpun Ratu tidak takut .

            Hendery menekan tembakan . Tubuh Ratu Menggigil dia tidak bergerak sedikitpun . Dia terkena    permainan Hendery . Ini adalah helahnya untuk meyakinkan Ratu bahawa disebalik pistol itu ada peluru . Dia menggunakan tektik lain. Henna menggunakan serangan siku belakang manakala kaki kirinya ditekuk lalu menyiku dada Ratu . Ratu menjerit kesakitan . Henna berdiri di depan Ratu . Dia membuka kekuda . Dia memberi tendangan lurus hingga menyembabkan Ratu terhumban ke atas tingkap .

Lari !!!
    
               Arah Ratu kepada orang suruhannya . Dia jalan meniarap untuk mencapai pistol yang ada di bawah lantai . Hendry memijak tangan Ratu . Arghhhh !!! Jerit Ratu . " Kau boleh ambil banyak darah aku tapi bukan isteri aku . Hendery mengangkat Ratu . Dia tidak dapat mengawal api kemarahannya . Wajahnya berubah Merah. Matanya terbeliak tajam memandang Ratu . Jangan sesekali kau sentuh dia lagi ! 

Henna !

Awak okay ke !

        Hendery membawa Henna masuk ke dalam kereta . Dia membawa Henna ke hospital gara-gara kehilangan banyak darah . Hendery menunggu Henna di luar ruangan icu . Dia tidak berhenti berdoa supaya Henna dapat diselamatkan. Hampir dua jam Henna tidak menyadarkan diri .

           Bagaimana keadaan Henna doktor ? Soal Hendery . Saya harap Encik bersabar lah Ya , Henna kehilangan banyak Darah . Dia mesti cari penderma Darah yang sesuai untuk dia . Jelas Doktor itu . Ambil saje Darah saya Doktor , rayu Hendery . Maaf Encik bukan mudah untuk cari penderma yang sesuai kalau Encik sanggup boleh tapi Encik mesti ambil darah untuk saya cari penderma yang sesuai untuk Henna .

         Baik untuk dia saya sanggup Doktor , saya nak doktor Rahsiakan . Hendery keluar dari bilik Doktor yang merawat Henna . Dia hanya mampu melihat dari cermin bilik wad . Jatuh air matanya melihat Henna terlantar di atas katil hospital .

           Hentakan gelas kaca itu jatuh ke bawah . Perasaan Alisa kini resah . Degupan jantungnya berdegup laju. Dia merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku . Dia mengutip kaca itu . Jari telunjuknya tercucuk . Benar firasatnya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena . Rayyan menghisap jari Alisa yang mengalir darah itu . Dia membalut luka itu . " Cuai betul lah awak ni ! Bebel Rayyan . Haikal , saya rasa ada benda yang tak kena lah . Rayyan menarik tangan Alisa kemudian meletakkan pada dadanya. " Jangan risaulah mungkin perasaan awak aje tu .

         

He's Mine Where stories live. Discover now